Friday, June 24, 2011

Buah 'free' yang terpinggir...............?

Jika ditanya buah apakah yang paling sedap? akan keluarlah berbagai-bagai jawapan. Buah epal, anggur dan sebagainya. Jika ditanya pada aku... jawapanku adalah buah 'free....'. Samseng je jawapan. Maksudku buah free ni kita boleh dapatkan ia di tepi-tepi jalan, halaman atau belakang rumah dan di mana-mana saja dan tuan punya pokok ni tak marah pun jika kita makan buah ni...tapi seeloknya mintalah izin dulu. Buah free ni maksudku adalah buah ceri, buah yang tak dipedulikan masyarakat kita hari ini. Pokok ceri dijadikan pokok peneduh saja dan jarang sekali kita mengambil manfaat darinya.

Tahukah anda?
Buah ceri ini mengandungi 'anthocyanin iaitu pigmen warna merah yang baik untuk kesihatan. Ia memiliki kesan yang lebih baik dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit. Walaubagaimanapun, ceri tak boleh diolah dengan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan 'anthocyanin' di dalamnya. Buah ceri banyak juga kelebihannya dan antara kelebihannya adalah;

- Ceri kaya dengan Flavonoid, penyelidik mendapati Flavonoid dalam buah ceri adalah agen antikanser yang paling tulen.
- Ceri mengandungi Anthocyanin dan Bioflavonoid yang membantu melegakan dan menghalang artritis dan ghout, ia juga membantu menyingkirkan migrain
- Ceri mengandungi Melatonin yang membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.
- Ceri juga mengandungi Antioksidan dan kaya dengan Vitamin dan Mineral.
- Ceri mengandungi Anti-fungus yang kuat dan mempunyai keupayaan merendahkan tahap kolestrol.
- Ceri juga mempunyai keupayaan menentang proses penuaan sel-sel badan, membantu menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari. Dan lain- lain lagi......


Jom kita pakat ramai- ramai hinggut pokok ceri....jom!!!!
Apa kata lepas ni kita keluarkan Kopi Ceri....ahakksss...!


Buah Strawberi dan Kelebihannya...

Kongsi info.

Strawberi adalah jenis buah yang sangat menarik selera kerana bentuk dan warnanya. Strawberi mengandung ellagic acid sebagai antioksida. Dalam beberapa penelitian ellagic acid terbukti dapat menghalangi pertumbuhan tumor dalam paru-paru, osephagus, payudara, cervix dan lidah. Sementara penelitian di Amerika strawberi dapat mengurangi risiko kanser dari asap rokok. Sebagai ubat tradisional, strawberi diyakini memiliki anti bakteria dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan. Strawberi juga kaya dengan air, karbohidrat, protein, serat, tannin dan vitamin C. Air rebusan daunnya baik untuk rawatan masalah buah pinggang, melawaskan buang air kecil dan mengeluarkan batu karang dalam buah pinggang. Dan air sirap dari rebusan daun, bunga atau akar strawberi dengan campuran gula sesuai untuk mengurangkan batuk, bronkitis dan radang sistem pernafasan.
Strawberi adalah jenis buah yang hampir tidak dapat dicerna namun banyak mengandungi vitamin C. Strawberi mudah busuk sehingga jarang disimpan lama melainkan dimakan pada saat itu. Wanita dewasa disarankan makan 5 biji strawberi.

dan buah ni.....bukanlah buah kegemaranku...he..!he..!he..!
sekali sekala jaa....


Wednesday, June 22, 2011

Renung dan fikir……….

Orang berani mengaku kesilapannya

Orang takut menafikan kesalahannya

 

Orang berani melibatkan dirinya

Orang takut hanya pandai berkata-kata

 

Orang berani melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik

Orang takut hanya pandai berpura-pura

 

Orang berani menganggap kejayaannya sebagai bernasib baik

Orang takut menyalahkan diri jika gagal

 

Orang berani menghormati kejayaan orang lain dan mencontohi mereka

Orang takut tidak suka orang lain lebih daripada mereka

 

Orang berani akan mendengar dan mengeluarkan pendapat

Orang takut hanya menunggu giliran untuk bercakap

 

Orang yang benar mengaku kesilapan dan memperbaikinya

Orang yang berdosa akan meminta maaf dan mengulangi kesilapannya

Tuesday, June 21, 2011

Pemenang & Hadiah

Pada 21/6/11 jam 3.00 pm berlangsung penyampaian hadiah cabutan bertuah bulanan iaitu merupakan 1 unit TV LCD 32" Sharp dan penyampaian hadiah dilakukan Cik Sarah mewakili PHL dan pemenang bulanan En. Shaharime. Tahniah!.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf PHL yang terlibat dan pemenang bulanan iaitu Shaharime kerana sudi meluangkan masa bersama- sama memeriahkan suasana penyampaian hadiah.
Teruskan memberi sokongan anda kepada produk tempatan.

wakil PHL Sarah sampaikan hadiah


kontrol broo...!



tumpang gumbira...

kali nii pemenang dari kumpulan K laa plak..



makan pun tak lalu....he! he!


Monday, June 20, 2011

KAWE DAN LELAKI

Kenapa anda mesti minum Kopi Kawe
Orang lelaki yang mengalami alat vital yang berdiri dengan sendiri apabila bangun pagi adalah petanda mereka sihat. Bagi orang muda itu adalah perkara biasa tetapi bagi mereka yang telah mencapai umur melebihi 35 tahun, kekerapan ereksi agak menurun tetapi bagi doktor dalam bidang seksualiti ia adalah petanda penting  bahawa anda masih sihat kerana bagi mereka hormon lelaki iaitu testosteron yang dihasilkan semasa rehat dimalam hari akan tiba- tiba meningkat apabila anda bangun dari tidur dan menyebabkan ereksi walaupun tiada ransangan seksual berlaku.
Hormon ini merupakan petanda bahawa tubuh badan anda masih sihat dan penghasilan hormon tersebut masih berlaku dan hormon ini akan bertindakbalas atas keghairahan untuk menghasilkan ereksi dan seterusnya masih boleh melakukan hubungan intim dengan isterinya walaupun dikatakan telah berumur. Kekurangan penghasilan hormon ini akan menyebabkan orang lelaki sukar untuk mencapai ereksi walaupun ghairah dan bila ini berlaku ia dipanggil ED atau Erectile Dysfunction .
Kopi Kawe™ dengan sinergi ekstrak herba yang paling tinggi khusus untuk meningkatkan pengaliran darah dan disamping dapat meningkatkan penghasilan hormon testosteron yang dapat membantu mengurangkan masalah berkaitan dengan kekurangan hormon tersebut. Kepada pengemar Kopi Kawe™ mereka akan mendapati alat vital mereka akan berdiri dengan sendiri apabila bangun pagi dan ini merupakan satu petanda baik bahawa kesihatan mereka akan bertambah baik kerana hormon kelakian telah bertambah. Ramai penggemar Kopi Kawe™ telah berjaya mengatasi masalah kesihatan seperti sakit pinggang, sakit sendi dan lutut,pembuangan air kecil yang lebih lancar, kandungan kolesterol yang berkurangan, tahap tenaga dan stamina yang lebih tinggi dan bermacam macam lagi yang berkaitan dengan kekurangan hormon testosteron tersebut.
Untuk mendapat kesan yang maksimum dari pengambilan Kopi Kawe™ pengguna hendaklah mengamalkan cara pemakanan yang sihat iaitu makan dengan cukup dan tidak berlebihan, memilih makanan yang tidak mengandungi banyak lemak atau gula, tidur yang cukup dan rehatkan diri dan minda dengan secukupnya. Oleh kerana kandungan herba yang tinggi dalam Kopi Kawe™ tindakbalas herba akan menggunakan lemak dalam badan untuk menghasilkan tenaga dan dengan pengambilan 2 sachet sehari sudah cukup memberi tenaga yang diperlukan sepanjang hari walaupun kandungan gula hanyalah 2.2 sudu teh sahaja setiap sachet iaitu jauh lebih rendah dari minuman ringan yang terdapat dipasaran.
Semestinya pilihan terbaik anda adalah minuman ‘Hok Paling Sedap’ dan pilihan yang tepat adalah Kopi Kawe. Dapatkan sekarang…….!!




Dengan harga yang mampu anda beli cuma RM 45.00 sahaja.

Sunday, June 19, 2011

Bisnes satu pengorbanan

 

 

1) Pengorbanan Masa -

Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel.

Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa berkorban masa berharga mereka

untuk membangunkan perniagaan mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.

 

2) Pengorbanan Wang Ringgit -

Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah

mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan.

Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai

kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.

 

3) Pengorbanan Emosi -

Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’.

Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan

di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.

Emosi seorang usahawan mudah terganggu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan.

Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi.

 

4) Pengorbanan Impian -

Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu berkorban sebahagian kehendak peribadi kita

kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk

melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.

 

5) Pengorbanan Kasih Sayang -

Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan

terpaksa mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya

demi perniagaan yang hendak dibangunkan.

 

6) Pengorbanan Kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan

demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan,

ahli keluarga dan sebagainya.

 

Eeemmm….! ingat senang jee nak berniaga niie…rupenye susah jugakkk… tu baru cerita bab pengorbanan

belum lagi bab disiplin, bab sabar, bab lokasi, tempat, target pelanggan, target jualan, strategi pemasaran,

deal bisnes dan lain-lain lagi. Kerja nie bukan calang-calang wooo…!.

9/10 rezeki tuu dalam perniagaan…. harus diingat 9/10 jugaklah cabaran dan risiko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...