Tuesday, June 28, 2011

Pasaraya Kota dah ada kopi kawe....



PASARAYA KOTA (PENDANG) SDN. BHD.NO 155&156 JALAN PEKAN PENDANG BARU 2/1
06700 PENDANG, KEDAH
04-7595021



Dapatkan kopi kawe hari nii jugak....

Kenapa Gagal Dalam Perniagaan


Mengapa usahawan gagal?

Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut....
.
Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.
.
Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.
.
Suka bertangguh. Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia memberi kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.
.
Mengambil mudah aspek persaingan. Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.
.
Strategi pemasaran yang tidak berkesan. Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang Strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.
.
Khidmat pelanggan yang tidak cekap. Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.
.
Pekerja tidak cekap dan tidak amanah. Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.
.
Kemahiran terhad. Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.
.
Lokasi perniagaan tidak sesuai. Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.
.
Tidak berfikiran jauh. Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus- serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.
.
Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih ber-jaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
.
Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang.
.
Tiada sistem mengurus akaun yang efisien. Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.
.
Terlalu tamak berkembang. Usahawan tidak 'mengukur baju di badan sendiri'. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.
.
Tiada penyambung kejayaan. Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila tampuk 'pemerintahan' diambilalih oleh si anak.
.
Sikap negatif usahawan. Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

Kawe dan rangkaian Pasaraya Pendang





Bagi penggemar Kopi Kawe Hok Paling Sedap yang berada di Daerah Pendang dan kawasan sekitarnya boleh dapatkan Kopi Kawe di Pasaraya Pendang. Dapat sekarang.....!

Monday, June 27, 2011

Pembungkusan Jenama Yang Inovatif


Sekadar berkongsi sedikit ilmu

Jenama ada pada nama
Nama sebenarnya menggambarkan personaliti sesuatu produk, oleh yang demikian nama yang dipilih sebagai jenama produk harus menepati kualiti dan integriti. Nama pada sesuatu jenama merupakan interaksi pertama sesebuah syarikat dengan pelanggannya. Pemilihan nama yang sesuai merupakan aset berharga untuk sesebuah organisasi.

Faedah Penjenamaan
- Menjamin kualiti dan membina keyakinan di kalangan pengguna
- Identiti khas dan membolehkan pengguna untuk membuat pilihan
- Mewujudkan kelebihan dan perbezaan produk
- Menjadi alat pemasaran moden dalam membina perniagaan
- Membolehkan sesuatu produk menarik perhatian pengguna
- Mewujudkan keyakinan dan kesetiaan pelanggan
- Mewakili imej korporat dalam menjual jenama tertentu
- Merupakan kepentingan produk, penggunaan dan faedah
- Mempengaruhi pengguna untuk membuat pilihan tepat dan menguntungkan
- Membuat pengguna membeli produk sama berulang-kali
- Membantu penghebahan secara lisan
- Mewujudkan kesedaran, daya saing dan faedah produk

Pembungkusan Produk
Pembungkusan merupakan salah satu komponen yang penting dan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran. Sesuatu pembungkusan yang menarik bukan sahaja penarik perhatian dari luaran, malah faktor utama dalam kejayaan pemasaran produk. Pada zaman dahulu pembungkusan mengambil kira aspek menjaga kandungan produk daripada rosak atau faktor lain. Pada masa kini, pembungkusan yang baik bererti pemasaran yang baik. Apabila mencipta rekaan pembungkusan inovatif, jenama barangan itu akan dikenali ramai. Ia akan berkembang, menarik perhatian dan membina kesetian jenama. Jenama-jenama seperti Coca-Cola, Apple, Nokia merupakan ikon status bagi generasi muda global.

Kepentingan Pembungkusan
Jenama dikenali melalui nama dan cara pembungkusan serta rekaannya. Sekiranya anda inginkan produk anda menarik perhatian pengguna maka produk anda perlu mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ia perlu memberi impak yang besar kepada kehendak pengguna apabila mereka membeli barangan atau produk anda. Sebuah produk yang dibungkus dengan sempurna akan membolehkan anda mendapat keuntungan lumayan, sekiranya anda sanggup menerap teknologi pembungkusan jenama yang inovatif dan terkini.






Kopi Kawe adalah jenama bagi produk minuman mudah (premix coffee).

Saturday, June 25, 2011

Cash Flow.....? apa tuu...



Apa itu aliran tunai (cashflow)?
Setelah mendapat gaji, anda membayar semua bil-bil utiliti anda kemudian pergi membeli belah di pasar raya. Dengan baki dari gaji itu juga anda gunakan untuk mengisi minyak kereta, belanja beberapa orang kawan, membeli apa saja yang anda mahukan. Kemudian bila sampai tengah bulan anda dapati baki gaji anda sudah semakin berkurang sedangkan wang untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji yang akan datang masih banyak diperlukan. Dengan selambanya anda teruskan aktiviti berbelanja sesuka hati hinggalah kesemua duit gaji anda habis.
Jika ini yang berlaku kepada anda..Tahniah diucapkan kerana anda bakal menggantungkan diri di kipas siling atau anda mungkin telah bersedia untuk dirantai oleh ah long didalam tandas.
Aliran Tunai bermaksud pergerakan wang anda. Apa yang kita harus tahu ialah bagaimana status aliran tunai kita samada positif atau negatif, samada mempunyai lebihan atau defisit pada setiap bulan. Anda boleh mengetahui aliran tunai anda dengan membuat catatan setiap sumber yang masuk seperti gaji, kerja lebih masa, kerja sambilan atau keuntungan dari asb, saham, forex atau mungkin anda mempunyai bond peribadi. Anda juga hendaklah mengetahui secara terperinci setiap pengaliran keluar wang anda seperti jumlah pembayaran bil-bil, belanja poket, beli itu dan ini dan apa-apa saja yang membuatkan wang anda keluar. Untuk mengetahui apa status aliran tunai anda sila lihat contoh dibawah ini.


Aliran Tunai Anda!!
Wang Masuk - wang keluar = Lebihan atau defisit.
cth 1 (Si A):
(Wang Masuk) Gaji 3000+ duit dari sumber lain 2000 = 5000
(Wang Keluar) Belanja tetap 2000+bayar ansuran itu dan ini 3000+berbelanja sesuka hati  1000 = 6000

Ringkasnya; 5000-6000=-1000 (defisit)
Dengan itu aliran tunai si A negetif. -1000 defisit yang si A gunakan itu mungkin dari hutang dengan mak ayah atau paling mudah KAD KREDIT!
Cth 2 (Si B):
(Wang Masuk) Gaji 1500+ duit dari sumber lain 500 = 2000
(Wang Keluar) Simpanan bulanan 200+Belanja tetap 1000+bayar ansuran itu dan ini 500+berbelanja sesuka hati 200=1900
           Ringkasnya; 2000-1900=100 (lebihan)
Dengan contoh aliran tunai si B ini pula anda dapati berlakunya lebihan setelah dijumlahkan, oleh itu aliran tunai ini adalah positif dan inilah aliran tunai yang kita mahukan.

Bagaimana untuk mendapatkan aliran tunai positif?
Satu cara yang paling mudah disebut tetapi amat susah di praktikan ialah... Berbelanja Dibawah Kemampuan Anda.. Dengan perbelanjaan cara ini anda dapat menjadikan aliran tunai anda positif.. Jangan lupa tolak dahulu simpanan anda sebelum mengira baki aliran tunai tersebut.


Adakah anda memerlukan gaji 1 juta untuk hidup senang?, tepuk dahi tanya minda.. Maksimakan Aset, Kurangkan Liabiliti. Cuba anda bandingkan 2 contoh diatas. Siapa lebih baik diantara si A dengan si B?, Anda tahu jawapannya.....


Jika anda berminat untuk melakukan pelaburan atau menceburkan diri dalam bidang perniagaan, saya cadangkan agar anda kuasai terlebih dahulu aliran tunai anda sehingga menjadi positif kerana anda memerlukan simpanan yang cukup sebelum melaksanakan dua perkara tersebut. Jika anda belum mampu membuatkan aliran tunai positif. Lupakan sahaja niat anda untuk menjadi seorang ahli perniagaan kerana anda bakal menghadapi kegagalan.





Carlos Slim terkaya di dunia

MEXICO CITY 11 Mac – Ahli perniagaan Mexico, Carlos Slim yang mengatasi Bill Gates dalam senarai Forbes bagi gelaran jutawan dunia, terkenal dengan sikapnya yang merendah diri dan sentiasa membuat pelaburan ketika krisis ekonomi.
Slim, 70, berada di kedudukan tertinggi itu buat pertama kali dalam senarai itu yang disiarkan semalam, mengatasi pengasas Microsoft, Gates.
Sebelum ini, Slim, berada di tangga ketiga sebagai operator telefon bimbit terbesar Amerika Latin.
Kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$53.5 bilion (RM177.8 bilion), berdasarkan kedudukan baru yang dikeluarkan Forbes, semalam.
“Jumlah keuntungan yang dicapainya itu berasaskan harga saham syarikat, jadi kami gembira kerana pelabur yakin dengan Mexico, Amerika Latin dan syarikat kami,” kata jurucakap kumpulan Slim Telmex, Arturo Elias Ayub.
Menurut Forbes, keuntungan Slim berkembang AS$18.5 bilion (RM61.4 bilion) dalam tempoh 12 bulan dan perkongsiannya dalam Movil Amerika yang mana ia memiliki kepentingan berjumlah AS$23 bilion (RM76.4 bilion), peningkatan sebanyak 35 peratus setahun.
Kemahiran Slim dalam bidang perniagaan dipelajari sejak kecil apabila ayahnya, seorang rakyat Lebanon memberikannya buku simpanan bagi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam dan kemudiannya menubuhkan syarikat telefon utama, Telmax selepas memperolehinya daripada kerajaan pada 1990.
Semasa krisis kewangan pada 2008, beliau terus membeli perniagaan yang mengalami masalah seperti pertama kali dilakukannya ketika krisis ekonomi membelenggu Amerika Latin pada awal 1980-an.
“Dalam keadaan yang sepatutnya berhenti melabur, dia terus melabur lebih banyak apabila krisis melanda dan ia membuahkan hasil positif,” jelas Ayub. – AFP
Sumber: Utusan

sumber artikel dari blog... 

Jangan beri alasan.....??

Kenapa kita selalu memberi alasan? Jika sesuatu tugasan yang diberikan kepada kita dan kita tak dapat melaksanakannya, kita akan mencari alasan dan memberi alasan? Bolehkah dengan memberi alasan akan membuatkan kita berjaya? atau cuma sekadar melepaskan rasa tanggungjawab atau terlepas dari menjawab?
Punca kegagalan kita adalah banyak memberi alasan. Katakan tidak pada alasan, katakan ya pada tindakan. Tolong berhenti fikirkan alasan. Kalau kita ada keinginan hendak berjaya tolong jangan mencipta alasan. Ketahuilah!  Kegagalan bermula dengan Alasan dan Kejayaan bermula dengan Tindakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...