Sunday, July 17, 2011

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan N.9




Kopi kawe akan menyertai ekspo ini dari 23 sehingga 29/7/11 di Paroi. Bagi penggemar, peminat, agen dan sesiapa saja yang ingin mencuba atau nak dapatkan bekalan kopi kawe boleh terus ke booth kami di bawah SME Bank. Sempena hari tersebut pihak kami akan menawarkan harga yang mampu dibeli.....anda tak rugi jika mencubanya.


.


                 

Hadiah Cabutan Bertuah Bulan Jun 2011

Hadiah cabutan kali ini sebuah peti sejuk 2 pintu....menanti pemenangnya.....!. mungkin anda adalah pemenangnya. Dapatkan produk kopi kawe hari ini juga.....

Thursday, July 14, 2011

Doa senjata kita...


Kebanyakkan manusia berdoa kepada Tuhan apabila dia mendapat kesusahan atau ditimpa bencana. Akan tetapi apabila keadaannya senang atau mendapat nikmat, jangankan berdoa, malah dia sama sekali melupakan Tuhan. Disangkanya nikmat yang diperolehinya itu hasil usahanya atau kecekapannya sendiri. Padahal, tanpa inayah (pertolongan) Tuhan, dia tidak akan mendapat nikmat itu.
Sikap orang yang demikian hanya memandang dan mempergunakan doa itu sebagai tempat lari untuk memperolehi jalan keluar dari sesuatu kesulitan yang sedang dihadapi. Dengan demikian, dia meletakkan doa itu tidak pada fungsinya sebagai satu ibadah, yang harus dikerjakan dengan tertib dan bersambung, tanpa memandang waktu dan keadaan.
Seorang mukmin haruslah berdoa, baik di waktu susah mahupun di waktu senang. Malah berdoa di waktu senang mempunyai pengaruh dengan doa yang dimohonkan di waktu susah.
Di dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dinyatakan; "Barangsiapa yang ingin supaya dikabulkan Tuhan akan doanya di waktu mendapat kesusahan hendaklah ia banyak berdoa di waktu lapang."
Firma Allah dalam Surah Al Mukmin, ayat 60;
"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!.

Tuesday, July 12, 2011

Berbohong, boleh ke....?

' Siakap senohong gelama ikan duri' ' Bercakap bohong lama-lama mencuri'

Anda biasa mendengar pantun nasihat ini. Apa iktibar dan yang tersirat disebaliknya.
Saya nak sentuh tentang tabiat suka berbohong.Apabila anda berbohong, anda sebenarnya telah meletakkan diri anda dalam risiko komplikasi kesihatan. Iye ke......? Ini kajian ahli perubatan.
Menurut Dr. Saundra Dalton-Smith, penulis Set Free to Live Free: Breaking Through the 7 Lies Women Tell Themselves menyatakan berbohong menyebabkan badan menghasilkan hormon stress. Kajian menggunakan Polygram atau lie detector untuk mengukur tahap kebohongan dan mendapati orang yang berbohong mempunyai aliran darah yang lebih laju. Situasi ini menyebabkan denyut jantung dan pernafasan meningkat, pencernaan menjadi lambat dan hipersensitif pada otot dan saraf. Manakala bagi kesan jangka panjang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami strok sehingga boleh membawa maut. Tu dia aihh!

Anda percaya tak? Dalam Islam pun kita dilarang berdusta, berkata benar biarpun pahit. Dalam hal ini dibenarkan berbohong pada 3 keadaan,
1-Dalam peperangan
2-Mendamaikan antara 2 orang yang bergaduh
3-Menghindari dari terjadinya penceraian antara suami dan isteri
Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.”
(Bukhari)

Kalau berbohong dalam membayar hutang, macamana? Duit ada bila mintak bayar hutang...mak aihh liat sungguh.
fikir-fikirkanlahhh.....!

Antara kopi dan sakit otak

KOPI?.  Apa yang anda fikirkan?. Fakta yang anda maklumi.
Kopi adalah antara minuman yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Namun ada juga sebilangan orang berpendapat, kopi  memberi kesan negatif pada otak. Benarkah begitu?.
Melalui penelitian terbaru yang dilakukan terhadap 500.000 orang Eropah mendapati kopi mampu melindungi otak dari risiko kanser. Ini kerana kadar antioksidan yang terkandung di dalamnya mampu mngurangkan risiko terkena kanser otak sebanyak 34 peratus. Selain itu, kopi bukan sahaja mampu memberi kesegaran pada peminum, malah mampu membantu mencegah beberapa masalah penyakit kronik seperti diabetes, alzheimer, gout dan lain-lain. Kopi juga mampu merangsang daya kreativiti pada otak.
Di Malaysia, setiap syarikat yang mengusahakan produk kesihatan atau makanan pasti ada produk kopi. Apakah kopi senang dipasarkan? senang dijual? atau permintaan kopi sentiasa tinggi dan tak hairanlah pada hari ini produk kopi segera saban hari kian bertambah. Anda dinasihatkan agar memilih produk kopi berkualiti, bukan sahaja kopi itu sendiri anda kena pastikan tetapi syarikat pengeluar juga anda kena selidiki. Ini kerana ada kes yang melibatkan penggunaan bahan larangan, bahan perangsang seperti sildenafil, tadalafil dan lain-lain.

Sunday, July 10, 2011

Tidur sekejap....zzzzzzz...!!!

Amalan tidur sekejap antara 20 hingga 30 minit pada waktu siang memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan. Ia dikatakan boleh membantu mencegah penyakit jantung dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan minda untuk belajar serta memproses maklumat.
Kajian yang dijalankan ke atas 23,681 orang penduduk Greece selama enam bulan mendapati, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 37 peratus di kalangan responden yang tidur sekejap pada waktu siang sebanyak tiga kali seminggu selama sekurang- kurangnya 30 minit. Dalam pada itu penyelidik juga berpendapat, tidur sekurang- kurangnya 20 minit membolehkan seseorang itu menjadi lebih cergas dan bersemangat. Malah, majikan di Amerika Syarikat yang membenarkan pekerjanya tidur sekejap ketika waktu bekerja melaporkan kaedah itu berupaya mengurangkan kemalangan dan kesilapan serta meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Dari segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stress sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan.


Dari perspektif Islam, tidur pada waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari'. Tidur sekejap pada waktu siang bertujuan menyegarkan semula bukan saja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan melaksanakan rutin hariannya. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi.


Bagaimana dengan anda dan tempat kerja anda atau majikan anda, agak- agaknya ada tak majikan anda membenarkan anda untuk tidur sekejap...eemmmm....!!!. Tak pun jika anda stress sangat dan hilangkan stress anda dengan secawan kopi kawe. amacam....!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...