Tuesday, July 26, 2011
Mash Cafe kat Seremban jual Kopi Kawe
Bagi penggemar minuman Kopi Kawe 'Hok Paling Sedap' yang berada sekitar Seremban bolehlah mengunjungi Mash Cafe yang terletak di Seremban Centre Point, Aras Bawah. Restorant ini menyediakan main menu roti arab, mee jawa, soto dan lain2.
Nombor telefon 014-6662761 atau 019-6492767
Sunday, July 24, 2011
Rahsia yang patut anda tahu
Melindungi Hati-
Seorang peminum kopi yang meminum 1 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar yang lebih rendah terkena stroke daripada seorang yang tidak meminum kopi. Kopi mempunyai antioksida lebih daripada hidangan blueberry, dan merupakan sumber terbesar antioksida dalam diet Amerika. Antioksida membantu mengelakkan daripada radang pada arteri. Kesan segera apabila seseorang yang baru sahaja meminum kopi adalah meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, tetapi dalam jangka masa panjang, ia akan menurunkan tekanan darah kerana antioksida kopi akan mengaktifkan oksida nitrik (pelebaran salur darah).
Mengurangkan Risiko Diabetes-
Antioksida yang berada didalam kopi berperanan untuk meningkatkan kepekaan sel-sel anda terhadap insulin (yang membantu mengatur kandungan gula dalam darah). Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin mempunyai risiko lebih rendah menderita diabetes jenis 2, menurut beberapa kajian. Hasil daripada penyelidikan lain menunjukkan bahawa kafein boleh mengurangkan sensitiviti insulin, anda dinasihatkan untuk meminum kopi yang tidak mengandungi kafein sesekali.
Kanser-
Salah satu hasil analisis daripada sembilan kajian menunujukkan bahawa setiap peningkatan 2-cawan kopi setiap hari dapt mengurangkan risiko kanser hati sebanyak 43 peratus. Ini adalah kerana kandungan kopi yang mempunyai asid klorogenat dan caffeic, manakala kafein pula membantu untuk mencegah keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser.
Meningkatkan Kekuatan Otak-
Sebahagian besar hasil daripada kajian menunjukkan dengan meminum antara 1 hingga 5 cawan sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia,penyakit Alzheimer dan Parkinson. Ejen antioksida yang terkandung dalam kopi dapat mencegah kerosakan sel otak dan membantu neurotransmitter yang terlibat dalam fungsi rangsangan otak untuk bekerja dengan lebih baik.
Membantu Mengurangkan Sakit Kepala-
Kajian menunjukkan bahawa 200 miligram kafein dapat memberikan bantuan daripada sakit kepala termasuk migrain. Tetapi fakta mengenai bagaimana kafein mengurangkan sakit kepala tidak jelas. Walaubagaimanapun para saintis mengetahui bahawa kafein meningkatkan aktiviti sel-sel otak, menyebabkan sekitar pembuluh darah menyempit. Salah satu teori lain menyatakan penyempitan ini membantu untuk meringankan tekanan yang menyebabkan anda berasa sakit, kata Robert Shapiro, MD, Ph.D., profesor neurologi dan pengarah Klinik Sakit kepala di University of Vermont Medical School.

Sunday, July 17, 2011
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan N.9

Kopi kawe akan menyertai ekspo ini dari 23 sehingga 29/7/11 di Paroi. Bagi penggemar, peminat, agen dan sesiapa saja yang ingin mencuba atau nak dapatkan bekalan kopi kawe boleh terus ke booth kami di bawah SME Bank. Sempena hari tersebut pihak kami akan menawarkan harga yang mampu dibeli.....anda tak rugi jika mencubanya.
.
Hadiah Cabutan Bertuah Bulan Jun 2011
Hadiah cabutan kali ini sebuah peti sejuk 2 pintu....menanti pemenangnya.....!. mungkin anda adalah pemenangnya. Dapatkan produk kopi kawe hari ini juga.....
Thursday, July 14, 2011
Doa senjata kita...
Kebanyakkan manusia berdoa kepada Tuhan apabila dia mendapat kesusahan atau ditimpa bencana. Akan tetapi apabila keadaannya senang atau mendapat nikmat, jangankan berdoa, malah dia sama sekali melupakan Tuhan. Disangkanya nikmat yang diperolehinya itu hasil usahanya atau kecekapannya sendiri. Padahal, tanpa inayah (pertolongan) Tuhan, dia tidak akan mendapat nikmat itu.
Sikap orang yang demikian hanya memandang dan mempergunakan doa itu sebagai tempat lari untuk memperolehi jalan keluar dari sesuatu kesulitan yang sedang dihadapi. Dengan demikian, dia meletakkan doa itu tidak pada fungsinya sebagai satu ibadah, yang harus dikerjakan dengan tertib dan bersambung, tanpa memandang waktu dan keadaan.
Seorang mukmin haruslah berdoa, baik di waktu susah mahupun di waktu senang. Malah berdoa di waktu senang mempunyai pengaruh dengan doa yang dimohonkan di waktu susah.
Di dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dinyatakan; "Barangsiapa yang ingin supaya dikabulkan Tuhan akan doanya di waktu mendapat kesusahan hendaklah ia banyak berdoa di waktu lapang."
Firma Allah dalam Surah Al Mukmin, ayat 60;
"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!.
Tuesday, July 12, 2011
Berbohong, boleh ke....?
' Siakap senohong gelama ikan duri' ' Bercakap bohong lama-lama mencuri'
Anda biasa mendengar pantun nasihat ini. Apa iktibar dan yang tersirat disebaliknya.
Saya nak sentuh tentang tabiat suka berbohong.Apabila anda berbohong, anda sebenarnya telah meletakkan diri anda dalam risiko komplikasi kesihatan. Iye ke......? Ini kajian ahli perubatan.
Menurut Dr. Saundra Dalton-Smith, penulis Set Free to Live Free: Breaking Through the 7 Lies Women Tell Themselves menyatakan berbohong menyebabkan badan menghasilkan hormon stress. Kajian menggunakan Polygram atau lie detector untuk mengukur tahap kebohongan dan mendapati orang yang berbohong mempunyai aliran darah yang lebih laju. Situasi ini menyebabkan denyut jantung dan pernafasan meningkat, pencernaan menjadi lambat dan hipersensitif pada otot dan saraf. Manakala bagi kesan jangka panjang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami strok sehingga boleh membawa maut. Tu dia aihh!
Anda percaya tak? Dalam Islam pun kita dilarang berdusta, berkata benar biarpun pahit. Dalam hal ini dibenarkan berbohong pada 3 keadaan,
1-Dalam peperangan
2-Mendamaikan antara 2 orang yang bergaduh
3-Menghindari dari terjadinya penceraian antara suami dan isteri
Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.”
(Bukhari)
Kalau berbohong dalam membayar hutang, macamana? Duit ada bila mintak bayar hutang...mak aihh liat sungguh.
fikir-fikirkanlahhh.....!

Subscribe to:
Posts (Atom)