Saturday, July 30, 2011

HPA!... aku kecewa....!


Keluhan dan rintihanku......

Aku terlibat dengan MLM HPA pada tahun 2006. Tahun 2007 hingga 2009 aku begitu fanatik dengan HPA. Bagiku HPA adalah segala-galanya, semua program aku sertai dari pbc, kelas mingguan, kelas pic dll dan semua produk aku guna dan produk yang menjadi kegilaanku adalah kopi radix. Pada masa tu kopi radix papan dan sachet putih, kopi radix yang aku jual pernah dirampas oleh pihak kesihatan. Fanatiknya aku sampai tak boleh dengar orang hentam produk HPA atau apa-apa keburukkan tentang HPA. Bersembang dengan rakan kerja, kawan-kawan dan keluarga takde lain semua pasal HPA, sampai kawan-kawan menjauhi aku. Takpa laa...aku sanggup telan segalanya demi memenuhi hasratku yang pada masa itu begitu berkobar-kobar ingin mengubah kehidupan. Walaupun part time tapi siang malam aku menguruskan perniagaanku hantar kopi ke kedai makan, warung, restoran, mini market dsgnya, bukan hantar kopi saja bahkan terkejar-kejar ke sana ke sini mencukupkan stok (penyakit dalam HPA dari dulu hingga kini) bukan setakat kopi, air berkarbonat dan mineral (air Gau) menjadi nadi kekuatan perniagaanku.
Letih menguruskan 2 job serentak, kerja dan bisnis. Tapi tekad dah bulat nak jadikan bisnis sebagai sumber pendapatan, aku tetap bersemangat. Harapanku pada suatu masa aku akan buat perniagaanku sepenuh masa dan produk HPA adalah 'main product'. Pada masa itu harapanku cuma pada HPA.

Kini.....! aku dah sepenuh masa dan bebas dari kerja yang kena arah (makan gaji), bolehlah aku terus cita- cita yang dihajati. Apapun terjadi aku nekad......!
Namun apa dayaku....harapanku pada HPA mula longgar disebabkan masalah stok di setiap cawangan. HPA perlukan 'buyer' yang loaded untuk beli stok yang banyak melalui koperasi dan program ESP lepas tu tolak harga rendah. Orang macam kami (modal kecik) tiada dalam perkiraan. Sedarlah...! yang menjadi duri, petualang dan menjadi pedajai adalah leader HPA sendiri. Di Perlis, kedai cina Mata Ayer cukup popular dengan harga rendah dan tak putus stok. Soalnya dari mana tauke tu dapatkan stok padahal di cawangan tiada stok. Pihak HPA sendiri pun dah mangli dengan permainan ini apalagi leader....apa aku peduli!

Kopi radix menjadi 'master' dalam bisnisku dah susah nak dapatkan stok dahlah harga sentiasa naik stok pulak bermasalah, masalah permainan harga (dah banyak komplain HPA apa peduli!), orang dah komplain, macam-macam orang kata. Yang menjadi duri, petualang dan menjadi pedajai adalah leader HPA sendiri. Jualan di kedai-kedai rangkaianku mula merosot dengan ketara. Jualan runcit untuk kopi radix tiada untung cuma dapat nm sahaja, dan nm akan di'claim' pada hujung bulan  untuk dapat bonus. Kata mudah pendapatan cuma pada bonus sahaja. Aku lihat perjalanan perniagaan HPA mula kelam kabut, dari masalah stok hingga bonus. Sampai sekarang masalah pemberian bonus meleret-leret tiada jalan penyelesaiannya. Bukan aku seorang yang terasa susah, ramai lagi agen stok yang terasa susah, mungkin segan nak bercerita.

Aku dah mula rasa kecewa dengan HPA, pendapatanku dah terjejas, mana nak settle kereta, belanja anak sekolah dan lain-lain. Walau bonus tak banyak, tapi aku bersyukur, aku boleh jual produk HPA dengan rasa bangga sebab produk orang kita. Hingga kini aku masih bersama HPA, harapanku akan ada jalan penyelesaiannya.
Hpa bukan badan amal, HPA adalah syarikat yang menjalankan perniagaan. HPA perlu ingat orang yang menyokong HPA terdiri dari pelbagai golongan dari yang buat part time dan sepenuh masa. HPA kena ingat ramai lagi yang mengharapkan imbuhan (bonus) setelah penat uruskan jualan. Hpa jangan harapkan agen stok kena memahami masalah HPA sahaja, dunia hari ini perlukan belanja yang agak besar dalam perbelanjaan seharian, kalau bonus sebulan dah meleret sampai 2 bulan sapa pun angin satu badan...siapa pun dia pjs ke, pjm ke, cuma didiamkan saja, masing2 ada kepentingan diri. Kita kena ingat, hari ini walau seribu kebaikan kita berikan dan satu je kesilapan yang kita buat, yang satu inilah orang akan bercakap....ini realitinya.
Tolong selesaikan masalah ini secepat mungkin atau HPA akan kehilangan ramai peminat setia kopi radix.

Fikirlahhhhhh......................!!!!!!

Wednesday, July 27, 2011

PHL Plus vs Machismo



Adakah anda mengalami masalah ejakulasi pra matang?
Adakah anda mengalami masalah ED?
Adakah anda kalah sebelum berdayung?

Kini anda tak perlu bimbang lagi...kami ada menyediakan sinergi paling mujarab ke atas masalah tadi.
Apakah yang dikatakan sinergi paling mujarab ini?
Anda cuma mengambil 1 kapsul sebelah pagi sebelum sarapan dan 1 sachet Machismo sebelah petang dan anda dapat resultnya sebelah malam...

Kos yang anda mampu bayar untuk anda kekal sihat bertenaga
PHL Plus -   RM 45.00
Machismo -  RM 35.00         Jumlah RM 80.00
Murahkan...!
Untuk pasangan anda pula berilah satu kotak atau lebih Feminite.....cuba dan yakinlah.....!
Selamat mencuba.......

Berkat dalam berniaga

Kekadang kita anggap kesilapan yang kita lakukan adalah kecil, takpa esok kita perbetulkan. Sedar atau tidak kesilapan yang kita lakukan samada kita sedari ataupun tidak memberi impak yang cukup besar atas perniagaan kita. Sebagai Islam kita kena percaya setiap usaha kita yang dilakukan hasilnya datang dari Allah dan kepada Allahlah kita harapkan agar usaha yang kita lakukan diberi keberkatan. Bagaimana nak dapatkan keberkatan perniagaan?.
Allah berfirman;
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Di sinilah asasnya. Kita terlalu memikirkan duit tanpa kita sedari hak orang lain juga kita lupakan, kita langgar batas-batas yang dah ditetapkan bukan kita saja yang langgar batas-batas itu tetapi kita bawa sekali orang lain supaya langgar batas-batas itu. Pada pengusaha perniagaan, ingatlah kita perlukan InayahNya....tanpanya kita akan kecundang. Walau seribu kudrat kita curahkan, sejuta idea kita sajikan kalau kita lupa padaNya nescaya apa yang kita usahakan selama ini tak akan berhasil. Bukan tak ada hasil langsung tapi tak pernah rasa cukup, nak cepat dapat untung, gelisah siang malam, buntu fikiran nak buat itu tak menjadi, buat ini tak menjadi, plan itu,plan ini tak jadi-jadi juga.......Pengalaman berbayar, padaku satu jenaka. sepatutnya jadikanlah satu iktibar dan kembali balik pada yang asal iaitu koreksi diri sendiri, cari kelemahan diri dan baiki kelemahan itu lalu menadah tangan merintih memohon keampunan atas kesalahan besar yang dilakukan.
Ingatlah...manusia ini jika diberi segunung emas dia akan meminta segunung emas lagi.
jika diberi sihat akan lupalah ia akan sakitnya
jika diberi kaya akan lupalah miskinnya
jika diberi muda akan lupalah ia akan hari tuanya
jika diberi rasa lapang akan lupalah ia akan masa sibuknya dan....
jika diberikan hidup akan lupalah ia akan hari matinya......

Dan jika diberi kesenangan wang melimpah ruah akan lupalah ia dari mana ia datang dan kemana selepas itu dan berkokoklah ia....lihatlah.....kekayaanku...ini hasil usahaku.
Ingat.....biarlah kita menikmati kekayaan dalam keberkatan bukannya menikmati kekayaan dalam istidraj.
Orang bukan Islam menikmati kekayaan dalam istidraj takkan kitapun nak benda yang sama...kan!

Orang berniaga kita pun nak berniaga juga bukannya kita tak tahu nak uruskan perniagaan tapi asas kita sebagai muslim jangan diabaikan. Walau sepandai mana kita berniaga kalahkan Robert Kwok ke, Goh Tong ke, Ananda Krisnan ke, ketahuilah! jika asasnya kita tak jaga akan rosaklah perniagaan yang dibina. Kita sebagai muslim bukan keuntungan pernigaan sahaja yang kita cari tapi keberkatan perniagaan juga kita cari. Patutlah selama ini ramai yang menggunakan produk kita tapi hilang macam tu saja, ramai juga agen stok yang  menjual produk kita macam tu jugak hilang terus. Pernah seorang kawan berkata jika produk ini orang cina yang uruskan dah lama berjaya. Ntahlah...!

Jika berkat yang dicari, sudah tentu berkat yang diperolehi. Jika keuntungan dikejar, sudah tentu keuntunganlah yang akan diperolehi berlipat ganda. Aku berpendirian bahawa produk yang dijual pada harga yang melampau dan tidak berpatutan, akan dibeli hanya sekali saja. Jika produk dijual pada harga yang tinggi sedikit dan kualiti rasa dan kesannya sama serta perkhidmatan yang disediakan terbaik, maka selalulah akan ada pengguna baru silih berganti.InsyaAllah....!

Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.” (Muslim)


Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Renung dan fikirkanlah.....!!!!










Tuesday, July 26, 2011

Tenangkanlah jiwa yang keletihan.....!

Melalui hari-hari yang meletihkan.....!
   letih fikiran kecelaruan minda
   rungsing hal keadaan keluarga
   anak perempuan demam anak lelaki batuk lelah.
   resah dihujung hari....
   bagaimana halnya dengan keluargaku...?
   bagaimana isteri melayani anak-anakku....?
   bagaimana isteri mengharungi hari-hari tanpaku...!                                                                                
   Ya Allah permudahkanlah urusannya
   aduhaii....!

Aku di sini bersama tanggungjawab....
   bukan kemewahan yang dikejar....bukan!
   bukan kesenangan yang didambakan....bukan!

Aku di sini berlengaskan kudrat dan berkeringatkan minda
   bagaimana hasil titik usaha hari ini, esok dan hari-hari mendatang?
   bagaimana tadbir yang sedikit membuahkan hasil yang banyak?
   aku pasrah....!

Ya Rab.....!
   tenangkanlah jiwa ku yang gelisah...
   damaikanlah hati ku yang gundah...
   wahai Yang Empunya Sakinah...pinjamkanlah padaku
   walau sekejap cuma...................................................!!!
   Aminnnnnn......!!



Ingat senang ker?


Ramai di antara kita rasa susah nak tinggalkan rasa selesa dalam kehidupan harian. Samada orang itu kerja kerajaan atau sebaliknya ataupun yang bekerja sendiri. Mungkin bagi yang bekerja, cukuplah setakat gaji sekian-sekian dibantu isteri atau suami dah cukup nak sara hidup. Bagaimana pula yang bekerja sendiri seperti peniaga ataupun seorang yang mengusahakan perniagaan sendiri. Apakah seorang pengusaha rasa dah selesa kehidupannya? Pentingnya bersifat Qanaah ini, jika tidak banyaklah orang tamak dalam dunia ini. Tapi kalau bersikap memadai apa yang ada sahaja sedangkan banyak tuntutan yang patut dipenuhi tak dapat nak dipenuhi alasannya tak cukup pendapatan. Maka ramailah diantara kita menyertai skim cepat kaya, money game, pelaburan internet dan sebagainya. Sebab apa?. Inilah sikap sebenar orang yang dah ada gaji, tapi nak hidup senang lenang. Ingat mudah ke nak senang atau kaya. Kebanyakkan orang ni tak berjaya dalam apa yang diusahakan sebagai jalan pintas nak kaya/senang. Ada juga yang berjaya pastu letak jawatan teruskan dengan apa yang diminatinya dan yang tak berjaya gigit jari. Mesti ada sebab orang yang jenis ni boleh berjaya, orang seperti ni dah ada ciri-ciri seorang usahawan.
Lihatlah orang yang berjaya itu adakah dikalangan pekerja makan gaji? Orang yang dah berjaya bermula dari susah payah, bergolok bergadai, seribu kepayahan dan bermacam-macam rintangan tapi............diharunginya dengan sabar, yakin, tawakkal, tak kenal putus asa, tak putus harap dan lain-lain.

Bolehkah kita berjaya dengan hasil tenaga orang lain walaupun kita yang rangka production, pengurusan, pasaran dan orang lain yang melaksanakan? Dengan kata mudah, kita ada bisnis pastu kita serahkan produk pada orang lain yang uruskan tanpa kita sendiri yang susah payah. Kita cuma monitor sahaja, mana tak kena kita tegur, mana tak betul kita marah pada orang yang menguruskan produk kita. Sepatutnya kita dulu yang akan mengharungi segala cabaran perniagaan. Contohnya, perniagaan yang dipasarkan/ bergerak melalui ekspo, pameran dan karnival, ingat senang ke nak uruskan cabarannya. Cabaran yang utama adalah bagaimana nak tarik duit dari poket orang/pengguna mengenai keberkesanan produk kita dan kenapa pengguna kena guna produk kita. Itulah cabaran terbesarnya apatah lagi tempat2 pameran tidak ramai pengunjung dan pengunjung yang tiada kuasa membeli. Apalagi jika produk kita nampak mahal dimata pengguna. Produk kita mungkin orang kenal atau pernah dengar dari orang lain atau dari lain-lain sumber tapi bila tahu harganya......alahai !!! yang beria nak beli langsung tak jadi, kadang tu jeling dari jauh jee, bila diajak minum free pun takut2. Aku berpendapat jualan ekspo lebih layak untuk produk-produk perusahaan orang kampung atau perusahaan kecil berasaskan makanan atau dengan kata mudah produk yang harga RM 20.00 kebawah lebih dari itu cuma boleh dipamerkan sahaja. Bak kata orang 'ngabihkan boreh yoo'.
Pelbagai teknik pemasaran dilakukan seperti minum percuma, tawaran harga rendah, jualan hebat potongan sekian2 percent dan buat kerja bodoh terpekik terlolong sebab nak tarik perhatian orang, pun kurang memberi kesan. Namun apalah daya lagi....Allah Maha Adil, aku pasrah. Mungkin ekspo, fiesta dan pameran bukanlah tempat yang boleh beri kejayaan, mana tahu mungkin dengan cara lain.

Bagi aku yang terlibat dalam perniagaan kopi ini, satu cara yang dapat mendatangkan sumber pendapatan iaitu menyusun dan mengatur produk ke kedai makan, warung kopi, restoran, pasaraya, mini market dan kafeteria. Memberi servis/khidmat yang baik pada pelanggan iaitu pekedai yang setakat ini ada keberkesanannya. Jangan kita berkokok gah yang produk kita hebat tapi pulangannya.....hampehhh! setengah tempat langsung tak boleh nak jual. Kenapa ini terjadi?. Ramai orang memuji produk ini akan kehadapan, packaging cantik, menarik, rasa sedap, ada kesan selepas menggunakannya....tapi kenapa payah nak jual? Kenapa selepas pameran atau ekspo tiada pembelian ulangan?.Di manakah silapnya? Kita kena kembali kepada nawaitu kita, untuk apa kita buat produk ini, untuk siapa kita buat produk ini, kemana hasil keuntungan kita salurkan, apa matlamat utama produk ini, apa tanggungjawab pengusaha kepada diri sendiri, kenalan, staf, keluarga dan kepada Tuhan. 
Mengenai produk kita yang kita tumpang atau memberi hutang pada orang lain (jual dulu/consigment). Sebetulnya kita kena bantu orang yang sanggup bantu pasarkan produk kita seperti melalui iklan media cetak, website dan lain-lain. Kita buka pasaran di suatu tempat dan kita tolong iklankan tempat orang itu. Kita jangan berkira tentang kos iklan, kalau berkira yang lain-lain pun kita akan berkira juga. Aku lihat kekuatan produk Dr Rozmie dan Al Jabbar pada iklan media cetak. Boleh dikatakan hari-hari iklan dalam Harian Metro ada iklan 2 syarikat ini. Sebab itu produk mereka cepat terkenal dan menjadi buruan. Dan yang ingin  menjadi agen stok pun tak ragu-ragu sebab iklan kuat.
Kita rasakan produk kita dah terkenal tapi yang sebetulnya tidak. Kenapa tiada pembelian ulangan? Sukar ke nak dapatkan stok? Susah sangat ke nak bank'inkan duit pastu telefon beritahu?. Kos penghantaran percuma lagi.
Jika kita punyai iklan yang kuat seperti Al Jabbar apakah kita dalam keadaan yang sama seperti sekarang?
Kita jangan kerja kuat aje tapi kena juga smart. ahaaa...bersambung.......!

Mash Cafe kat Seremban jual Kopi Kawe






Bagi penggemar minuman Kopi Kawe 'Hok Paling Sedap' yang berada sekitar Seremban bolehlah mengunjungi Mash Cafe yang terletak di Seremban Centre Point, Aras Bawah. Restorant ini menyediakan main menu roti arab, mee jawa, soto dan lain2.
Nombor telefon 014-6662761 atau 019-6492767
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...