Saturday, August 6, 2011

Wanita, Kopi dan Cinta...!

Kopi membuatkan wanita lebih MUDAH diajak BERCINTA!


Satu kajian yang menarik oleh para ilmuwan dari Australia dan Amerika, mengenai kesan kopi terhadap psikologi manusia. Mereka menyatakan bahawa kopi boleh membuatkan wanita lebih mudah dirayu untuk hubungan intim dengan suaminya.
Seperti yang dikutip dari Genius Beauty, seseorang akan menjadi lebih patuh dan mudah dirayu setelah meminum kopi. Hasil penelitian tersebut tertulis di dalam jurnal Science.
Para peneliti membuat kesimpulan berdasarkan sebuah penelitian yang sederhana. Sebagai contoh, peserta penelitian diminta mengungkapkan pendapat mereka mengenai masalah tertentu. Lalu setelah itu, mereka dibahagi kepada dua kelompok yang sama, dan salah satu kelompok diberi minum kopi.
Peserta yang meminum kopi lebih mudah didesak untuk mengubah pandangan mereka. Namun para peserta yang tidak meminum kopi sangat tidak fleksibel, dan tetap mempertahankan pendapatnya masing-masing.

Penelitian lain juga telah dilakukan terhadap tikus sebagai objek percubaan, yang membuatkan para peneliti merumus satu kesimpulan yang sensasi bahawa kopi menyegerakan fantasi seks. Tikus-tikus yang menerima dos kafein yang banyak, memiliki tindak balas dengan lawan jenis mereka. Dan hal yang demikian terjadi sebagian besar pada tikus-tikus betina.
Dengan adanya hasil penelitian tersebut, kopi dijadikan ‘senjata utama’ para suami untuk berhubungan intim dengan isterinya tanpa ada penolakan. Kalaupun ada penolakan, hal tersebut tidak berlangsung lama, kerana kopi juga boleh membuat seseorang wanita lebih mudah dipujuk rayu.

Apatah lagi jika suami minum Kopi Machismo dan isterinya minum Feminite dan hasilnya.....!
Mengkagumkan......tak cayer....percayalah......!

Meh baca!......menarik tentang kopi.....



MENARIK TENTANG KOPI

1. Kopi ditemui oleh kambing
Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan Afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.

2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya
Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.

3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!

4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.

5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%
Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.

6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.

7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.

8. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks
Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar.

9. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.


FAKTA MENARIK YANG PERLU ANDA TAHU

-Sekitar 20 juta orang bekerja di industri kopi di seluruh dunia.
-Kopi adalah komoditi kedua yang paling aktif diperdagangkan selepas minyak.
-Brazil adalah penghasil kopi terbesar di dunia.
-Perkiraan nilai eksport kopi hijau sekitar 10 milion dolar.Kopi memiliki banyak pilihan yang berbeza, ada lebih dari 60 pilihan.
-Hanya dua pilihan kopi memiliki pasaran ekonomi dunia, Arabica dan Robusta.
-Black Coffee (tanpa gula atau susu) tidak mengandung kalori (kurang dari 1 Kcal.)
-Kopi berkafein mempunyai kesan yang baik pada kesihatan dan meningkatkan kreativiti dalam pelbagai tugas-tugas baik disiang atau malam hari.
-Populariti “dark roasted coffee” paling tinggi ada di Eropah Selatan.
-Pohon kopi yang baik dapat menghasilkan hingga 1 kg kopi mentah pertahun.
-Selama memanggang biji kopi, gula dalam biji kopi mulai menjadi karamel.
-Kualiti secawan kopi tidak tergantung pada campuran saja, tetapi juga pada jumlah air dan kopi yang digunakan.
-Pengeluaran kopi di seluruh dunia merangkumi sekitar 70 negara.
-Pohon kopi hanya tumbuh dalam iklim tropika.
-Pohon kopi memerlukan suhu antara 17 ° C dan 23 ° C serta curahan hujan yang melimpah dan keadaan tanah yang baik.
-Kopi berasal dari dataran tinggi Abyssinian.



Wednesday, August 3, 2011

Testosteron dan lelaki.....





MASALAH TESTOSTERON

Hormon kelelakian, ia merupakan hormon utama untuk pembentukan tumbesaran kanak-kanak lelaki kepada lelaki dewasa. Selain daripada meransangkan pembinaan otot, meningkatkan pembentukan sel darah merah, mempercepatkan penyembuhan daripada sakit atau kecederaan, testosteron amat penting dalam mengawal atur struktur, pertumbuhan dan keutuhan alat kelamin (zakar), dan perkembangan sifat seksual sekunder kaum lelaki. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan syahwat lelaki.

Tetapi apakah faktor penurunan kemampuan dan keupayaan seksual lelaki yang berumur ? Penuaan ? Jawapannya, YA. Tetapi bagaimanakah proses penuaan menyumbang kepada sindrom ini ? Jawapannya terdapat dalam tahap dan aras hormon testosteron individu tersebut. Kajiselidik menunjukkan semasa muda, tahapnya meningkat. Tahapnya meningkat dan berada di kemuncak pada usia 25 tahun dan menurun mengikut usia. Terdapat kaji selidik klinikal yang menunjukkan secara purata testoteron menurun sekurang-kurangnya 1 % – 2 % setiap tahun selepas usia 30 tahun. Kadar penurunan ini bergantung kepada tabiat dan cara hidup.

ADAKAH ANDA TERINGIN SEPERTI INI?

* Mencapai ereksi yang terhebat pernah anda alami?
* Mencapai ereksi penuh pada bila - bila masa? Walaupun ketika hubungan yang tidak dirancang?
* Mempunyai Libido sehebat zaman muda anda?
* Memberikan isteri anda orgasm berganda?
* Mengakhirkannya dengan orgasm terhebat anda?
* Dan bersedia kembali selepas beberapa minit?
Jika yang demikian sudah pasti hubungan rumahtangga anda akan kembali seperti ketika anda baru sahaja berumahtangga!



KENAPA ANDA PERLUKAN PHL PLUS?
 
* Merawat kegagalan erektil
* Meningkatkan libido
* Meningkatkan pengeluaran air mani
* Ketegangan lebih lama
* Merawat masalah Prostate
* Membersihkan buah pinggang
* Meningkatkan tenaga dan stamina
* Menghadapi kesukaran untuk mencapai ereksi pada waktu pagi selepas bangun dari tidur.
* Ketegangan tidak penuh atau tidak betul - betul keras walaupun dalam keadaan yang amat terangsang.
* Memerlukan masa yang agak lama untuk mencapai ketegangan apabila bermesra dengan isteri
* Ketika bersetubuh, anda gagal mengekalkan ketegangan.




Saturday, July 30, 2011

HPA!... aku kecewa....!


Keluhan dan rintihanku......

Aku terlibat dengan MLM HPA pada tahun 2006. Tahun 2007 hingga 2009 aku begitu fanatik dengan HPA. Bagiku HPA adalah segala-galanya, semua program aku sertai dari pbc, kelas mingguan, kelas pic dll dan semua produk aku guna dan produk yang menjadi kegilaanku adalah kopi radix. Pada masa tu kopi radix papan dan sachet putih, kopi radix yang aku jual pernah dirampas oleh pihak kesihatan. Fanatiknya aku sampai tak boleh dengar orang hentam produk HPA atau apa-apa keburukkan tentang HPA. Bersembang dengan rakan kerja, kawan-kawan dan keluarga takde lain semua pasal HPA, sampai kawan-kawan menjauhi aku. Takpa laa...aku sanggup telan segalanya demi memenuhi hasratku yang pada masa itu begitu berkobar-kobar ingin mengubah kehidupan. Walaupun part time tapi siang malam aku menguruskan perniagaanku hantar kopi ke kedai makan, warung, restoran, mini market dsgnya, bukan hantar kopi saja bahkan terkejar-kejar ke sana ke sini mencukupkan stok (penyakit dalam HPA dari dulu hingga kini) bukan setakat kopi, air berkarbonat dan mineral (air Gau) menjadi nadi kekuatan perniagaanku.
Letih menguruskan 2 job serentak, kerja dan bisnis. Tapi tekad dah bulat nak jadikan bisnis sebagai sumber pendapatan, aku tetap bersemangat. Harapanku pada suatu masa aku akan buat perniagaanku sepenuh masa dan produk HPA adalah 'main product'. Pada masa itu harapanku cuma pada HPA.

Kini.....! aku dah sepenuh masa dan bebas dari kerja yang kena arah (makan gaji), bolehlah aku terus cita- cita yang dihajati. Apapun terjadi aku nekad......!
Namun apa dayaku....harapanku pada HPA mula longgar disebabkan masalah stok di setiap cawangan. HPA perlukan 'buyer' yang loaded untuk beli stok yang banyak melalui koperasi dan program ESP lepas tu tolak harga rendah. Orang macam kami (modal kecik) tiada dalam perkiraan. Sedarlah...! yang menjadi duri, petualang dan menjadi pedajai adalah leader HPA sendiri. Di Perlis, kedai cina Mata Ayer cukup popular dengan harga rendah dan tak putus stok. Soalnya dari mana tauke tu dapatkan stok padahal di cawangan tiada stok. Pihak HPA sendiri pun dah mangli dengan permainan ini apalagi leader....apa aku peduli!

Kopi radix menjadi 'master' dalam bisnisku dah susah nak dapatkan stok dahlah harga sentiasa naik stok pulak bermasalah, masalah permainan harga (dah banyak komplain HPA apa peduli!), orang dah komplain, macam-macam orang kata. Yang menjadi duri, petualang dan menjadi pedajai adalah leader HPA sendiri. Jualan di kedai-kedai rangkaianku mula merosot dengan ketara. Jualan runcit untuk kopi radix tiada untung cuma dapat nm sahaja, dan nm akan di'claim' pada hujung bulan  untuk dapat bonus. Kata mudah pendapatan cuma pada bonus sahaja. Aku lihat perjalanan perniagaan HPA mula kelam kabut, dari masalah stok hingga bonus. Sampai sekarang masalah pemberian bonus meleret-leret tiada jalan penyelesaiannya. Bukan aku seorang yang terasa susah, ramai lagi agen stok yang terasa susah, mungkin segan nak bercerita.

Aku dah mula rasa kecewa dengan HPA, pendapatanku dah terjejas, mana nak settle kereta, belanja anak sekolah dan lain-lain. Walau bonus tak banyak, tapi aku bersyukur, aku boleh jual produk HPA dengan rasa bangga sebab produk orang kita. Hingga kini aku masih bersama HPA, harapanku akan ada jalan penyelesaiannya.
Hpa bukan badan amal, HPA adalah syarikat yang menjalankan perniagaan. HPA perlu ingat orang yang menyokong HPA terdiri dari pelbagai golongan dari yang buat part time dan sepenuh masa. HPA kena ingat ramai lagi yang mengharapkan imbuhan (bonus) setelah penat uruskan jualan. Hpa jangan harapkan agen stok kena memahami masalah HPA sahaja, dunia hari ini perlukan belanja yang agak besar dalam perbelanjaan seharian, kalau bonus sebulan dah meleret sampai 2 bulan sapa pun angin satu badan...siapa pun dia pjs ke, pjm ke, cuma didiamkan saja, masing2 ada kepentingan diri. Kita kena ingat, hari ini walau seribu kebaikan kita berikan dan satu je kesilapan yang kita buat, yang satu inilah orang akan bercakap....ini realitinya.
Tolong selesaikan masalah ini secepat mungkin atau HPA akan kehilangan ramai peminat setia kopi radix.

Fikirlahhhhhh......................!!!!!!

Wednesday, July 27, 2011

PHL Plus vs Machismo



Adakah anda mengalami masalah ejakulasi pra matang?
Adakah anda mengalami masalah ED?
Adakah anda kalah sebelum berdayung?

Kini anda tak perlu bimbang lagi...kami ada menyediakan sinergi paling mujarab ke atas masalah tadi.
Apakah yang dikatakan sinergi paling mujarab ini?
Anda cuma mengambil 1 kapsul sebelah pagi sebelum sarapan dan 1 sachet Machismo sebelah petang dan anda dapat resultnya sebelah malam...

Kos yang anda mampu bayar untuk anda kekal sihat bertenaga
PHL Plus -   RM 45.00
Machismo -  RM 35.00         Jumlah RM 80.00
Murahkan...!
Untuk pasangan anda pula berilah satu kotak atau lebih Feminite.....cuba dan yakinlah.....!
Selamat mencuba.......

Berkat dalam berniaga

Kekadang kita anggap kesilapan yang kita lakukan adalah kecil, takpa esok kita perbetulkan. Sedar atau tidak kesilapan yang kita lakukan samada kita sedari ataupun tidak memberi impak yang cukup besar atas perniagaan kita. Sebagai Islam kita kena percaya setiap usaha kita yang dilakukan hasilnya datang dari Allah dan kepada Allahlah kita harapkan agar usaha yang kita lakukan diberi keberkatan. Bagaimana nak dapatkan keberkatan perniagaan?.
Allah berfirman;
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Di sinilah asasnya. Kita terlalu memikirkan duit tanpa kita sedari hak orang lain juga kita lupakan, kita langgar batas-batas yang dah ditetapkan bukan kita saja yang langgar batas-batas itu tetapi kita bawa sekali orang lain supaya langgar batas-batas itu. Pada pengusaha perniagaan, ingatlah kita perlukan InayahNya....tanpanya kita akan kecundang. Walau seribu kudrat kita curahkan, sejuta idea kita sajikan kalau kita lupa padaNya nescaya apa yang kita usahakan selama ini tak akan berhasil. Bukan tak ada hasil langsung tapi tak pernah rasa cukup, nak cepat dapat untung, gelisah siang malam, buntu fikiran nak buat itu tak menjadi, buat ini tak menjadi, plan itu,plan ini tak jadi-jadi juga.......Pengalaman berbayar, padaku satu jenaka. sepatutnya jadikanlah satu iktibar dan kembali balik pada yang asal iaitu koreksi diri sendiri, cari kelemahan diri dan baiki kelemahan itu lalu menadah tangan merintih memohon keampunan atas kesalahan besar yang dilakukan.
Ingatlah...manusia ini jika diberi segunung emas dia akan meminta segunung emas lagi.
jika diberi sihat akan lupalah ia akan sakitnya
jika diberi kaya akan lupalah miskinnya
jika diberi muda akan lupalah ia akan hari tuanya
jika diberi rasa lapang akan lupalah ia akan masa sibuknya dan....
jika diberikan hidup akan lupalah ia akan hari matinya......

Dan jika diberi kesenangan wang melimpah ruah akan lupalah ia dari mana ia datang dan kemana selepas itu dan berkokoklah ia....lihatlah.....kekayaanku...ini hasil usahaku.
Ingat.....biarlah kita menikmati kekayaan dalam keberkatan bukannya menikmati kekayaan dalam istidraj.
Orang bukan Islam menikmati kekayaan dalam istidraj takkan kitapun nak benda yang sama...kan!

Orang berniaga kita pun nak berniaga juga bukannya kita tak tahu nak uruskan perniagaan tapi asas kita sebagai muslim jangan diabaikan. Walau sepandai mana kita berniaga kalahkan Robert Kwok ke, Goh Tong ke, Ananda Krisnan ke, ketahuilah! jika asasnya kita tak jaga akan rosaklah perniagaan yang dibina. Kita sebagai muslim bukan keuntungan pernigaan sahaja yang kita cari tapi keberkatan perniagaan juga kita cari. Patutlah selama ini ramai yang menggunakan produk kita tapi hilang macam tu saja, ramai juga agen stok yang  menjual produk kita macam tu jugak hilang terus. Pernah seorang kawan berkata jika produk ini orang cina yang uruskan dah lama berjaya. Ntahlah...!

Jika berkat yang dicari, sudah tentu berkat yang diperolehi. Jika keuntungan dikejar, sudah tentu keuntunganlah yang akan diperolehi berlipat ganda. Aku berpendirian bahawa produk yang dijual pada harga yang melampau dan tidak berpatutan, akan dibeli hanya sekali saja. Jika produk dijual pada harga yang tinggi sedikit dan kualiti rasa dan kesannya sama serta perkhidmatan yang disediakan terbaik, maka selalulah akan ada pengguna baru silih berganti.InsyaAllah....!

Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.” (Muslim)


Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Renung dan fikirkanlah.....!!!!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...