Sunday, October 2, 2011

Kopi Kawe kat UUM Sintok








Sempena Majlis Konvokesyen 2011 Universiti Utara Malaysia yang diadakan pada 1-6/10/2011.
Sila dapatkan produk Kopi Kawe, minuman yang disenergikan untuk kecergasan badan.
Sila ke booth Kopi Kawe 'Hok Paling Sedap' sekarang........!

Friday, September 30, 2011

Siti Nurhaliza dan Kawe....










Moh kitee.........kite meriahkan Halfest 2011 di PWTC pada 12 hingga 16 Okt 2011. Kunjungilah booth Simply Siti  no. 2115 & 2116 di Hall 2. Dan jangan lupa dapatkan minuman hok paling sedap kopi kawe di Hall 1. Siti pun minum kawe.....anda bile lagi.....? Kawe...kawe...minumlah kopi kawe...hok paling sedap!
Jommmm......kita gegarkan PWTC.......

Thursday, September 29, 2011

Lambaianmu mendebarkan.......!


Satu waktu..... mengatur langkah menghampirimu dalam bahang terik mentari sungguh melelahkan. Ku gagahi juga walau panas membakar diri dan bercerau peluh membasahi tubuh.....Setapak demi setapak melangkah mendatangimu sesekali perlahankan langkah mencari redupan disebalik pokok. Ya Rab!.....andai satu langkah mendekatimu diberi rahmat dan keampunan bayangkan betapa besarnya rahmatMu andai disertai hati yang ikhlas.
Berdiri di depan mu dan menelusuri langkah longlai.....aku terpana akan kehebatan rekaanmu tanpa ada pengudaraan. Nyaman dan damai terasa.....hilang lelahku....hilang rasa bahang mentari dan hilang segala.....yang berkecamuk difikiranku.
Solat sunatku penuh kerendahan dan rasa perhambaan.......Ya Rab!.......aku bersyukur dapat singgah beriktikaf walau seketika.
Lambaianmu yang tadinya begitu kewalahan kini amat mendamaikan dan penuh ketenangan.....!

Ooh...! Masjid Sultan Zainal Abidin Putrajaya.....bilakah waktu akan ketemu lagi......?

Jumaat - 25 syawal 1432 bersamaan 23 sept 2011








Tuesday, September 27, 2011

Kami kembali ke PWTC.......Halfest 2011







Date/Time
12 Oct 2011 until 16 Oct 2011
10:00 AM – 7:00 PM

Location
Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

Selepas KUD Putrajaya, kini kami akan temui anda di Halfest 2011.
Nantikan kehadiran kami di booth 1130 di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis( UPEN Perlis ).

Sunday, September 25, 2011

KUD yang hampa......!



Alhamdulillah........! selesai sudah karnival usahawan ini. Letih sepanjang hari dah habis....kini menghitung dan bercongak congik apa nak dijawab bila ditanya bos. Karnival yang gah dipromosi tapi orang kita atau orang Malaysia kurang berminat nak mengunjungi karnival ini biarpun disajikan dengan artis-artis terkenal.
Atau booth kami ditempatkan di tempat yang kurang strategik sebab blok C dan D orang/pengunjung agak ramai.  Apa yang aku bayangkan difikiran sebelum ini jauh tersasar. Apa yang aku bayangkan adalah bila karnival di Putrajaya orang akan berpusu- pusu tapi jauh meleset. Apapun setakat itulah sahaja rezeki kami, dan syukur kepada Tuhan, walaupun jualan kurang memberangsangkan ada lagi pemamer yang langsung tak boleh balik modal.
Terima kasih pada pembantu saudara Marzuqi, MD 4U Beauty Cik Sarah Aimi dan sepupunya Ain.
Tak lupa juga pada saudara Fizal staff MARA HQ kerana sudi mengunjungi kami

InsyaAllah.....!!!
Kalau Ada Sumur Di ladang
Boleh Kita Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Lain Karnival Boleh Cuba Lagi..........

HOK PALING SODAP...JANG!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...