Thursday, October 13, 2011

Ianya akan berakhir.......


Aku bukanlah pengusaha aku hanya penjual kopi........!

Aku sebenarnya dah begitu letih, dah tak berapa bersemangat dan terlalu penat dengan urusan mengadakan pameran jualan di merata tempat. Secara peribadi bagiku jualan untuk ekspo, pameran atau karnival dah tak relevan. Maksud aku bukan semua produk dah tak relevan, padaku produk berasaskan kopi dah tak boleh jadi 'main product' untuk jualan ekspo atau karnival. Sebab apa?. Produk berasaskan kopi dah berlambak di pasaran baik di pasaraya besar maupun kecik. Kita nak 'claim' atas apa produk kita? sebab produk kopi lain pun claim benda yang hampir sama, masing-masing ada kekuatan dan kelebihan sendiri. Secara jujur boleh dikatakan ianya hanya membuang masa, tenaga dan kos.

Sekarang ni aku perlu teruskan hidup untuk menampung keperluan keluarga dan padaku, pameran bukanlah tempat untuk aku dapat lebih imbuhan. Sekarang ni bukan masanya aku kena cari pengalaman. Sekarang aku berdepan dengan realiti dunia perniagaan dan kehidupan yang segalanya memerlukan kos, itu sebabnya aku suka pasarkan produk terus ke pelanggan. Bebas bergerak mencari pelanggan bukan duduk di booth menunggu pelanggan. Secara peribadi......ada orang suka jualan di ekspo, masing-masing punya stail strategi dan aku pulak suka tak suka akan  pencen untuk jualan ekspo.

Perancangan aku, aku akan banyakkan rangkaian (outlet) dan utamakan servis produk.


aku hanya penjual kopi.......yang gila kopi.....!


Wednesday, October 12, 2011

Halfest yang tak ku duga....


Hari ini bermulalah aktiviti jualan di tapak Fiesta.......seperti biasa hari permulaan sambutan agak perlahan.
Fiesta Halal yang terbesar dengan dihadiri 700 pemamer dan tapak jualan dan juga yang julung kali diadakan besar besaran di PWTC.
Hari pertama dihadiri dan dimeriahkan artis tersohor tanahair Siti Nurhaliza, Jaafar Onn dan Ziana Zain dengan program memasak.
Sampai petang kehadiran pengunjung begitu mengecewakan. Tersasar dari dugaan dan ramalanku. Dari pandangan ku tak perlu diadakan aktiviti di Hall 3 sebab pengunjung yang hendak ke Hall 2 dan 1 agak jauh.
Harap event organizer dapat lakukan sesuatu agar pengunjung akan ke Hall 1 dan 2.
Mungkin esok akan ada rezeki....insyaAllah.....!
Apapun ......esok akan berubah strategi pemasaran.....


Monday, October 10, 2011

Kiah mai pulak dah.....


Tolong promote......
Drama Kiah Mai Pulak Dah adalah kesinambungan dari drama pertama Kiah Pekasam yang mendapat rating tinggi dari penonton....kini ianya kembali muncul di Astro Warna pada setiap khamis 10.30 mlm.......saksikanlah.......drama tajaan produk minuman hok paling sedap....Kopi Kawe.
Jommmmm...tonton....!





Friday, October 7, 2011

Istimewa..........! jus 2lawas







gambar hiasan
gambar hiasan







Booth Kopi Kawe 1130 akan memperkenalkan satu minuman istimewa untuk kesegaran badan dan untuk
melancarkan sistem pencernaan (detox).
Mula diperkenalkan kepada pelanggan di Karvinal Usahawan Desa Putrajaya dan mendapat respon agak baik dari pengguna.
Pada Fiesta Halal di PWTC kali ini pihak kami akan sekali lagi menyediakan jus 2slimm. Rasa dan beli. Untuk beli secawan yang telah dibancuh sejuk kami tawarkan pada harga RM 1 shj. Dan untuk 1 botol 2slimm tawaran menarik dengan harga serendah RM 35 shj.
Dapatkannya nanti di Halfest dan temui kami di sana....di sana......!

Jommmmmm.......moh kite.
dok rok cetong

Sunday, October 2, 2011

Antara yang menarik di Halfest 2011




Program Acara Halfest 2011

Tarikh/MasaTempatProgram
12 – 16 Okt 2011Hall 1, PWTC

Demonstrasi Memasak Bersama Selebriti
Kenali selebriti kesukaan anda dengan lebih dekat lagi di HALFEST 2011! Jangan lepaskan peluang bertemu dengan selebriti dan personaliti kesukaan tanahair seperti SITI NURHALIZA, VANIDAH IMRAN, AARON AZIZ, SHEILA MAJID, AWIE, M.NASIR, ZIANA ZAIN, FARAH FAUZANA dan ramai lagi serta saksikan mereka memasak bersama Chef selebriti, Chef Zam, yang akan berlangsung setiap hari di HALFEST 2011. Jangan lupa merakamkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan ini bersama selebriti kesukaan anda…


14 – 16 Okt 2011
12 pm -1 pm &
5 pm – 6 pm
Hall 1, PWTC
Penampilan Upin & Ipin
Kanak-kanak akan berpeluang bertemu Upin & Ipin di samping menyertai kuiz-kuiz, bermain permainan seperti kerusi muzik dan banyak lagi. Tidak lupa juga, pelawat turut berpeluang membawa pulang barangan Upin & Ipin.
15 Okt 2011
3 pm – 5 pm
Hall 1, PWTC


Pertunjukan Fesyen Muslimah
Penggiat ‘trend’ terbaru serta pereka fesyen akan mempamerkan koleksi skarf pelbagai warna, kerja-kerja manik, serta fabrik yang direka dengan unik. Pertunjukan fesyen sederhana bakal memberi inspirasi kepada mereka yang mencari pakaian Muslimah yang terkini! Lawatan di buka untuk wanita sahaja.
*Program-program di atas tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal

### Jangan lupa.......! singgah ke booth kami....Kopi Kawe Hok Paling Sedap dan bawa balik kopi untuk sajian di rumah.....JJJoooMMM Ke PWTC.......kawe....kawe....kawe........!

Kopi Kawe kat UUM Sintok








Sempena Majlis Konvokesyen 2011 Universiti Utara Malaysia yang diadakan pada 1-6/10/2011.
Sila dapatkan produk Kopi Kawe, minuman yang disenergikan untuk kecergasan badan.
Sila ke booth Kopi Kawe 'Hok Paling Sedap' sekarang........!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...