Friday, October 21, 2011

Feminite.....! sedap dan berkhasiat.




Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasiklan oleh pokok manjakani.Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria).Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil.

Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

Pokok manjakani boleh ditemui dihutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan.Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok yang sedang kita bincangkan ini iaitu pokok mempening.


manjakani  ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1.8 meter.Daun manjakani menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.

Di sesetengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup(seperti kegunaan tepung jagung) dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti.Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid.Biji manjakani terbaik dikatan berasal dari daerah Aleppo Syria.

kegunaan:
Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.Penyediaanya ialah dengan cara merebus 6 biji majakani dengan 3 helai daun beluntas dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya direbus hingga mendidih dan menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan tidak disimpan terlalu lama walaupun didalam peti sejuk.


Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.

Manjakani ini boleh direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama madu.Air rendamannya juga diminum.Ia begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran. 

Untuk kegunaan luaran buah manjakani bleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka.Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma. Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Dikatakan masyarakat di pedalaman India, golongan lelaki adalah penggemar buah manjakani. Ianya dimakan begitu sahaja. Bagi masyarakat kita, bila sebut sahaja manjakani ianya sinonim dengan golongan wanita.
PHL Trade Sdn Bhd ada mengeluarkan produk kopi berasaskan manjakani. Produk tersebut dinamakan Feminite dan dikatakan sambutan agak menggalakkan. Ramai wanita yang sudah mencuba mengatakan ianya dapat mengurangkan kerengsaan dan kegatalan kulit terutamanya di muka, bertenaga dan lain-lain.
Kepada anda yang berminat nak dapatkan produk ini terus sahaja menghubungi saya.
Dapatkannya sekarang....



Harga pasaran RM 45.00.
Jika berminat harga boleh dirundingkan

Wednesday, October 19, 2011

Antara Selebriti di Halfest 2011

































Sebahagian dari selebriti yang sempat dirakamkan, dan antara yang hadir tak sempat dirakamkan seperti Serina Cef Wan, 6Sixth Sense dan lain2.

Monday, October 17, 2011

Akankah aku......?



Aku membina harapan yang kosong dan polos
Dalam jiwa yang tandus dan kudus
Aku melayari sejuta impian
Di lautan yang tiada berpesisiran
Aku mencipta beribu angan
Dan menyemai mimpi indah
Namun kekosongan

Di hamparan damai ini
Tersembunyi secalit resah
Jiwa lara penuh penyesalan
Tiada siapakan mengerti
Gelodak perasaan yang semakin bercelaru
Mampukah aku beriringan bersama
Menongkah ranjau kian beronak
Menanggung beban makin mencengkam.....

Biar pahit senyuman ini
Biar impian terus tersedar
Biar angan leka membuai
Namun....ku titip sebuah pengharapan
dan doa InayahNya
Agar dihujungnya
Kejayaan mendatangi dan dirai.....

Sunday, October 16, 2011

Renungilah yang tersirat..........!


Selesai sudah Fiesta Halal 2011 di PWTC. Apapun kami redha dengan apa yang kami terima, mungkin rezeki kami setakat ini. Segala jerih perih dan segala cabaran kami tempuhi dan sedaya upaya melakukan yang terbaik. Namun apakan daya .....hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui disebalik apa yang kita rancangkan dan Tuhan juga merancang dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah s.w.t.
Syukurlah....ada lagi dikalangan sahabat2 kita yang sama2 berusaha keras pun tak memperolehi imbuhan yang setimpal. Inilah jiwa usahawan....pelbagai cabaran dirempuhi samada untung ke!, rugi ke!, susah ke! dan sebagainya diharungi dengan sabar........Tahniah...! kepada semua usahawan....dan usahawan di Hall 3 kami ucapkan syabas, rezeki anda mencurah di situ dan usahawan di Hall 1 & 2 banyakkan bersabar....rezeki kita mungkin di tempat lain. Jangan memberi alasan di atas kelemahan pihak urusetia, urusetia pun manusia jugak diaorang pun berusaha memberi yang terbaik dan mengakulah masing2 ada salah silapnya.
Jumpa lagi..........!

Friday, October 14, 2011

Begitukah realitinya ........?

Kekadang terfikir, apakah sesuatu produk yang agak dikenali tak boleh dijual? Susah nak percaya dengan logik akal. Sukarnya mempengaruhi pelanggan baru untuk mencuba produk dan terus beli dan lagi sukar nak pertahankan pelanggan yang sedia ada supaya terus setia dengan produk kita. Di mana salah dan silapnya....! tentu ada celanya.....Sepatutnya hal ini susah berlaku tetapi realitinya dah pun berlaku......
Masuk hari ke 2 dan ke 3, jualan di booth kami agak muram walaupun diubah strategi termasuk menyediakan sampel minuman percuma.
Bagiku pelanggan yang hadir bukannya tak berduit cuma bila nampak produk kami bibir mulut pasti menyebutnya. Apalagi bila terdengar alunan rancak lagu tema produk kami....yang lalu di depan akan menoleh, namun apakan daya......produk kami seperti begitu asing bagi mereka.
Rata-rata yang diberi minum akan bertanya, air apa nii....oooo kopi kawe..! dan terus pergi tiada reaksi dan kami tiada ruang dan peluang untuk memberi penerangan tentang produk. Kami terkedu dan mati akal. Mungkinkah kami terlalu ghairah dan yakin sehingga kami lupa ungkapan orang lama 'Langit tak selalunya cerah'.
Langit tak selalunya cerah ibarat kehidupan ini tak selamanya indah indah belaka..tak selamanya kita senang. Kalau selama ini kita gah di puji, tapi suatu masa nanti kita akan hilang segalanya, jika kita terus leka dibuai mimpi disiang hari. Tak selamanya orang akan suka kita jika kita lupa akan waktu waktu susah dulu. Jangan bila dah senang lupakan mereka-mereka yang selama ini sama sama membantu kita.
Ingat... !! langit tak selalunya cerah, mimpi tak selalunya indah...







Thursday, October 13, 2011

Ianya akan berakhir.......


Aku bukanlah pengusaha aku hanya penjual kopi........!

Aku sebenarnya dah begitu letih, dah tak berapa bersemangat dan terlalu penat dengan urusan mengadakan pameran jualan di merata tempat. Secara peribadi bagiku jualan untuk ekspo, pameran atau karnival dah tak relevan. Maksud aku bukan semua produk dah tak relevan, padaku produk berasaskan kopi dah tak boleh jadi 'main product' untuk jualan ekspo atau karnival. Sebab apa?. Produk berasaskan kopi dah berlambak di pasaran baik di pasaraya besar maupun kecik. Kita nak 'claim' atas apa produk kita? sebab produk kopi lain pun claim benda yang hampir sama, masing-masing ada kekuatan dan kelebihan sendiri. Secara jujur boleh dikatakan ianya hanya membuang masa, tenaga dan kos.

Sekarang ni aku perlu teruskan hidup untuk menampung keperluan keluarga dan padaku, pameran bukanlah tempat untuk aku dapat lebih imbuhan. Sekarang ni bukan masanya aku kena cari pengalaman. Sekarang aku berdepan dengan realiti dunia perniagaan dan kehidupan yang segalanya memerlukan kos, itu sebabnya aku suka pasarkan produk terus ke pelanggan. Bebas bergerak mencari pelanggan bukan duduk di booth menunggu pelanggan. Secara peribadi......ada orang suka jualan di ekspo, masing-masing punya stail strategi dan aku pulak suka tak suka akan  pencen untuk jualan ekspo.

Perancangan aku, aku akan banyakkan rangkaian (outlet) dan utamakan servis produk.


aku hanya penjual kopi.......yang gila kopi.....!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...