Wednesday, November 2, 2011

Aku pun tahu......




JIKA DIA TIDAK TAHU
DAN DIA TIDAK TAHU YANG DIA TIDAK TAHU
DIA ADALAH BODOH
ELAKKAN DIA...

JIKA DIA TIDAK TAHU
DAN DIA TAHU YANG DIA TIDAK TAHU
DIA ADALAH JAHIL
AJARILAH DIA...

JIKA DIA TAHU
DAN DIA TIDAK TAHU YANG DIA TAHU
DIA ADALAH TERTIDUR
BANGUNKANLAH DIA....

JIKA DIA TAHU
DAN DIA TAHU YANG DIA TAHU
DIA ADALAH BIJAKSANA
CONTOHILAH DIA...

selalulah bersikap ingin belajar walau diri anda terpelajar.....

Nilailah diri anda.....!



Seorang individu yang berjaya dalam perniagaan atau hidup selalunya mengenal akan kemampuan diri dan kelemahannya. Menjadi individu yang berjaya bukan bererti tidak mempunyai sebarang kekurangan. Individu berjaya juga mengalami seribu macam masalah hidup, cuma bezanya adalah bagaimana seseorang itu mengendali dan menyelesaikan masalah tersebut. Menjadi orang berjaya juga sentiasa bersikap positif terhadap apa yang dilaluinya.

Kekuatan dan kelebihan yang ada pada seseorang individu tidak akan bererti jika ia tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Orang yang berjaya dapat menggunakan kelebihan pada dirinya bagi mencapai tujuan dan matlamat dengan apa yang telah dirancangkan.

Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak mempunyai perancangan dalam mencapai maksud tujuan. Tiada manusia berjaya dengan begitu sahaja, tentu ada prinsipnya. Asas untuk berjaya adalah bergantung sejauh mana kita mengenal diri kita sendiri atau bakat yang ada pada kita. Kalau bakat dan kemampuan diri kita tidak digilap bagaimana kita boleh mencipta kejayaan, pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri. Firman Allah dalam Al Qur'an ".....Sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..." (Ar-Ra'du : 11).

Seseorang individu yang rasional dan bercita-cita tinggi sentiasa mengenali kemampuannya dan sentiasa menyelami cita-citanya dan tindakannya dengan kebolehan yang ada padanya.
Anda!........ya!....anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang anda minati jika anda berjaya mengenalpasti dan memajukan bakat serta kebolehan yang ada pada anda.......
Ayuh lakukan sekarang.......
KALAU ADA ORANG MENGATAKAN GUNUNG UHUD ITU SUDAH BERUBAH TEMPAT BOLEH DIPERCAYAI TANPA MELIHAT TERLEBIH DAHULU, TAPI KALAU ADA ORANG MENGATAKAN YANG SI POLAN ITU SUDAH BERUBAH PERANGAINYA JANGAN KITA TERIMA KECUALI KITA SAKSIKAN DAHULU. Ini memberi gambaran kepada kita, gunung boleh diubah daripada mengubah perangai manusia.



Sunday, October 30, 2011

Lagu kopi kawe di WcFM





Dengarkanlah lagu promo kopi kawe di radio internet WcFM melalui DJ Sam.........
TQ....abg sam...

Friday, October 28, 2011

Jutawan mudah....senang ker....?



Benarkah seseorang boleh bergelar jutawan dalam masa yang singkat? Bolehkah seseorang boleh digelar jutawan dalam masa 12 bulan? Dalam bisnes apapun, bagi saya mustahil ianya dapat direalisasikan. Dunia bisnes masa kini sering kali menonjolkan seseorang atau pun lebih, menjadi jutawan dalam tempuh yang pantas. Selalunya golongan ini lahir dikalangan bisnes yang bertingkat atau yang ada sistem seperti MLM, Binary ataupun Pairing. Sungguh pun ada, layakkah seseorang itu bergelar jutawan sedangkan dia cuma menggerakkan sistem atau pelan yang disediakan oleh syarikat. Sepatutnya tokey syarikatlah yang layak bergelar jutawan, kenapa tidak di'highlight'kan tokey syarikat? kenapa mesti tonjolkan penggerak sistem atau leader?. Lebih2 lagi jika yang ditonjolkan adalah individu yang terkenal. Tidakkah ia seperti satu umpan untuk menarik perhatian pada golongan2 yang suka usaha sikit dan dapat pulangan yang banyak?. Jikalau itulah jawapannya patutlah seseorang itu menjadi jutawan yang pantas atas apa yang dikatakan penipuan cara terhormat. Jutawan melalui kebodohan pelanggan ataupun jutawan plastik.

Siapa dia Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Robert Kuok dan Ananda Krisnan sebagai contoh, adakah orang ini meng'highlight'kan dirinya jutawan bahkan diaorang ini bertaraf billioner. Orang2 ini tak tonjolkan diri sebagai jutawan malah orang lain pula yang memberikan gelaran tersebut. Cuba bertanya pada individu ini berapa lama masa yang diambil untuk berjaya. Adakah 1 tahun atau 2 tahun.......?

Kadangkala meluat jugak bila dapat brocher, orang ini dah berjaya menjadi jutawan dalam tempuh sekian2, anda bila lagi? anda pun boleh jadi jutawan jika....? dan bla...bla....?. Siap letak nombor telefon, tak terfikir ke...kalau dah jutawan nanti ada yang buat jahat!. Padaku itu adalah marketing strategy walaupun strategi betul tak semestinya kandungan dalam brocher itu betul. Fikir2 kan lah...........


 

Thursday, October 27, 2011

GRUN berwajah baru.........!



 Packaging lama



Packaging baru











Produk Inovasi  MAHA 2010......

Kini produk yang dikenali GRUN dah memasuki pasaran dengan sentuhan baru. Dibotolkan dan menggunakan uncang seperti uncang teh.

GRUN diformulasikan dengan herba-herba seperti Pokok Dukung Anak/Amin Buah, Misai Kucing dan Stevia Rebaudiana.
Antara khasiat Grun seperti-
1- Menyahtoksin dan meningkatkan fungsi hati
2- Mengurangkan deman dan batuk
3- Mengurangkan masalah tekanan darah tinggi
4- Membantu mengurangkan masalah ghout
5- Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
6- Membantu memecahkan batu karang
7- Membantu mengurangkan masalah berkaitan Hepatitis A, B, C dan D
8- Mengurangkan masalah kesakitan senggugut
9- Membantu meningkatkan daya ingatan
10- Membantu mengurangkan masalah sembelit
11- Membantu mengurangkan masalah buasir
12- Membantu mengurangkan masalah berkaitan kanser
13- Membantu melawaskan pembuangan air kecil

Harga pasaran RM 25.00 SM                                   RM 30.00 SS
1 botol mengandungi 30 uncang.

Dapatkan segera.................................call....call..............

Monday, October 24, 2011

Antara Taat dan Pelalau



Masih terdapat dikalangan orang kita yang mempunyai sifat keji atau suka melihat orang lain menderita. Sifat tercela seperti bersahabat dengan jin, syaitan dan lain2 bagi memenuhi nafsu serakah. Tidak senang melihat kejayaan orang lain, dengki, dendam kesumat dan kianat menjadi punca perbuatan syirik ini. Di zaman global atau dunia tanpa sempadan ini perangai iblis laknatullah masih lagi berleluasa, kian bercambah dari masa ke semasa. Sedarkah kita dunia semakin ke penghujung dan puak-puak Dajjal semakin banyak dan kita sebagai hamba (kononnya) semakin jauh dari peliharaanNya, semakin jauh dari hidayahNya atau kita sengaja lari dari jadi hambaNya. Kalau kita lupa pada Allah nescaya Allah takkan lupa pada kita.....larilah ke penghujung dunia sekalipun nescaya diri kita dalam pengetahuanNya.

Apa yang ingin aku sentuh adalah berkaitan dengan amalan yang telah berkurun-kurun diamalkan dalam tamaddun manusia. Amalan sejak zaman Nabi Musa lagi sehingga hari ini. Sesungguhnya iblis telah berjanji dihadapan Tuhan bahawa dia akan melakukan kesesatan terhadap manusia dan akan membawa manusia yang sesat ke dalam neraka Allah kecuali orang-orang yang ikhlas.

Sihir dalam perniagaan. (Pelalau/penghalang)
Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang individu yang dituju dari mencari rezeki samada di tempat kerja atau premis perniagaan, menghalang perkahwinan atau menghalang kemajuan dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.
Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. 
 
Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari para pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ke premis perniagaan tersebut.
Individu yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin inilah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab  dan dan lain-lain.

A. Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:
  1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
  2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
  3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
  4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
  5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.
B. Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:
  1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
  2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
  3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan sekerja atau pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahannya.
  4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.

Ingatlah.....! kita sebagai hamba kena kembali pada fitrah. Di mana kita pernah berjanji (alam Roh) depan Tuhan bahawa kita akan taat, patuh dan ikut perintah Tuhan. Bila kita dilahirkan dan membesar kita lupa siapa kita lalu perintah Tuhan kita abaikan dan suruhanNya kita tinggalkan.
Sesiapa yang terkena sihir jenis ini yakinlah ini adalah kifarah dari Allah supaya kita sedar dan kembali mentaatiNya disamping mencari penawarnya kita juga digalakkan membaca Doa-doa tertentu, perbanyakkan bacaan Al Quran, Selawat dan Zikir serta tak lupa solat 5 waktu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...