Thursday, November 10, 2011

Herba Misai Kucing...ada dalam Grun...!

Pengenalan


Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai
ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan
dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.


Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang
dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai
ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.


Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu
mengelakkan penyakit batu karang
. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan
membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.


Keterangan:   
Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.
Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke 20.

Pokok Misai Kucing


Nama Tempatan    :  Misai kucing


Nama Saintifik      :   Orthosiphon aristatus /stamineus benth


Nama Lain            :  Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,                      
                                Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher 
                             
                                Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis 
                             
                                Koetjing and Yaa Nuat Maeo.

Latin name           :  Orthosiphon spicatus


Family                  :  Lamiaceae     


Khasiat Herba Misai Kucing


1- Herba ini bersifat Diuretik berkesan untuk membantu melawaskan pembuangan air kencing
2- Menghalang pembentukkan batu karang
3- Membantu menyingkirkan lebihan asid urik pada sendi dan otot
4- Membantu merendahkan tekanan darah
5- Membantu mengeluarkan sisa toksin melalui pembuangan air kencing
6- Membantu meredakan keradangan sendi, gout dan sengal-sengal tulang
7- Membantu merawat masalah ginjal dan buah pinggang






PHL Trade mengeluarkan produk berasaskan Herba Misai Kucing + Herba Dukung Anak + Stevia Rebaudiana yang dikenali  GRUN. Grun dirumus khusus untuk menyelesaikan  masalah kesihatan yang dinyatakan di atas. Dapatkan produk ini terus dengan nombor talian yang tertera pada ruangan 'beli cara online'.



Harga - RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Kapsul Niruri Ginkgo...punyai kelebihan.....!


 
Produk Rebranding.

 
Sebelum ini dikenali sebagai Kapsul Dukung Anak Plus.
Dengan penjenamaan baru ianya dikenali dengan nama Niruri + Ginkgo.
Gabungan dan formulasi  terbaik diantara Ekstrak Herba Dukung Anak (Phylanthus Niruri) dengan Ekstrak Ginkgo Biloba.

 
Antara kelebihan dan kebaikan yang diperolehi dari amalan berterusan menggunakan kapsul ini adalah:

1- Herba Dukung Anak (Phylanthus Niruri)
  • 1- Membantu dalam merawat masalah pedih ulu hati terutamanya wanita
  • 2- Memperbaiki sistem pembuangan air kencing
  • 3- Membantu dalam merawat masalah Liver/ Kuning, Hepatitis A,B,C dan D
  • 4- Membantu merawat masalah Batu Hempedu
  • 5- Membantu memecahkan Batu Karang
  • 6- Membantu dan mengurangkan kesakitan Senggugut
  • 7- Membantu dan merawat masalah Buasir
  • 8- Membantu mengurangkan masalah Sembelit
  • 9- Mengurangkan demam dan batuk
2- Ginkgo Biloba
  • 1- Ginkgo dikenali sebagai herba untuk otak dan ianya amat baik untuk masalah berkaitan otak
  • 2- Membantu meningkatkan daya ingatan pelbagai peringkat umur
  • 3- Menggalakkan pengaliran darah ke otak, tangan dan kaki
  • 4- Mengawal keanjalan saluran darah dan mengurangkan pembekuan darah
  • 5- Membantu dalam merawat penyakit Alzheimer
  • 6- Membantu merawat masalah Disfungsi Erektil dan melancarkan darah
  • 7- Membantu merawat masalah telinga berdengung

 

 

 

 

 

 


 

Apa itu Herba...?



HERBA SATU PERISTILAHAN......

Apakah yang diistilahkan sebagai herba?
Untuk mengetaui makna herba, maka di sini saya memberikan beberapa definisi herba:

dari website www.wikipedia.org herba (herb) didefinisikan sebagai:
plants grown for culinary, medicinal, or in some cases even spiritual value.

manakala dari website www.answers.com yang memuatkan pelbagai sumber pula, herba (herb) didefinisikan sebagai:
A plant whose stem does not produce woody, persistent tissue and generally dies back at the end of each growing season.
Any of various often aromatic plants used especially in medicine or as seasoning.
American Heritage Dictionaries

name for any plant that is used medicinally or as a spice and for the useful product of such a plant. Herbs as condiments and seasonings are still important in culinary art; the use of medicinal herbs, however, has waned since the advent of prescription and synthetic medicines, although plants remain a major source of drugs. The term herb is also applied to all herbaceous plants as distinguished from woody plants.
Colimbia University Press

Technically, a herbaceous plant, one that does not form a woody stem. More popularly, herbs are “useful” plants, grown for their fragrance, medicinal properties, or culinary attributes. Under this definition, an herb may be herbaceous, like parsley, or woody, like rosemary.Taylor’s Gardening Guides


dari sumber www.dbp.gov.my pula, herba didefinisikan sebagai

sejenis tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi.
Kamus Dewan Edisi Tiga
jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya rendah dan tidak berteras (ada yg daunnya dibuat ubat atau dimakan).
Kamus Pelajar

Tumbuhan vaskular berbiji, berbatang lembut dan tidak berkayu. Kebanyakannya jenis semusim iaitu hidup satu kitaran musim lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya bayam, keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka contohnya pisang dan lengkuas
www.dbp.gov.my

Biji atau buah dari tumbuhan renek sebagai bahan perasa atau bahan aroma
www.dbp.gov.my


Tumbuhan yang daunnya sebagai bahan perasa, bahan aroma atau ubat.www.dbp.gov.my


daripada pendefinisian tersebut, dapatlah ditakrifkan pada dasarnya, herba adalah tumbuhan renek yang berbatang lembut dan tidak berkayu/teras dan digunakan dalam masakan, bahan aroma atau ubatan.

Namun demikian, pentakrifan yang lebih luas dan digunapakai oleh kebanyakan ahli herba (herbalist) ialah:

Herba ialah tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubatan dan bahan aroma. Ini bermaksud, tidah hanya tumbuhan renek , bahkan pokok yang berkayu juga boleh di takrifkan sebagai herba jika ada potensi bagi mana-mana tiga kegunaan tersebut.


sumber D'Herb Journal





Wednesday, November 9, 2011

AKU GILA KOPI: Khasiat Herba Stevia

AKU GILA KOPI: Khasiat Herba Stevia: *** Tahukah anda? Gula putih boleh menyebabkan kesihatan anda terjejas dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit? Gula putih boleh meny...

Khasiat Herba Stevia




***Tahukah anda?
Gula putih boleh menyebabkan kesihatan anda terjejas dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit?

Gula putih boleh menyebabkan- peningkatan berat badan, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, pembentukan kares gigi, buah pinggang dan lain-lain.
Kini anda tak perlu bimbang lagi untuk mengambil kemanisan yang lebih dalam minuman anda dengan herba Stevia.

Apa itu herba Stevia?

Stevia atau nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA adalah tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai 
'Pokok Gula'. Stevia merupakan pemanis semulajadi yang  tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.
Herba ini berasal dari Paraguay, ia telah mula digunakan sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis minuman dan makanan oleh penduduk asli negara Paraguay. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis adalah steviosid tidak mengandungi toksid dan kalori, boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetes.

Kelebihan  herba Stevia

1- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah
2- Meningkatkan kadar tenaga
3- Melicinkan serta memutihkan kulit serta awet muda
4- Sebagai pemanis semulajadi sesuai peringkat umur
5- Membantu menurunkan gula dalam darah
6- Membantu sistem penghadaman
7- Membantu mereka yang mengalami Insomnia
8- Membantu mengawal berat badan
9- Melawas pembuangan air kencing

Phl Trade mengeluarkan produk GRUN campuran Herba Dukung Anak, Misai Kucing dan Stevia. Kebanyakkan orang kita hendak mengamalkan herba tetapi rasa pahit menghalang minat seseorang. Tetapi dengan Grun anda tak perlu bimbang kerana ianya rasa manis semulajadi.
Cubalah.....

Tuesday, November 8, 2011

Kelainan gender...satu gaya hidup...? apa kata anda...



Slogan Queer Without Fear program Seksualiti Merdeka 2011 menunjukkan golongan berkenaan terlalu menginginkan revolusi gila mereka itu terlaksana.
Justeru, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) berpendapat program itu amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia.
“Baik agama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun ‘kemerdekaan gender’ yang mereka perjuangkan,” kata jurucakapnya, Ciffi Faizal Zahinor.
Katanya, golongan yang menubuhkan kumpulan ‘seksualiti merdeka’ itu bukanlah terdiri dari golongan yang biasa-biasa sahaja tetapi kebanyakannya terdiri daripada golongan artis, pelukis, penceramah, peguam, pakar perubatan serta golongan elit yang berorientasikan pemikiran liberal.
Golongan itu, ujarnya bijak memilih perkataan ‘merdeka’ seumpama mereka dijajah, didikriminasikan oleh kerajaan dan ‘golongan agama’.
“Namun realitinya, golongan inilah yang sebenarnya dijajah oleh pemikiran ‘kuning’ budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini,” ujarnya lagi.
Menurutnya, slogan queer without fear atau ‘ganjil tanpa rasa takut’ jelas mengajak mereka yang sefahaman dengan golongan itu tampil ke hadapan untuk meninggalkan adab susila budaya Timur.
Beliau menambah, jika dilihat pada tentatif program, ternyata penganjuran program kali ini amat tersusun jika hendak dibandingkan tahun 2008 dahulu yang hanya menjalankan persembahan pentas dan beberapa ceramah bebas.
Namun, katanya berlainan pula pada tahun ini di mana mereka telah berjaya mengumpulkan aktiviti berbentuk forum dan ceramah yang berfokus kepada ke arah menjadikan Malaysia negara yang menerima seksualiti songsang sebagai satu gaya hidup.
Selain itu, ujarnya golongan itu juga giat berusaha agar satu polisi bagi melindungi hak-hak mereka terlaksana.
“Program ini harus disekat daripada terus diadakan kerana ia amat bertentangan dengan akidah dan sudah tentu terang-terangan melanggar fitrah kejadian manusia,” tegasnya.
Selain itu, tambah beliau impak kepada program itu adalah ia akan lebih banyak menyebabkan dan menggalakkan penyakit jangkitan seksual seperti HIV/Aids dan penyakit kelamin.
Menurutnya, melalui program itu juga, dikhuatiri fahaman liberalisma semakin tersebar dan akhirnya akan menyebabkan keracunan kepada masyarakat.
Beliau berkata, dari satu sudut yang lain pula, penganjuran program seperti itu sebenarnya amat bercanggah dengan norma budaya masyarakat Asia sendiri yang terkenal dengan kesopanannya dan amat berpegang teguh kepada agama dan adat warisan.
“Unggas amat khuatir sekiranya berlaku kepincangan rumahtangga jika pihak-pihak berwajib mengambil langkah untuk ‘menghalalkan’ program-program sebegini seperti yang sedang berlaku di negara barat,” ujarnya.
Katanya, kerosakan dan kepincangan masyarakat memang tidak akan dirasai dalam masa yang singkat tetapi akan tetap berlaku jika semua pihak menganggap program-program seperti itu sebagai suatu perkara yang remeh.

Fikirlah....anda ingin iktiraf kaum Luth moden...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...