Friday, November 18, 2011

11 golongan yang dirahmati....


Golongan manusia yang dilimpahi Rahmat kasih sayang Allah berada di kalangan para Malaikat.

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Thursday, November 17, 2011

Kejayaan bertangga....!




Fakta tentang kejayaan dan kegagalan :
1. Orang yang berjaya lebih banyak kali gagal dalam kehidupan mereka.
2. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan untuk bangkit semula akan terjamin kejayaan.
3. Setiap usahawan akan gagal secara purata 3.8 kali atau empat kali sebelum menemui perniagaan yang sesuai untuk mencapai matlamat serta impian mereka.
4. Kejayaan sebenar ialah kebolehan seseorang beralih dari satu kegagalan, dan bangkit semula dalam kehidupannya.


Pepatah mengatakan “Usaha tangga kejayaan”.


Saya bersetuju bahawa usaha itu amatlah penting tetapi bagaimana kita tahu ‘tangga’ yang mana hendak diambil? Apakah mungkin anda terlalu fokus dengan usaha mengakibatkan anda mengambil ‘tangga’ yang salah. Akhirnya anda dapati anda sampai ke destinasi yang tidak seperti yang anda mahu.
Berkat usaha gigih mungkin anda boleh berjaya  walaupun melalui ‘tangga’ yang salah. Tetapi adakah itu yang anda mahukan? Anda berusaha belajar untuk seorang doktor tetapi apabila sudah menjadi doktor anda tidak sukakan kerjaya itu. Anda berusaha gigih untuk menjadi artis terkenal tetapi apabila bergelar artis anda tidak suka kehidupan yang penuh ‘gossip’.
Pastikan anda memilih ‘tangga’ yang betul. Pastikan destinasi dalam usaha anda itu benar-benar anda mahukan. Bukannya datang dari orang lain atau ‘terpaksa’ dipilih jalan itu.
Penetapan matlamat adalah kunci untuk memilih ‘tangga’ yang anda mahukan. Ini kerana sebelum anda meletakkan usaha, anda perlu mengenalpasti mengapa anda perlu mencapai matlamat itu.
Apakah sebab utama anda hendak mencapai matlamat itu? Adakah kerana orang lain yang suruh ataupun anda sendiri yang mahu? Mungkin ibubapa, kaum keluarga atau rakan-rakan yang menpengaruhi anda tetapi apakah yang anda dapat dari mencapai matlamat itu?


Faedah yang dapat pencapaian sesuatu mestilah peribadi.  Walaupun matlamat anda untuk membantu orang lain (yang faedahnya diberikan kepada orang lain), anda mesti kenalpasti apa kebaikannya untuk anda.
Jika anda rasa gembira membantu orang lain, maka itulah faedahnya. Kepuasan yang anda dapat dari membantu orang akan memotivasikan anda untuk berusaha. Jika anda membantu orang dalam keadaan terpaksa, anda tidak mungkin dapat meletakkan kadar usaha yang sama.


Ingatlah dalam penetapan matlamat anda perlu PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Ini sahajalah masa untuk anda pentingkan diri sendiri. Tiada siapa yang akan memastikan kejayaan diri anda kecuali anda.  Jika diri sendiri tidak didahulukan, anda mungkin berusaha untuk mencapai matlamat orang lain mahu daripada anda tetapi anda sendiri tidak ada keinginan.

Wednesday, November 16, 2011

15 Rahsia Ka'abah Yang Perlu Diketahui





Maklumat berkaitan Kaabah...



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.




11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



info islam

Sunday, November 13, 2011

Apabila nafsu jadi raja.....




Hari-hari hitam untuk masyarakat pelbagai bangsa negara kita telah tiba. Atmosfera kehidupan kita telah berubah. Sifat kemanusiaan dalam diri masyarakat kita sudah punah, hancur.
Ini yang kerap kali saya labelkan sebagai kesundalan masyarakat.
Kesundalan  ini saya definisikan sebagai kebejatan moral dan akhlak yang membarah. Membarah dengan begitu kronik dalam setiap lapisan hierarki masyarakat kita. Bermula daripada sehina-hina anggota masyarakat hinggalah kepada yang gagah berkuasa. Perhatikanlah perjalanan hidup masyarakat dan jujurlah dengan pemerhatian kita. Si pemegang kuasa, dengan rakus serakah melahap dan merompak hasil kekayaan bumi sendiri untuk kepentingan peribadi. Amanah dipersetan, hingga sanggup dibiarkan rakyat yang miskin bertambah miskin hidup sebagai gelandangan.  Ini fakta.

Golongan muda dan nafsu terus jadi teman setia. Mereka diperdaya keghairahan godaan-godaan dunia. Kini negara ini jadi negara maksiat. Dalam keghairahan politikus berikhtiar menjadikan negara ini Negara Maju, Negara Madani, Negara Berkebajikan atau apa sahaja nama yang bersesuaian dengan ideologi mereka, terlebih dahulu negara ini telah menjadi Negara Zina.  Negara Zina yang telah menjadi  pengeluar bayi  luar nikah yang sangat produktif. Negara Zina yang akhirnya menyaksikan ibu bapa membunuh bayi luar nikah tadi sewenangnya, seakan nyawa manusia ini tidak ada nilai walau sebesar zarah sekalipun. Kita semua maklum bunuh bayi adalah perlakuan tidak bertamadun masyarakat Arab jahilliyah dan apabila masyarakat kita mewarisi perlakuan hodoh ini, telah terbukti satu lagi bentuk kesundalan masyarakat. Ini hakikat.

Minda kita disuap dengan berita bahawa negara ini aman harmoni. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Apa yang harmoninya jika jauh di sudut hati kita masih diburu ketakutan kepada jenayah dan kejahatan? Secara peribadi, jenayah yang paling terkesan di hati saya ialah yang membabitkan wanita sebagai mangsa. Rogol, simbahan asid, cabul dan lain-lain. Apakah maruah wanita begitu rendah untuk mereka diperlakukan sebegitu rupa? Apakah harga diri mereka begitu murah untuk dikhianati tanpa belas?  Wanita juga adalah manusia. Mereka perlukan perlindungan.  Jika masyarakat di luar sana tak mampu untuk menjadi masyarakat yang melindungi, jangan pula kalian jadi masyarakat yang merosakkan.  Konsepnya mudah.
Cukup sekadar itu sebahagian kebejatan dalam masyarakat saya nukilkan secara umum. Sedarlah, kita tidak lagi hidup dalam keadaan yang selamat. Kita kini hidup di tengah-tengah masyarakat yang defisit moraliti dan bankrap akhlak. Kita perlukan pembaharuan. Cukuplah kebejatan yang kita tanggung kesan daripada menyemai benih sekularisme sejak negara ini merdeka. Carilah penawar kepada racun sekularisme ini. Penawarnya ialah dengan kita berpatah kembali ke pangkal jalan. Jalan yang dimaksudkan ialah jalan yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Melindungi. Jalan yang terjamin di sisi agama, jalan pedoman  yang akan menghapuskan kesemua kebejatan ini.
Kepada yang masih ragu-ragu bahawa sistem masyarakat kita telah hancur dan binasa,  perhatikanlah perjalanan hidup masyarakat dalam negara bertuah ini dan yang paling penting, berlaku jujurlah dengan pemerhatian kalian.
sumber harakah online

Musim kenduri mai daaahhhh.....!!



Musim kenduri kendara dah nak mula....., ini bermakna hari-hari sibuk menguruskan anak ke sekolah dah nak sampai ke penghujung. Sebut je kenduri di musim cuti panjang ni ada kenduri kahwin, kenduri berkhatan anak,  kenduri kesyukuran dan lain-lain. Maka berlambak-lambaklah kad undangan walimatul urus. Ada yang dapat undangan kenalan jauh, dekat, jiran setaman, jiran kat kampung, adik beradik,saudara mara dan lain-lain.
Apapun jika anda terima kad undangan ini menandakan anda wajib hadir.
Diriwayatkan dari Ibnu 'Umar r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang diantara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah ia menghadirinya." (Hadith riwayat al Bukhari; 5173).




Walaupun majlis kenduri adalah sunat diadakan dan memenuhi jemputannya adalah wajib. Ini adalah bagi menghebahkan kepada tetamu, saudara mara, handai taulan dan orang kampung mengenai perkahwinan ini agar tidak ada sangkaan buruk dan diharapkan agar perkahwinan ini diberkati dan berkekalan.
Disamping memenuhi selera kita juga digalakkan memberi sumbangan semampu kita dan dapat beramah mesra  serta bertanya khabar dengan kawan-kawan lama, saudara jauh dekat, jiran-jiran dan orang kampung. Mungkin di hari lain kita agak sibuk dengan kerja, tugas dan komitmen lain.....inilah masanya kita  tinggalkan sementara kesibukkan kita....kita bersama-sama meraikan dan memeriahkan majlis kenduri.

Selesai memenuhi perut dengan menu hidangan janganlah lupa mendoakan agar majlis ini diberkati dan pasangan pengantin yang dirai menemui kebahagiaan dalam menempuhi hidup baru. Dan jangan lupa berterima kasih pada tuan rumah...dan hulurkan sedikit sumbangan.....jangan lepas makan terus blah....tak senonoh betul perangai macam nii....aku teringat kat kawan aku....dapat duit RM 1 sekerat....apa punya mahkluk ni....baik takyah bagi...buat sakit hati jee....Apapun...kita yang buat kenduri ni...kena ikhlaslah dengan apa yang kita lakukan bukan mengharapkan imbuhan yang banyak dari tetamu, kalau tetamu bagi walau sikit kita redho lah....kita ikhlas tak dapat pun takpa janji tetamu datang...itu dah besar Rahmat dah....

Selamat Pengantin Baru......
Selamat Pengantin Baru untuk lelaki
Selamat Pengantin Baru untuk perempuan
Selamat menempuh kehidupan baru
Selamat Terima Menantu........
Selamat....Selamat......Selamat......selamat makan free...hehehe! selamat..... duit aku...hahaha!


tuan rumah kenduri.......




Friday, November 11, 2011

Try test ubat kuat laa pulak....!






Dulu masa aku tengah ligat promote produk HPA ( la... buat lagi), seringkali ditanya pelanggan ' HPA tak buat ka...ubat kuat....'?. La ni dah ada....takut2 promote punya promote, bila nak beli buat stok barang pulak takdak....ni yang den lomah niieee.........!!! Apapun sebagai perkongsian info anda boleh baca sebagai rujukan...kalau nak cuba boleh order kat saya....kalau ada stok laa kan...



PRODUK VIGOR (HERBA LELAKI)

KHASIAT HERBA BUTEA SUPERBA (VIGOR)
1. Meningkatkan aktiviti androgenik
2. Mengembalikan keremajaan
3. Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki
4. Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki.
5. Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
6. Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil.
7. Meningkatkan tahap kepekatan sperma
8. Memanjangkan tempoh pergerakan sperma

1. Tumbuhan herba Butea superba tumbuh di India, Thailand dan juga di Asia Tenggara. Dikenali sebagai ‘Red Kwao Krua’ di kalangan masyarakat Thailand, tumbuhan herba ini telah lama digunakan secara tradisional untuk meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.
2. Herba Butea superba ini didapati dapat meningkatkan aktiviti androgenik, di mana aktiviti androgenik ini sangat penting dalam perkembangan sistem pembiakan lelaki. Antara contoh hasil aktiviti androgenik ini termasuklah pertumbuhan bulu-bulu di badan, perkembangan organ pembiakan lelaki dan juga pembentukan jisim otot yang lebih pejal berbanding otot wanita.
3. Khasiat tumbuhan herba ini menyamai kapsul ‘viagra’ yang berfungi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Istimewanya, herba Butea superba ini membantu menggalakkan perjalanan darah ke dalam organ seksual lelaki tanpa memberi kesan mempercepatkan kadar denyutan jantung, gementar atau letih, sekaligus menjadikan ereksi zakar lebih selesa.
4. Menurut kajian saintifik, penggunaan tumbuhan herba ini secara berterusan dapat mengembalikan keremajaan dan membantu merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Sediaan daripada tumbuhan herba ini didapati dapat membantu meningkatkan fungsi ereksi di kalangan lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil tanpa memberi kesan toksik.
5. Herba Butea superba juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kepekatan sperma dan juga memanjangkan tempoh pergerakan sperma di mana ia merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.
6. Secara konklusinya, herba Butea superba sememangnya herba yang sangat berguna untuk penjagaan kesihatan lelaki.

1 unit Vigor mengandungi 30 kapsul

Cara Pengambilan: 1 biji setiap hari

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 60
Sabah & Sarawak: RM 65





PRODUK PUERARIA (HERBA WANITA)

KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA
1. Menyeimbangkan hormon estrogen.
2. Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut
3. Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut
4. Menambahkan selera makan
5. Menambah tenaga dan meningkatkan semangat
6. Membantu memulihkan daya ingatan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
9. Memantapkan payudara.
1. Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.
2. Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.
3. Antara lain kelebihan herba Pueraria mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat
membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.
4. Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut
akan tampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian.
5. Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk menambahkan selera makan, membantu memulihkan
daya ingatan serta melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih lena pada waktu malam.
6. Herba Pueraria mirifica ini juga dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada proses penuaan. Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
7. Kesimpulannya, herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna bagi
golongan wanita untuk memelihara kesihatan agar kekal cergas dan bertenaga, di samping kelihatan menarik dan lebih muda daripada usia sebenar.

1 unit Pueraria mengandungi 10 kapsul

Cara Pengambilan: 1 biji setiap 3 hari

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 60
Sabah & Sarawak: RM 65







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...