Tuesday, November 29, 2011

Kawe gegarkan PWTC...!




Dapatkan produk kopi kawe di Perhimpunan Agong UMNO PWTC booth nombor B029. Persidangan berakhir pada 3/12/2011.
Jangan lupa dapatkan produk Inovasi MAHA 2010.....GRUN dengan harga istimewa...
Moh kiteee.....!!!!

Lagi....khasiat kopi....!



Kajian oleh Sekolah Kesihatan Awam Harvard di Amerika Syarikat mendapati kopi kini tersenarai sebagai minuman yang memberi kesan positif kepada kesihatan.
Ketua Pengkaji, Dr Edward Giovannucci berkata," kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser endometrium. Mereka minum lebih empat cawan sehari mampu mengurangkan dua puluh lima peratus risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang minum sebanyak dua cawan yang mempunyai risiko tujuh peratus lebih rendah", kata Giovannucci.
Penemuan yang disiarkan dalam Journal Cancer Epidemiology, Biomakers & Prevention itu menjelaskan bahawa kopi mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding buah-buahan yang boleh mengurangkan risiko kanser.




Saturday, November 26, 2011

Kawe kat Perhimpunan agung umno.......





Sila lawati booth kopi kawe 'hok paling sedap' di Perhimpunan Agong UMNO di PWTC pada 29/11 sehingga 3/12/11. Dapatkan produk kopi kawe dengan harga runtuh....... Nantikan kehadiran kami.....
PWTC.....TUNGGUUUuuuuuuUUUUuuuuuuuuuu....................................!!!!!!!!





Kawe kat The Store , Kangar....





Peminat dan penggemar kopi kawe 'hok paling sedap' di Perlis boleh dapatkan kopi kawe kat The Store. Dapatkan pada harga istimewa sempena pameran sempena cuti sekolah bermula 25/11 hingga 29/11/11. Juga tak lupa sila dapatkan produk terbaru 'Grun' dengan harga promosi.......

Wednesday, November 23, 2011

Kehebatan kopi dari Perlis.....!

Hebat produk keluaran Perlis.....
Kita ada kopi Radix, kopi Kawe, kopi Dara, kopi Kurma, kopi Jebat dan satu lagi kopi hebat keluaran Perlis iaitu.........
KH Kopi......Minuman Pencuci Tubuh
dan memberi kesan perawatan yang pantas...!
Ianya bukan sebarang kopi.....
Bila mai Perlis boleh laa borong kopi hebat nii....










Produk kopi ini telah menjalani ujian makmal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
 ( 90 ) DLM KKM - 163/S/25 JLD 102.











Monday, November 21, 2011

Perangai peniaga orang kita.....



Aku merenung jauh dan memikirkan sesuatu........!

Satu ketika, aku pernah menghubungi sebuah syarikat pengeluar barang/produk kesihatan yang pastinya bukan syarikat melayu. Aku cuma tanyakan 'deal' harga produk untuk berniaga dan kelebihan untuk menjadi agen jualan. Aku cuma nak tau sahaja bukannya beria-ia nak join syarikat tu...tapi respon diaorang begitu bersungguh-sungguh menerangkan kelebihan jika bersama dengan rangkaian syarikatnya. Aku katakan pada leader tuu...tunggulaa nanti aku call, apa-apa pun nanti aku call. Mungkin takut terlepas leader tuu berulangkali telefon aku.....akhirnya aku tak layan......

Pada ketika ini, aku benar-benar inginkan produk ini....yang pastinya produk keluaran orang melayu. Produk ni taklaa sehebat mana tapi....produk ni berkembang seperti anai-anai. Berkembang dan merebak dalam diam tau-tau orang KL bercerita, orang Kelantan bersembang dan negeri-negeri lain pun sama. Produk ni hebat dari segi kesan perubatan dan kesembuhan. Produk ni taklaa berdegar-degar dengan iklan puluhan ribu, tiada iklan media cetak dan iklan lain ( taktau laa... kot dah ada iklan cuma aku je yang tak tau).
Aku nak kongsikan di sini adalah aku pernah 'deal' dengan wakil owner nii...cuma tentang harga produk, wakil ini minta tempoh berbincang dengan owner sebenar. Wakil tu akan call aku bila dah selesai berbincang dengan owner. Aku rasa wakil nii tak peka dengan kehendak owner. Aku tertanya-tanya juga, susah sangat ke....? nak beri satu harga...nama pun 'deal'. Nak tanya owner bukan payah pun....telefon je laaaa...Hairan aku...dengan sikapnya yang tak tahu apa itu peluang. Kalau dia telefon owner pada masa tu...aku rasa barang tu dah aku beli. Ini tak...boleh minta tangguh...sampai laa dah 4 hari aku tunggu....aiseyyy!. Nak meniaga ke tak nak niii....!
Ada ke orang jual barang boleh tangguh nak jual barang.....? Kalau peniaga bukan dari orang kita...dah tentu barang tu terjual. Dalam bisnes, reaksi pelanggan kita kena perhatikan samada orang tu betul-betul mahukan barang kita atau sekadar bertanya....dalam kes aku nii, aku rasa wakil nii memandang aku nii sekadar ingan bertanya.
Inilah perangai orang bisnes dari orang kita....tapi bukan semuanya begitu. Yang satu dua ni lah yang akan membarah.....
Inilah perbezaan bisnes orang kita dengan bangsa lain....perah otak...!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...