Wednesday, December 28, 2011

Kebaikan selepas mati......








Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya 

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.   

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.  

5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.   

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya  

7. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.





Tuesday, December 27, 2011

Aku yang berdosa......


Hidupku,
Atas nikmatMu,
Atas rezekiMu,
Atas keizinanMu.


Tapi,
Pernahkah aku syukurinya?
Pernahkah aku hargainya?
Pernahkah aku membalasnya?


Aku,
Cuba untuk berubah,
Menggapai seruanMu,
Mengamal sunnah pesuruhMu.


Mutakhir,
Aku hanyut dengan musuhku,
Lemah jiwaku,
Lemah imanku.


Seringkali,
Aku cuba solat awal waktu,
Aku cuba rajin berpuasa,
Aku cuba menghayati kalamMu,
Hanyalah......,
Kekal sehari dua,
Berhenti dipertengahan,
Hanya beberapa juzuk ku kilas.


Ya Allah,
Ku tahu pembalasanMu,
Ku tahu azabMu,
Ku tahu kekuasaanMu.


Rayuku,
Berikanlah hidayahMu,
Berikanlah cahaya nasuha,
Berikanlah aku kekuatan.


Ya Ghafar,
Moga aku perolehi cahaya keimanan,
Moga aku merasai kemanisan iman,
Moga aku tergolong dalam orang yang diredhaiMu.


Betapa berdosanya aku..........!


Aku.....Aku....Aku yang berdosa.......!



sumber pembinabangi


Saturday, December 24, 2011

Pengikut syaitan......



Alahaiii...... jangan tiru macam aku.

Ni laa rupe setan....


Bedah Muka Menyerupai Syaitan

Bedah Muka Menyerupai Syaitan 1

Bedah Muka Menyerupai Syaitan 3

Bedah Muka Menyerupai Syaitan 4




Wednesday, December 21, 2011

Akukah yang sabar....?


.



Aku ingatkan dalam politik je yang ada budaya cantas mencantas ni....rupanya dalam bisnes lagi laa, dah membarah. Inilah cabarannya...
Istilah dalam bisnes kopi (premix coffee) cukup sinonim dengan panggilan 'runner' atau main kopi.

Golongan yang main kopi atau runner akan berhadapan dengan manusia yang suka potong jalan, buang harga, main harga atau palam harga.

Bila dah sesuatu produk mempunyai ramai perintis atau agen akan ada permainan seperti ini. Yang teruknya bila sesama kita (melayu) buat perangai seperti ini. Kita yang teruk 'deal' dengan tokey kedai, buka jalan atau buat market ada pulak mangkuk ayun ni potong jalan, nak pelingkup periuk nasi orang. Produk yang jadi sasaran adalah produk yang laris di pasaran seperti kopi radix, kopi larat, kopi kawe, kawelite dsbnya. Produk yang kurang sambutan tiada masalah.


Di kalangan pekedai, bukan semuanya bayar cash biasanya minta tangguh ( letak dulu) bila habis baru bayar. Inilah risiko buat agen terbabit, bila letak dulu mestilah dengan harga tinggi. Contoh, sepapan kopi, bila bayar tunai berharga RM 20.00 harga tangguh adalah RM 23.00. Bila dah laris atau ada permintaan akan adalah jenis parasit ni...yang akan membunuh bisnes orang lain dengan menawarkan harga yang lebih rendah. Kita yang letak barang dulu tercengang dan gelabah bila tokey kedai kata orang ni dah bawak masuk barang yang sama dengan harga murah. Tokey kedai bukan kira barang yang kita letak dulu tu cara hutang, yang pekedai kira adalah murah, kenapa orang lain jual murah kita jual mahal?.

Persoalan...? bila dah laris/laku, baru nak persoalkan tentang harga, kenapa sebelum ni terima barang kita?sebab kita letak dulu barang kita, bila dah ada permintaan dan ada orang yang jual murah baru nak hentam kita. Para runner dengan pekedai sepatutnya seperti aur dengan tebing saling memerlukan.
Sepatutnya tuan kedai berbincang dengan kita bukannya main terima je barang orang lain, ingat kita ni takdak hati ke..ingat kita tak bengang ke...Lagi satu....jika kedai yang anda masuk dah ada produk yang sama dengan anda...tolong hormati hak orang lain, tolong jangan palam bisnes orang lain.
Di pihak kita pulak...takdak apa nak dibuat bila situasi ni berlaku...cuma perbanyakkan sabar, sabar,sabar dan cari alternatif lain seperti buka market lain. Anggaplah kita takdak rezeki mungkin tempat lain kita dikurniakan rezeki. InsyaAllah.....!

Aku yang sabar............kadang2 je terlepas amarah....!

Tuesday, December 20, 2011

Kisah hidayah......

Pengkebumian Raja Fahd bin Raja Aziz telah meng'islam'kan seorang paderi.






Kisah ini berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu.

Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.

Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu ialah bagaimana Islam bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa.

Telah ditayangkan bagaimana jenazah Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd.

Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa.

Walaupun sudah bertahun-tahun beliau diajak masuk Islam dan tetap berdegil, namun dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah membuatkan beliau pasrah dengan keindahan Islam, seterusnya masuk Islam.

Jom tengok kucing comel






KARNIVAL KUCING COMEL 2011
Sempena Karnival Kucing Comel Perlis 2011 anjuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dengan kerjasama Puspanita Negeri Perlis dan Kelab Kucing Malaysia  beberapa acara menarik akan diadakan  seperti 
Pameran/Pertandingan Kucing dan Sugar Glaider, Pameran dan Jualan Produk IKS  Perlis, Pertandingan Pakaian Beragam Kucing dan Sugar Glaider, Pertandingan Karaoke,
Pertandingan Cipta Pantun, Penerangan Menjaga Kucing dan banyak lagi…....
Pada: 24 & 25 Disember 2011
Jam: 9:30 pagi - 7:00 malam
Tempat: Taman Ular, Sg. Batu Pahat, Perlis

Datanglah beramai-ramai untuk menikmati suasana karnival!
untitled


Kepada pengunjung yang tak pernah mencuba kehebatan kopi kawe hok paling sedap bolehlah dapatkannya di Karnival tersebut.

JUALAN GILA KOPI...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...