Wednesday, January 4, 2012

Syabas para blogger...




Anugerah Blog Nuffnang peringkat Asia Pasifik (Napbas).

 

* SEMUA pemenang pada malam anugerah dwi tahunan bergambar beramai-ramai selepas acara berakhir (  beautifulnara antara salah seorang pemenang )
BERTEMPAT di Grand Ballroom, Marriot Putrajaya pada malam minggu lalu, seramai 500 blogger yang berdaftar dengan pengiklanan blog, Nuffnang dari China, Singapura, Filipina dan Malaysia berkumpul bagi menghadiri majlis dwitahunan, Anugerah Blog Nuffnang peringkat Asia Pasifik (Napbas).
Sebanyak 13 kategori disediakan dalam pertandingan tersebut dengan kategori utama blog terbaik rantau Asia Pasifik dimenangi oleh blog Xiaxue.
Dalam ucapannya tatkala menerima trofi kemenangan, dia menceritakan kepada para hadirin mengenai keperitan yang ditanggungnya ketika mula-mula menulis blog pada tahun 2003.
“Ketika itu, tiada sesiapa pun yang menghormati saya dan kerja yang saya lakukan. Tetapi, saya terus menulis dan buat apa yang suka.
“Sehingga kini, kami telah dihormati malah, jenama dan syarikat sudah mula melihat kita berbanding media-media tradisional lain,” katanya yang menerima hadiah trofi dan tiket penerbangan sumbangan AirAsia.
Blog gaya hidup
Xiaxue atau nama sebenarnya Wendy Cheng Yan Yan, 27, berharap suatu hari nanti dapat membantu blog-blog yang baru hendak bermula supaya turut diterima oleh pelayar-pelayar Internet.
* XIAXUE menerima anugerah Blog Paling Berpengaruh daripada perintis Nuffnang, Timothy Tiah.
Blog Xiaxue merupakan sebuah blog yang memaparkan gaya hidup terutamanya di Singapura dengan bersifat santai melalui penggunaan bahasa-bahasa yang mudah.
Selain itu, dalam blognya, dia turut berkongsi tip dan pendapat mengenai sesuatu produk melalui perbandingan serta tahap penerimaan oleh pengguna.
Sehingga kini, blognya telah mencapai angka hit lebih 400,000 dengan 40,000 pelayar internet membaca blog Xiaxue setiap hari.
Selain memenangi anugerah blog terbaik bagi rantau Asia Pasifik, dia turut memenangi satu lagi kategori iaitu blog paling berpengaruh.
Sehingga kini, penulis blog yang mendaftar dengan Nuffnang berjumlah lebih 1 juta orang dari tujuh buah negara. Majlis anugerah yang diadakan setiap dua tahun sekali itu memilih pemenang dengan cara undian oleh orang ramai dan juri.
“Anugerah Blog Asia Pasifik adalah penanda aras kepada para blogger. Itu menunjukkan blog telah menawan rantau ini. Ia pantas berkembang dan mempengaruhi dalam tempoh singkat malah, ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup,” kata pengasas bersama Nuffnang, Timothy Tiah.
Pada malam itu, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti James Baum dan Reshmonu selain sitkom oleh Harith Iskander.
Majlis yang dikemudi oleh Nadia Heng dan Liang itu turut menyaksikan pengendali blog hiburan Malaysia, beautifulnara.com menang anugerah blog hiburan terbaik.

* Sumber Kosmo! Online

Damai duniamu akan dirindui.......!

Kedamaian dan ketenangan yang jarang ditemui dan selalunya akan dirindui.....

Teluk Senangin.......damaimu mempersonakan.........


Perjalanan mengambil masa 4 hingga 5 jam dari Perlis susur keluar Lebuhraya Cangkat Jering dan terus menuju Lumut. Perjalanan akan melalui Pekan Pantai Remis dan terus jumpa simpang ke Teluk Senangin.










Chalet yang ditempah tapi tak jadi, Kamila Motel. Sorry...bro..!


Acara yang sungguh seronok bersama keluar










Menginap di  De' Idaman Chalet
'see view'........cantikkkk....!


Sempat ke Pulau Pangkor





 Pemandangan di waktu senja

sesiapa berminat boleh contact.......



Tuesday, January 3, 2012

Sebalik iktibar.....




BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.
Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.
Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.
Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.
Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.
Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.
Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.
Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.
Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.
Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.
Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.
Kuasa Allah
Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.
Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.
Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.
Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.
Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.
Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.
Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.
Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.
Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.
Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.
Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.
Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.
“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.
“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu.

sumber-hasnulhadiahmad

Iktibar....




Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orangHindu di India.Rupanya,selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.
Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.
Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.
Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .
Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.
Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.
Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.


sumber-hasnulhadiahmad

Friday, December 30, 2011

Kebaikan Guarana.




Asal usul Guarana

Pada tahun 1821, ahli botani Dr, Bavplana dan Dr. Humboldt dari Brazil menamakan tumbuhan ini sebagai Paulina Cupana. Orang asli di Amazon pada mulanya menamakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok Paulina Cupana sebagai Guarana. Pokok Paulina Cupana merupakan warisan penting yang harus diturunkan kepada generasi masa depan. Orang asli di Amazon mengunyah biji benih Guarana untuk menguatkan badan mereka. Pokok Guarana ini hanya sesuai dan terdapat di Brazil dan Venezuela sahaja.

Ahli farmasi Alexandre de Avila Borges Junior, mengesahkan bahawa, Guarana yang ditanam di Brazil adalah sejenis makanan kesihatan semulajadi yang boleh diambil dengan selamat tanpa sebarang kekhuatiran terhadap ketagihan dan Guarana adalah kunci awet muda dan sumber tenaga keremajaan yang utama.

Antara Khasiat Guarana



  • Melancarkan pembuangan air besar dan kecil
  • Mengembangkan saluran darah
  • Mengurangkan rasa mengantuk
  • Mengurangkan sakit kepala - migraine
  • Agen awet muda
  • Agen Hipotemia - 
  • Meredakan demam
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem saraf
  • Membantu mengosongkan kandungan usus
  • Sebagai tonik menguatkan ketahanan badan
  • Merangsang otak dan kognitif dan menguatkan daya ingatan
  • Meningkatkan dan menambah tenaga seksual lelaki dan perempuan
Pengakuan Pakar

Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa menyebut dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana: "Guarana adalah 100% organik. Ia mengandungi sebilangan besar bahan organik seperti guaranin dan tannin (melindungi dari kerosakan DNA) yang baik kepada badan manusia".
Kajian Dr. Berredo Carneiro dari Brazil, Sarjana Eropah seperti Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greena dan Dr. Nirsleiner mengesahkan dalam laporan kajian mereka; Guarana mempunyai kemujaraban yang mengagumkan. Ia mempunyai kesan diuretik dan hipotemia, baik bagi perut dan usus, mencegah gastrik ulser selain dapat meningkatkan pencernaan, meningkatkan penyerapan nutrien dan keupayaan seks. Juga menggalakkan metabolisme organ badan dan membaiki tisu organ dalaman".





akugilakopi

Subhanallah....! Al- Quran tidak terbakar.




Al-quran tidak terbakar dalam kebakaran sebuah van yang hangus dijilat api. Sebarkan kepada sesama muslim moga menambahkan taqwa kita kepada Allah.


Sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2011/09/subhanallah-al-quran-tidak-terbakar.html#ixzz1hwbBpLEz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...