Thursday, January 12, 2012

WOW...! Secawan kopi RM 300....






LELAKI Indonesia yang menggelarkan dirinya Raja Luwak, Gunawan Supriadi kini berdepan kesukaran untuk memenuhi permintaan tinggi kopi luwak yang diproses daripada najis-najis musang peliharaannya.
Gunawan tidak bersendirian, pengusaha-pengusaha lain turut mengalami dilema yang sama.
Pengeksport-pengeksport berkata, permintaan terhadap biji kopi yang diproses daripada haiwan berbulu spesies musang atau lebih dikenali sebagai luwak meningkat secara mendadak dalam kalangan penggemar kopi di seluruh dunia.
Di ladangnya yang terletak di daerah, Lampung Barat, Sumatera terdapat sekitar 40 ekor musang yang memproses biji kopi secara semula jadi di bawah jenama kopi Raja Luwak. Daerah itu sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi luwak.
Pelihara musang
“Saya bercadang untuk memelihara 150 ekor musang pada masa hadapan bagi menampung permintaan yang semakin bertambah.
“Tiga tahun lalu, saya berjaya mengeluarkan kira-kira 50 kilogram (kg) kopi itu dan menjualnya kepada pengedar-pengedar tempatan.
“Bagaimanapun jumlah jualan pada tahun 2009 meningkat kepada 300kg. Pada tahun lalu, saya berjaya menjual sebanyak kira-kira 1.2 tan.”


Nilai najis emas luwak, musang dari spesies Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura.
Kisahnya berbeza sebaik sahaja ia memasuki pasaran. Secawan kopi luwak yang diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London.
Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui.
Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana ia banyak ditemui di sekitar Sumatera.
Selepas dibersihkan, biji kopi kemudiannya dijemur dan dibakar. Produk akhirnya ialah kopi yang kurang pahit berbanding kopi-kopi biasa serta mempunyai rasa yang unik dan lazat.
“Jika ia boleh diumpamakan seperti sebuah kereta, ia setaraf dengan Rolls-Royce,” ujar Supriadi.


Seorang pengeksport kopi luwak, Doni Irawan memberitahu, jualannya meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
“Ia telah menjadi primadona disebabkan harganya yang tinggi dan bekalan terhad. Penggemar-pengemarnya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.
Tradisi kopi luwak dikatakan bermula sejak beberapa ratus tahun lalu ketika era penjajahan Belanda di Indonesia.
Larangan membawa pulang kopi yang ditanam oleh tuan-tuan tanah ketika itu menyebabkan petani-petani tradisional mengumpul, membersihkan dan membakar biji-biji kopi tidak tercerna daripada najis haiwan yang mereka temui di dalam hutan.
Negara di rantau Asia Tenggara yang mempunyai populasi 240 juta penduduk itu kini merupakan pengeluar utama kopi luwak. Bagaimanapun industri itu hanya berkembang dalam tempoh beberapa tahun lalu menyebabkan data-data rasmi mengenai jumlah eksport yang dilakukan sukar diperoleh.
Penjual-penjual memberitahu, permintaan terhadap kopi luwak sentiasa tinggi dalam kalangan golongan berada dan pertengahan di negara itu.
Jenama tiruan
Di negara yang mempunyai kira-kira 40 peratus rakyatnya berpendapatan kurang daripada AS$2 (RM6) sehari, kopi luwak dijual pada harga AS$8 (RM16) secawan di sekitar pusat beli-belah.


“Saya tidak pernah menyukai kopi, tetapi selepas mencuba kopi luwak, saya rasakan dunia saya berbeza. Saya semakin ketagih padanya,” kata seorang penduduk di Jakarta, Galang Sulung Ramanda, 24.
“Saya minum kerana kebaikannya dari sudut kesihatan. Saya diberitahu ia mampu mencegah penyaki asma, Parkinson, kanser usus dan diabetes,” jelasnya.
Kejayaan kopi luwak menyebabkan wujudnya beberapa jenama tiruan di pasaran yang menjanjikan pengalaman menikmati kopi yang sama pada harga separuh daripada harga asal.
Tidak mahu ketinggalan dalam persaingan itu, usahawan-usahawan di Vietnam memberitahu, mereka telah membangunkan kaedah mengubah biji kopi biasa secara kimia dan menghasilkan rasa yang sama seperti kopi luwak. – AFP
Kalau anda bisa minum....silakan....kalau aku daklaa ...iiiieeeee.......!!!
sumber metro online




Monday, January 9, 2012

Lalat....racun dan penawar.




Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik
Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas ‘sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit’. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?
Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


















Bahaya minyak masak digunakan berulangkali..



Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.


Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.




“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.


“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.


Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.


“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...