Thursday, February 2, 2012

Kenapa masih tak kawin lagi...?




Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

sumber-spd

Wednesday, February 1, 2012

Balang Mayonis dan Secawan Kopi.




Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang
balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.
Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil
berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan... ingat..! sengkanglah masa anda dengan minum secawan
kopi kawe hok paling sedap.."

















Moral :

Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan  secawan kopi ini..."


Monday, January 30, 2012

Balasan nafsu.......!




Cerita ni dikutip kat blog politik dan untuk thread ni aku ubahsuai mengikut citarasa aku....maaf la kalau tak menyenangkan penulisnya.... sekadar satu perkongsian.
Cerita ni pun ada moralnya...


Kisah pemuda dengan kekasihnya.


Pemuda : I nak raba U sikit je sayang . . !

Puteri : Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?

Pemuda : Kita kawen la . . . I jumpa ...... parents U . . !

Puteri : Betul ? U nak kawen dengan I ?

Pemuda  : Betul sayang . . . Sumpah (siap bersumpah laknat lagi). . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .......

Setahun selepas itu . . .

Puteri : Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U tinggalkan I . . .

Pemuda : I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada Lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I nak kawen dengan U ?

Puteri : Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?

Pemuda : I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .!

Puteri : U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !

Pemuda : U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .

Puteri : U akan dapat balasan dari Allah nanti ! (dh terdesak baru ingat Allah)

Pemuda  tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita  yang diimpikannya . . .


MALAM PERTAMA kisah diranjang pemuda  dan wanita yang baru dinikahinya.

Pemuda : Sayang . . . I love U so much . . . 

Wanita : Me too sayang . . .

Pemuda : I bertuah kawen dengan U sayang.

Wanita  : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .

Pemuda : Apa dia sayang ? (sambil merebahkan dirinya di katil)

Wanita : Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . bukan atas dasar cinta. . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki yg baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?

Pemuda : What ? ? ?! ! ! @#%$#@#$%&&*&%$#@@@.
 


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya.

Sunday, January 29, 2012

UMAT ISLAM PERLU KELUAR PRODUK HALAL





25 Jan - KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini perlu mempunyai perasaan ‘cemburu’ terhadap orang bukan Islam yang menjadi pengeluar produk gunaan halal dengan berusaha menceburi bidang perniagaan itu berbanding hanya mengkritik saja.
Perasaan ‘cemburu’ itu sewajarnya menjadi motivasi kepada umat Islam supaya bersaing dengan pengeluar bahan makanan atau produk gunaan halal.
Sekarang ini umat Islam hanya tahu mendakwa sesuatu produk atau bahan gunaan itu tidak halal namun tiada usaha mereka menceburi bidang perniagaan yang dikatakan tidak halal serta mengeluarkan produk halal, suci dan bersih. Perlu ada perasaan mahu bersaing dan jika umat Islam sendiri yang mengeluarkan sesuatu produk itu sudah tentu mereka memastikan ia terjamin halal.
Sebahagian besar pemohon sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) orang bukan Islam kerana mereka sedar umat Islam membeli produk mereka yang mempunyai logo halal.

Saturday, January 28, 2012

Gila....! jenuh aku seharian....

Satu hari aku cari 'wording font' yang sesuai dengan perkataan 'Gila' dan inilah hasilnya.....
Kalau kengkawan tengok....tolong bagi pendapat.
aku ingat nak jadikan 'Gila Kopi' satu trade mark. amacam....!










Aku ke yang lekeh.....???



Aku melihat perniagaan juga satu perjuangan. Perjuangan memertabatkan ekonomi diri, keluarga, negara dan agama. Biasalah dalam perniagaan ada jatuh bangunnya. Perlu berjuang dalam memecahkan tembok risiko dan merungkai cabaran. Dalam berjuang ni banyak individu yang tewas dan sedikit yang berjaya.

Kebanyakkan individu yang tewas atau lingkup dalam perniagaan  kerana cepat berputus asa. Ada sesetengah cabang perniagaan perlukan masa. Mungkin satu minggu dan mungkin lebih. Yang aku nak sentuh adalah perniagaan yang memerlukan servis. Perniagaan ni lah yang kebanyakkan orang kita cepat give up. Padahal inilah sebahagian disiplin dalam perniagaan. Perniagaan yang memerlukan servis adalah marketing yang cukup mudah. Kita cuma buka pasaran atau tumpangkan produk kita di kedai, pasaraya dan sebagainya kemudian kita jenguk produk kita, itu je tugas kita.

Kebanyakkan perniagaan sebegini dimonopoli bangsa lain. Biskut kering yang dijual dalam tin besar, aku ingat zaman aku kanak-kanak dah ada hinggalah sekarang. Masih lagi dengan cara tradisional walaupun di pasaran berlambak keluaran biskut berjenama dengan pakaging yang menarik. Kekuatan pada biskut ni adalah kekuatan servis dari dulu hingga sekarang sampai apek tu dah tak larat tapi masih ada kesungguhan. Begitu juga dengan produk kopi kisar, tengok bungkusan lekeh je tapi volume merata tempat ada. Kita boleh buka kedai runcit, ya! banyak orang kita buka kedai runcit tapi kita jual barang orang lain. Kita jual barang margin adalah 10% hingga 20% je. Kita cuma ada satu kedai je...tapi orang yang buat barang dan servis produk ada berpuluh bahkan beratus kedai.

'Kalaulah tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'.....benarlah kata pepatah orang dulu-dulu....kalaulah produk Adabi tak ada orang nak servis ke kedai-kedai maka kita takde pilihan nak makan kari buatan melayu asyik melantak kari babas je laa...

Kalaulah takde orang nak buat kerja/urusan hantar kopi kawe kat warung, kedai makan, mini market @ pasaraya tak merasalah kita kopi orang kita buat. Maka takde laa kopi atas nama kopi kawe...hok paling sedap.

Siapa pun anda...jika anda dalam bidang perniagaan yang melakukan servis di setiap premis- premis, yakinlah! anda sebenarnya telahpun berada di jalan yang pernah dilalui oleh orang yang telah berjaya. Sebabnya anda adalah perancang dan pelaksana, anda bukan bikin teori. 
Jalan yang dilalui orang yang berjaya bukannya jalan besar dan lurus, mungkin di depan ada jalan berlubang, mungkin ada jalan rosak dan penuh halangan serta cabarannya. Jika anda jumpa jalan mati jangan anda pun mati sama, anda perlu undur dan teruskan perjalanan anda. 

Macam motivator laa plak....dak aihh...sekadar berkongsi pengalaman jee...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...