Dapatkan harga jimat serta mampu beli, klik pada 'view page' produk kopi KH.
Saturday, March 3, 2012
Tawaran....jimat dan hebat...!
Dapatkan harga jimat serta mampu beli, klik pada 'view page' produk kopi KH.
Thursday, March 1, 2012
Abby Fana 'Dibuang' TV3 Kerana Bertudung
Wajah terbaru Abby Fana dirakamkan jurugambar The Star, Shaari Che Mat pada 25 Februari lalu. KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu.
Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah. “Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat. “Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI,” katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen itu.Abby memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu. Kata Abby, kalau di congak tugasnya sebagai pengacara segmen pagi di stesen televisyen sebenarnya telah mencecah 14 tahun iaitu sembilan tahun di TV3 manakala lima tahun bergelar pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM1. “Kita ni bukan macam di Amerika Syarikat. Di negara itu, usia pengacara bukan ukuran. Tetapi di negara kita, kalau terlalu lama sangat nanti orang cepat jelak,” katanya.
Menurut Abby, selepas meninggalkan MHI, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun lalu. Jelas Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat “bersosial” dengan peminat. “Saya ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya hilang,” katanya. Mengulas mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan baru.
Dalam perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah. Perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi itu tekah dikendalikannya sejak tiga tahun lalu dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan
Pejabat Mufti Perlis diceroboh
KANGAR: Pejabat Mufti Perlis yang terletak di Bangunan Datuk Mahmud Mat di sini diceroboh sekumpulan lelaki tengah hari semalam namun tiada petugas pejabat itu yang dicederakan.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, berkata kumpulan seramai antara enam dan tujuh individu berumur bawah 40 tahun itu dipercayai ahli kumpulan sesat yang tidak berpuas hati terhadap kenyataannya berkaitan kumpulan Qardiani.
Bercakap kepada pemberita di sini, Dr Juanda berkata, ketika kejadian jam 12.30 tengah hari itu, beliau tiada di pejabat kerana menghadiri Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan yang berlangsung di Dewan 2020 dekat sini.
Lima kakitangan pejabat itu cemas apabila kumpulan lelaki itu menceroboh bahagian pentadbiran dan bahagian fatwa sambil mengambil gambar dan membuat rakaman video tanpa kebenaran.
Dr Juanda berkata, kumpulan itu ingin menemuinya tanpa membuat sebarang temu janji dan memaksa petugas di pejabat itu supaya mempertemukan mereka dengannya.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa lama kumpulan itu berada di pejabatnya.
Beliau percaya kejadian itu mungkin berpunca daripada kenyataan medianya berhubung kumpulan Qardiani yang difatwakan sebagai sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa fatwa negeri selain memprotes tindakan pihak berkuasa yang menahan seorang anggota kumpulan itu kerana menyebarkan ajaran Qardiani di sini, tahun lalu.
Dr Juanda berkata, ajaran Qardiani memang sudah lama diisytihar sesat iaitu sejak 1952 selepas mendapati pengikutnya tidak mengamalkan kehidupan sebagai umat Islam menyebabkan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang Islam dan jika meninggal, tidak boleh dikuburkan di tanah perkuburan Islam.
Ajaran itu berasal dari Pakistan yang tidak mengakui Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul yang terakhir, sebaliknya hanya sebagai nabi kerana mendakwa rasul terakhir ialah Mirza Ghulam Ahmad kelahiran Pakistan.
Malah, kata Dr Juanda, sejak tahun 1940-an lagi, ulama Islam seluruh dunia termasuk di India, Pakistan dan Indonesia meletakkan kumpulan Qardiani sebagai bukan Islam. - BERNAMA
Wednesday, February 29, 2012
Sunday, February 26, 2012
Berhati- hati dengan 'wall' FB...anda....!
Mark Elliot Zuckerberg (lahir pada 14 Mei 1984 yang menjadi CEO facebook pada mulanya hanyalah seorang programmer komputer dan peniaga Internet sperti diketahui adalah seorang Yahudi.
Facebook dibangunkan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan teman sekuliahnya iaitu Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes ketika menjadi mahasiswa di Universiti Harvard.
Pada tahun 2010, Zuckerberg terpilih sebagai Person of the Year versi majalah Time. Pada 2011, kekayaan peribadinya dianggarkan lebih kurang $17.55 billion.
Ada pihak yang mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau dalam bahasa Melayu Tembok Ratapan.
Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.
Tembok Meratap atau Tembok Barat (Bahasa Ibrani: הכותל המערבי, translit.: HaKotel HaMa’aravi) (Bahasa Arab: حائط البراق, translit.: Haa-et Al-Buraaq) ialah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman A.S, putera Nabi Daud.
Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar (Arab: قبة الصخرة, Qubbat As-Sakhrah), serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.
Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja.
Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya “Shekhinah” (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi).
Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.
Tembok ini dulunya dikenali sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut “Tembok Ratapan” kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu. (sama je macam kita tulis kat wall fb...kan...!
Hati-hatilah sahabat, tanpa kita sedari, mungkin kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada bersolat dan zikir kepada ALLAH SWT..........MasyaAllahhhh....!
Halusnya jarum yahudi....tanpa kita sedar...kita pun mengadu kat facebook tulis kat 'wall' apa jua masalah hidup lebih2 lagi cerita dalam kain...Sebarkan.....!
Subscribe to:
Posts (Atom)





