Thursday, March 22, 2012

Janji Enot.....jaga batasan....


 

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu.

Enot berkata, sebagai seorang wanita bertudung dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu.

"Saya masih 'gila-gila' seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain," ujarnya kepada mStar Online di sini Rabu.

Tambah Enot, dia kini berasa lebih tenang dan yakin dengan dirinya semenjak mengenakan tudung dan bersyukur diberi hidayah untuk menutup aurat.

"Saya tidak pernah merancang untuk memakai tudung sebelum ini tetapi ia berlaku secara tiba-tiba ketika bangun pagi, sebulan lalu tanpa berfikir panjang.



"Suami, keluarga dan rakan-rakan juga memberikan sokongan yang baik terhadap perubahan ini," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kerjaya lakonan dan tawaran selepas “berhijrah”, Enot berkata walaupun pernah memikirkan mengenai soal itu sebelum ini, dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Baginya, sebagai seorang manusia yang mempunyai kudrat dia perlu berusaha dengan lebih gigih dan tidak hanya berharap rezeki datang bergolek kepadanya.

"Buat masa sekarang masih belum ada tawaran berlakon daripada mana-mana pihak tetapi sebagai saya yakin jika ada rezeki ia pasti milik kita," ujarnya.

Sementara itu, Enot berkata, dia lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan keknya iaitu Enotcookies N Cakes yang telah beroperasi sejak beberapa tahun melalui dalam talian

Kata Enot, dia akan mengadakan jualan kek dan biskut di beberapa buah tempat dalam masa terdekat iaitu di Universiti Malaya dan di pasar malam Taman Tun Dr Ismail pada hujung minggu ini.

"Alhamdulillah perniagaan biskut dan kek yang dijalankan bertambah maju dan saya harap ia akan menjadi jenama kegemaran masyarakat selepas ini," katanya.

Dia juga ada menerima tawaran sebagai duta produk makanan kesihatan dan sedang menggunakannya sebelum dilantik secara rasmi.

Untuk menempah kek hasil air tangan Enot boleh layari Facebook miliknya menerusi enotcookiesncakes.

 

Wednesday, March 21, 2012

Iklan Jualan.....Kedai Best Shop....

Peminat kopi kawe disekitar Perlis.

Dapatkan minuman kopi kawe panas atau sejuk  di premis Best Shop berhampiran D'Futsal Bt. 2 Jalan Kaki Bukit. Premis ini dibuka 24 jam....dapatkan sekarang.
Pilihan lain seperti minuman kopi Radix dan kopi Larat juga disediakan.....Jom.....!!





Monday, March 19, 2012

Hijrah Selebriti....


Jelajah Mahabah Keinsafan : Zua XPDC & Mael Wings




 

Forum Dai Keinsafan di Masjid Lama Kampung Gajah

 

                        Mini Forum Mael Wings & Ust Sidik Nor di Dataran Golok Simpang 4, Kg Gajah. 




 
Zua XPDC di Dataran Golok Simpang 4, Kampung Gajah 


Tak selamanya manusia akan berada dalam kelalaian lambat laun...insyaAllah akan berubah. Otai rock yang lain tu...bila lagi..?
Alhamdulillah...kini dah ramai selebriti dah berhijrah.
Jangan ini satu fenomena semasa sudah laaa...mintak2 laa ianya berpanjangan.

Bercerai kerana laman sosial...apa kata anda?


 

AMPANGAN - Kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada golongan remaja sebaliknya pasangan yang sudah ber­kahwin.

Ketua Wanita Umno Bahagian Seremban, Datuk Shamsiah Ali berkata, statistik menunjukkan 30 peratus perceraian berpunca daripada penggunaan ICT yang me­luas.

Menurutnya, kebanyakan pasangan cenderung untuk berlaku curang berikutan perhubungan sulit di laman sosial sukar dikesan.

“ICT banyak memberi kemudahan dan kebaikan kepada semua jika ia dimanfaatkan dengan betul.

“Namun pada masa sama ia juga boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya disalah gunakan termasuklah berlaku curang,” katanya semasa mengetuai rombongan men­ziarahi golongan kurang bernasib baik di Rumah Rakyat Sikamat 2, dekat sini.

Shamsiah berkata, per­ceraian bukan sahaja mendatangkan konflik tetapi menyebabkan anak-anak menjadi mangsa dan terbiar.

“Kita mahu masyarakat sedar akan keburukan ICT khususnya laman sosial sekiranya ia disalahgunakan,” katanya.

Katanya, pasangan yang bermasalah dalam rumah tangga seharusnya merujuk kepada pihak berkenaan bagi menyelesaikannya.

“Perceraian adalah perkara yang perlu dielakkan kerana ia meruntuhkan institusi ke­keluargaan di samping men­datangkan banyak masalah khususnya kepada anak-anak,” katanya.





Moral: Jangan biarkan pasangan anda mengadap laptop terlalu lama. Kena ada curiga dan jenguk2 lah selalu. 


sumber;sinarharian

Sunday, March 18, 2012

Wajibkan logo 'tidak halal' pada makanan.......?

 


KUALA LUMPUR, 17 Mac: Rakyat Malaysia beragama Islam memerlukan penyelesaian yang lebih komprehensif melibatkan isu makanan halal.

“Untuk itu, undang-undang perlu digubal bagi mewajibkan pengusaha bukan Islam meletakkan label ‘makanan tidak halal’ bagi mana-mana makanan yang dijual di pasaran terbuka,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Menurutnya, undang-undang itu membolehkan tindakan undang-undang diambil kepada pengusaha sekiranya terbukti memasukkan bahan-bahan tidak halal tanpa dibuat sebarang perisytiharan.

“Undang-undang ini lebih sesuai dengan realiti Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah muslim, bukan sebaliknya iaitu rakyat muslim adalah minoriti,” ujarnya.

Beliau menambah, pengguna Muslim akan terasa lebih terjamin bahawa makanan di pasaran terbuka adalah halal selagi tidak ada tanda atau ‘label tidak halal’.

Apatah lagi, ujarnya dalam realiti Malaysia yang kebanyakan pengilang makanan adalah di kalangan bukan Muslim.

Katanya, peraturan meletakkan tanda halal yang sedia ada sekarang masih belum cukup untuk menghilangkan kebimbangan Muslim bahawa makanan di pasaran terbuka adalah halal terutama melibatkan makanan ringan yang diminati oleh anak-anak kecil.

Malah, tambahnya makanan yang dilabelkan ‘Halal’ pun masih membuka ruang dipalsukan hingga menimbulkan was-was di kalangan pengguna Muslim.

Dalam kaedah Islam, jelasnya asal pada makanan ialah halal selagi tidak terbukti ada padanya unsur tidak halal.

Katanya, kaedah ‘asal makanan adalah halal’ menggambarkan keluasan hukum Islam.

Jelasnya, kaedah itu dipetik menerusi firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 29 yang bermaksud: “Dialah yang menciptakan untuk apa yang ada di bumi ini semuanya”.

Menurutnya, makanan yang tidak dilabelkan dengan status halal tidak bererti haram.

Oleh itu, katanya peraturan yang lebih diperlukan ialah mewajibkan label ‘tidak halal’ pada makanan yang ada unsur tidak halal, bukan sebaliknya iaitu meletakkan label ‘halal’ pada makanan halal sebagai jaminan ia adalah makanan halal.


sumber;harakahdaily

Thursday, March 15, 2012

Perantau jauh....!

Sesekali terimbas difikirku akan sesuatu yang pernah aku sayang dan aku rindui....Nyaman dimata bila terlihat lautan kehijauan, rimbun kelapa sawit. Bergelumang pacat dan lintah, belengas peluh menangguk anak ikan di taliair hitam berlumut. Ah! betapa beraninya aku menyeluk tangan ke dalam lubuk keli. Lagi beraninya aku menggagau lubang pada dinding bukit mencari anak raja udang.
Dikalangan teman aku antara hero memanjat dan melompat dahan ke dahan persis beruk bekeng. Banyak nyawa sipipit. simurai dan ciak rumah melayang angkara lastik berpuakaku. Berbintak badan kawan dan rakan terkena peluru senapang kayuku. Nostalgianya........








He..he..he! boley kee!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...