Saturday, March 31, 2012

Ajal di mulut paus....



Sesungguhnya, setiap yang hidup itu, telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T akan mati juga seperti yang telah tertulis dalam takdir Illahi.
Namun, tiada siapa yang mengetahui bila, waktu dan saat kita semua akan mati kerana itu semua adalah rahsia dari Allah.

Sebuah video yang menyayat hati, benar-benar meruntun perasaan sedih tatkala melihatkan insiden tragis yang menimpa ke atas seorang lelaki yang sedang bergembira di tepi pantai.

Lokasi dalam video itu tidak dapat dikenal pasti tetapi penulis yakin, kejadian itu berlaku di negara Arab.

Seorang pengunjung pantai kelihatan gembira untuk menikmati aktiviti riadahnya di tepi pantai.

Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila seekor ikan paus pembunuh berenang ke tepi pantai dan seterusnya membahan lelaki tersebut!

Subhanallah! Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan istighfar yang mendalam dalam hati.

Semoga kejadian ini dapat kita sama-sama jadikan iktibar dan berdoa semoga Tuhan sentiasa memberi perlindungan kepada diri kita setiap masa. Insyallah. - Mynewshub











Monday, March 26, 2012

Bunga Azan...










Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen televisyen CNN, pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang pada awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah  mendapat perhatian dari media Barat.

sumber;zharifalimin

Sunday, March 25, 2012

Maksud sebenar ' Safety First'...





















sumber;ppim

Seronok bersedeqah....





PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.
Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.
Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.
Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI).
Melalui pengimbas canggih itu segala aktiviti otak dapat dikesan dengan mudah dan respons pengesanan adalah amat teliti. Kemudian kesemua wanita ini ditunjukkan bahawa wang mereka telah dimasukkan ke dalam akaun tabung makanan (atau di sini sama seperti akaun zakat).
Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan bahagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarelawan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggungjawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”. (Riwayat Muslim)
Hadis Abu Mas’ud Al-Badri r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya seorang muslim itu apabila memberikan nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala darinya, maka nafkahnya itu dikira sebagai sedekah. (Sahih Muslim.)
sumber;rahsiasedekah

Thursday, March 22, 2012

Janji Enot.....jaga batasan....


 

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu.

Enot berkata, sebagai seorang wanita bertudung dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu.

"Saya masih 'gila-gila' seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain," ujarnya kepada mStar Online di sini Rabu.

Tambah Enot, dia kini berasa lebih tenang dan yakin dengan dirinya semenjak mengenakan tudung dan bersyukur diberi hidayah untuk menutup aurat.

"Saya tidak pernah merancang untuk memakai tudung sebelum ini tetapi ia berlaku secara tiba-tiba ketika bangun pagi, sebulan lalu tanpa berfikir panjang.



"Suami, keluarga dan rakan-rakan juga memberikan sokongan yang baik terhadap perubahan ini," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kerjaya lakonan dan tawaran selepas “berhijrah”, Enot berkata walaupun pernah memikirkan mengenai soal itu sebelum ini, dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Baginya, sebagai seorang manusia yang mempunyai kudrat dia perlu berusaha dengan lebih gigih dan tidak hanya berharap rezeki datang bergolek kepadanya.

"Buat masa sekarang masih belum ada tawaran berlakon daripada mana-mana pihak tetapi sebagai saya yakin jika ada rezeki ia pasti milik kita," ujarnya.

Sementara itu, Enot berkata, dia lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan keknya iaitu Enotcookies N Cakes yang telah beroperasi sejak beberapa tahun melalui dalam talian

Kata Enot, dia akan mengadakan jualan kek dan biskut di beberapa buah tempat dalam masa terdekat iaitu di Universiti Malaya dan di pasar malam Taman Tun Dr Ismail pada hujung minggu ini.

"Alhamdulillah perniagaan biskut dan kek yang dijalankan bertambah maju dan saya harap ia akan menjadi jenama kegemaran masyarakat selepas ini," katanya.

Dia juga ada menerima tawaran sebagai duta produk makanan kesihatan dan sedang menggunakannya sebelum dilantik secara rasmi.

Untuk menempah kek hasil air tangan Enot boleh layari Facebook miliknya menerusi enotcookiesncakes.

 

Wednesday, March 21, 2012

Iklan Jualan.....Kedai Best Shop....

Peminat kopi kawe disekitar Perlis.

Dapatkan minuman kopi kawe panas atau sejuk  di premis Best Shop berhampiran D'Futsal Bt. 2 Jalan Kaki Bukit. Premis ini dibuka 24 jam....dapatkan sekarang.
Pilihan lain seperti minuman kopi Radix dan kopi Larat juga disediakan.....Jom.....!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...