Saturday, May 12, 2012

Ramainye ummattt....!




PM Cabar Pembangkang Tunjuk Kekuatan Di Stadium

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Jumaat, mencabar pakatan pembangkang agar berhimpun di stadium seperti yang dilakukan oleh Umno jika benar-benar mahu menunjukkan kekuatan mereka.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pembangkang akan bersetuju dengan tawaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium jika mereka benar-benar mencintai keharmonian negara dan menghormati undang-undang.

"Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman. Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib. Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara.

"Kita tak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension. Kenapa kalau Umno boleh berhimpun dalam stadium, pihak-pihak lain tak boleh?" katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam Jumaat.

Najib berkata alasan yang diberi pembangkang bahawa Stadium Merdeka yang ditawarkan untuk mereka mengadakan perhimpunan pada 28 April lepas tidak mempunyai nilai sejarah, merupakan satu pembohongan.

Katanya kerajaan telah menawarkan agar mereka berhimpun di stadium demi menjaga keamanan dan keselamatan tetapi ditolak dengan alasan sudah terlewat.

"Padahal ada masa tiga hari lagi. Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang pihak polis.

"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah tujuan sebenarnya. Mereka nak tunjuk kononnya kita ni kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim. Mereka tidak hormati undang-undang negara," katanya.

Perdana Menteri berkata kekuatan Umno pada malam ini mampu merempuh mereka (peserta perhimpunan 28 April) jika mahu mempertahankan Dataran Merdeka tetapi Umno tidak bertindak sedemikian kerana mempunyai jati diri dan menghormati undang-undang negara.

"Ini kerana negara ini telah dimerdekakan oleh Umno. Dibangunkan oleh Umno dan kerana Umnolah negara akan jadi negara maju dan berjaya. Sebab itulah kita tidak redha melihat apa-apa berlaku pada negara kita. Biar apa mereka nak lakukan, Umno tetap akan menjaga maruah dan imej negara kita ini," katanya.


Hebat sungguh perhimpunan ini...ramainya umatttt...






Ramai yang hadir diberi segala kemudahan.....psssttt...!ada orang kata kalau setakat nii je yang datang...eemmmm...! takleh lawan ceramah puak PR yang buat kat stadium. Kalau puak PR buat ceramah je pun dah melimpah ruah apa lagi nak buat BERSIH, pecah stadium kot.
Tak cayee ....meh aku tunjuk...


kat stadium Melawati


semasa ceramah menawan Putrajaya

kat stadium Alor Star

eemmmm...amacam...!



sumber;kedahlanie




Friday, May 11, 2012

Surat 'BERSIH' dari jiwa seorang guru....


Tuan Pengetua,

Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.
Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi.Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan.

Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya.

Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat...

Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan.

Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif.

Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian.

Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka.

Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain.

Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit...

Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya. -MR



sumber;greenboc

Apsal iklan ni tak masyuk kat tv3...





Rentetan isu penganiayaan bayi.....


Baru- baru ini kita dikejutkan berita penderaan ke atas bayi di laman sosial dan disiarkan dalam berita TV. Ramai yang mengecam perlakuan ini apatah lagi yang mendera bayi itu adalah ibu kandungnya sendiri. Dalam kecaman itu orang yang merakamkan video itu pun turut sama dikecam....dengarlah apa yang sebenarnya yang berlaku sebab orang luar tak tau apa2 sebab syok sangat kutuk orang.




Wanita kesal niat bongkar bayi didera ibu disalah erti


Niat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh ibu kandung sendiri selama hampir tiga bulan menjadi episod malang apabila ia disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap perakam video itu tidak berhati perut.
  
Perakam video itu dan merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.
  
"Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa.
  
"Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepada Bernama sambil mengesat linangan air matanya.
  
Beliau berkata pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lepas, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat agar menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya.
  
"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.
  
"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya.
  
Beliau berkata selepas bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu bayi berkenaan.
  
Shima berkata wanita itu merupakan anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai.
  
"Saya kenal dia sebab saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal bersama saya pada Mac tahun lepas," katanya.
  
Beliau berkata sepanjang wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan boleh dikatakan agak sosial.
  
"Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya anak yang akan dijadikan sasaran.
  
"Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram," katanya.
  
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu.
  
Kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.
  
Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu.





sumber;malaysiakini



Penyenaraian: Peneroka berisiko hilang tanah






RUPANYA RM 15 000 DUIT PINJAMAN PENEROKA!!!! Peneroka gadai tanah -> bank bagi pinjam RM -> Peneroka bagi RM kepada FGV -> FGV bagi RM kepada Najib ->Najib bagi balik RM kepada peneroka








Semalam, ketika upload satu gambar yang juga adalah salah satu dokumen yang terkandung dalam 66 [ atau 88, kurang pasti berapa helai sebenarnya ] dokumen perjanjian peneroka felda dengan felda, terdapatlah beberapa individu2 yang agak bangang memberikan komen bahawa dokumen tersebut adalah ;

1. Fitnah.

2. Rekaan sendiri. Aku cipta guna word.

3. Takde bukti itu dokumen benar.

4. Tipu

Aku mula2 cuba gak bersabar. Tapi last2 aku dah hilang sabar bila terdapatnya individu BANGANG yang cakap nak REPORT polis sebab aku upload dokumen tersebut. Dia nak report yang aku rasa alasannya sebab sebarkan dokumen palsu. Apa lah bangang sangat manusia tue. Korang boleh lihat kisah selanjutnya disini.
Sekarang neh, meh kita bincang isu neh dalam2. Jangan dok pongpang cakap orang nak mendengki korang dapat rm15k atau apa. Takde masa aku nak DENGKI kejayaan korang dapat rm15k pun. Sedangkan rafizi cakap korang boleh dapat rm50k. Orang nak tolong korang dapat rm50k, korang cakap orang nak dengki korang dapat rm15k? 
Kalau dengki, kita orang biarkan je lah korang bangang2 dapat rm15k. Apa nak susah? 50k lagi banyak dari 15k apa. Yang kena TIPU, TERTINDAS dan DIPERDAYA tue korang. Bukan aku. Yang RUGI tue korang, pun bukan aku. 
Aku rasa takan ada orang yang BANGANG2 nak merelakan diri DI MAKI2 dan DI HINA2 oleh orang2 yang berotak BAHLOL macam korang neh semata2 sebab DENGKI. Tapi disebabkan kita orang bukan ORANG BANGANG tapi orang yang sedang MENENTANG penipuan dan KEZALIMAN, maka kita orang terpaksa juga sedikit sebanyak berhadapan dengan orang BODOH dan BEBAL ketika menunjukkan korang perkara sebenar. 

Seterusnya samada korang nak akur DITIPU atau mahu membebaskan diri daripada ditipu itu korang punya pasal. Ingat, yang RUGI tue korang bukan aku. Aku satusen pun takde effect apa2 bila korang tanggung kerugian apa seme pada masa akan datang. Ketika itu janganlah korang melalak2 meroyan sebab rm15k yang piem bagi dah habis, harga saham pula tak konsisten sebab turun naik dan terpaksa pula menanggung beban pembayaran di bank. Aku taknak campur pada saat itu. Sendiri yang pandai2 buat keputusan so sendiri lah tanggung.
Sebelum segalanya terlewat, kita bagi dulu langkah2 keselamatan. Kita neh sekadar nak membantu sesama rakyat. Takan lah kejam sangat kita orang neh pada korang, after all kita seme neh terkelompok dalam satu kumpulan yang sama iaitu RAKYAT MARHAEN. Kalau bukan kita yang nak TOLONG kita, sapa lagi?

Dalam isu FELDA neh, korang lihat dulu beberapa dokumen perjanjian yang aku dapat menerusi EMAIL.







Sapa yang bagi neh? Takan orang LUAR pula. Mestilah orang2 dalam FELDA sendiri. Jadi jangan SEMBANG kencang kononnya pihak luar yang cuba nak melaga2kan warga felda. Takde masa aku nak buat kerja BODOH tue.
1. Dokumen neh ada banyak. Dia cuba scan beberapa yang penting. Lebih tepat KEYPOINT kenapa perjanjian neh dianggap FISHY.
2. Semua orang tahu HARGA SAHAM mana ada KONSISTEN = STATIC. Kalau ada TURUN mestilah ada NAIK kan. Dan begitu juga sebaliknya. Apatah lagi ia melibatkan KOMODITI seperti MINYAK MASAK SAWIT neh hah.
3. Kat atas neh mengisahkan perjanjian pinjaman dengan BANK. Pinjaman neh merujuk kepada PEMBELIAN SAHAM oleh peneroka felda ke atas saham terbitan FGVHB. Memang kalau dah berani pinjam kena lah berani tanggung risiko kalau gagal bayar balik kan. BANK sudah tentu akan membuat perjanjian2 yang menyebelahi mereka. Aku tak salahkan bank kat sini. Ini adat orang berniaga. Mana ada orang nak RUGI. Tapi aku persoalkan pegawai2 felda yang terlalu mendorong peneroka2 neh agar sign. Kenapa?

4. Kat sini yang aku FAHAM setelah meneliti kes neh ialah ;

- Peneroka kena setuju bahawa dorang mengadaikan/memajakkan tanah mereka kepada FGVHB. Itu satu kes yang lain. Bagi menyenaraikan FGVHB.

- Peneroka juga kena beli saham yang diterbitkan oleh FGVHB. Ini juga satu kes yang lain.
Betul tak? Aku dah timbang, selidik, baca dan analisis. Ini yang aku nampak. Oleh kerana dokumen kat atas neh diterbitkan dalam bahasa english, maka ramai juga peneroka2 yang tak faham. 
Namun, ada juga yang berjaya DIHASUT oleh pegawai2 FELDA agar SIGN jek perjanjian tersebut sebab diberitahu tidak akan merugikan sesiapa. Sekarang fikir. Ko SIGN = ko PINJAM. Lepas SIGN = ko dapat PINJAMAN = untuk beli SAHAM.
Lihat juga dokumen kat bawah neh ;

Surat tanggungan kerugian. Baca lanjut tentangnya disini.
Oke, selesai satu isu. Sekarang dari mana pula Najib razak cakap bagi RM15K kepada setiap peneroka2 felda tue? Yang neh lah aku percaya, duit yang korang dapat tue ialah HASIL PEMAJAKKAN TANAH korang kepada FELDA untuk disenaraikan sebagai FGVHB. So kalau ko pajak tanah = takan satusen pun ko tak dapat?
Kalau gitu, bak lah pajak tanah kat aku. Seronok gak aku dapat tanah percuma untuk beberapa tahun. So yang neh lah yang si RAFIZI dok pongpang2 cakap sepatutnya PENEROKA dapat 50ribu, bukan 15ribu. Yang bab tue korang baca sini lanjut.

Dan, setelah melakukan analisis, aku percaya bahawa kisah keseluruhan kes neh adalah seperti berikut ;

1. Mula2 peneroka kena pajak tanah. Pajak tanah = dapat duit = rm15k. Sapa tak setuju sign takan dapat duit = sekaligus penyenaraian FGVHB gagal. Jadi 15k bukan durian runtuh tapi duit korang sendiri setelah bersetuju untuk memajakkan tanah.

2. Selepas tue korang juga kena SIGN pinjaman untuk membeli saham. Korang kena SIGN dengan 8 BANK utama malaysia, yakni korang MEMINJAM untuk beli saham. 

3. Dan, duit pinjaman tue nanti akan disalurkan terus kepada FGVHB. Harga seunit saham ialah = rm4.65.

4. FGV telah mengeluarkan pelan perancangan yang menyatakan mereka akan menjual pegangan saham mereka sebanyak 59% kepada pelabur2 baru.

5. Dan FGV juga menyatakan bahawa mereka akan menerbitkan saham2 baru yang berjumlah 980,000,000. Saham2 neh akan dijual kepada pelabur2 baru.

6. Saham2 baru neh lah yang aku PERCAYA dijual kepada peneroka2 felda. 

7. Dan jika ini betul, ini bermakna peneroka2 felda telah meminjam untuk membeli saham2 dalam FGV yang juga akhirnya menjadi satu NILAI = WANG yang mana disifatkan oleh NAJIB sebagai DURIAN RUNTUH untuk disalurkan kepada peneroka semula.
Faham tak? Aku buat kesimpulan mudah.
Peneroka gadai tanah = bank bagi pinjaman beli saham = peneroka bagi duit pinjaman kepada FGV = najib bagi duit pada peneroka.
Nampak tak? Kalau lah ini benar, maka ini membuktikan dari awal lagi, tiada sesiapa pun yang dapat apa2 yang disifatkan sebagai durian runtuh.  Apa pun ini adalah analisis dan penaakulan aku sendiri. Korang boleh percaya dan boleh taknak percaya, tapi aku cadangkan sesiapa yang terlibat dalam hal neh bersegera lah melakukan siasatan mendalam untuk mencari kebenaran muktamad. 
Jika rasa ragu2, rasa kena tipu, dihasut agar sign, dipengaruhi untuk sign, sign tanpa faham butiran lanjut, atau apa sahaja, jangan lupa hubungi ANAK disini. Ingat, jangan biarkan diri sendiri DITINDAS atau DITIPU. Biar miskin, daripada hidup diperguna2kan oleh orang2 kaya.

Ameno : Kes neh sama macam sara1malaysia k





sumber;paspb2

Thursday, May 10, 2012

Menyelusuri kalbu warga felda.....apa yang akan terjadi...?


La ni dah bergemuruh satu Malaysia cerita pasal Felda.....Aku berasa terpanggil untuk berkongsi maklumat...sebab aku juga anak peneroka felda. Dengar khabarnya abangku dah pun sign borang bank. Cuma ibuku masih ketegaq takkan sign apapun..Oh Felda ....apa nak jadi....





Mewakili Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), saya mengalu-alukan pengumuman 'Durian Runtuh' oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Mei ini di Felda Jengka 8, Pahang. Meskipun sebelum ini PM menyebut jumlahnya boleh menyebabkan peneroka 'tersandar dalam kejutan'; tetapi apabila dimaklumkan jumlahnya kepada saya, ianya tidak memeranjatkan.

Saya mendapat maklumat dari sumber yang sangat dipercayai, jumlah 'durian runtuh' tersebut sekitar RM15,000 sahaja. Seluruh peneroka Felda seramai 112,635 orang akan memperolehinya. Soal dimana PM mendapatkan sumber kewangan tersebut, ia faktor lain. Yang pasti, janji mesti ditepati.

Selaras dengan kenyataan ini, penyebaran puluhan ribu risalah dan ribuan kain2 rentang seluruh 317 Tanah Rancangan Felda kononnya ANAK menolak 'durian runtuh' adalah tidak benar samasekali. Ini perang saraf pihak lawan untuk melaga-lagakan ANAK dengan warga Felda agar timbul suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Apa hak ANAK untuk menghasut peneroka jangan terima 'Durian runtuh'?

Walaupun ia di umum PM, tapi ia duit peneroka. Kenapa harus ditolak?

Yang ditentang oleh ANAK adalah penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa Malaysia dan pengeluaran Borang Pinjaman Saham oleh 7 buah Bank iaitu Maybank, CIMB, OCBC, BIMB, Bank Muamalat, Affin Bank dan Ambank. Ia berbeza dengan 'Durian Runtuh'.

Hakikatnya, pemberian 'Durian runtuh' adalah isyarat kejayaan perjuangan ANAK dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting di Felda. Isu Kadar Perahan Gred, Wang Tanam Semula, penyelenggaraan kebun, nasib generasi Kedua dan Kos Tanam Semula yang diperjuangkan telah memberi tekanan kuat pada Kerajaan. Tindakan saman tanpa henti kepada Felda barangkali menggusarkan Kerajaan BN yang selama ini menganggap pengundi Felda adalah 'Simpanan Tetap' mereka.

PM mulai takut dengan gelombang di Felda. 54 kawasan parlimen Felda pada PRU 12, hanya 4 sahaja iaitu Sik, Pendang, Padang Terap dan Baling yang di menangi pembangkang. Apakah senario ini dijangka berubah pada PRU 13?

Justeru bagi ANAK, RM15 ribu'Durian Runtuh' kalaupun dapat lepas 8 Mei ini; masih terlalu kecil. Ia tidak padan dengan riuh rendah dan gegak gempita yang berkumandang di sana sini. Patutnya RM30 ribu seorang peneroka mengikut logik ANAK. 

Pada masa yang sama, ANAK akan menganjurkan Himpunan Perdana Perisytiharan Tawaran Istimewa buat Generasi Kedua Felda pada 6 Mei ini di Dataran Jengka 20 mulai 9.00 malam. Ia merupakan lanjutan daripada resolusi Konvensyen Halatuju Felda 22 April lalu. Tawaran ini khusus buat Generasi Kedua yang ketika ini kehidupan mereka terawang-awang. Beberapa tokoh utama negara akan hadir. Seluruh Warga Felda dijemput hadir. 

ANAK juga telah menghantar surat resmi kepada PM untuk bertemu bagi menyerahkan resolusi Konvensyen Halatuju Felda. Adalah diharapkan kesudian PM untuk bertemu dengan Jawatankuasa Gerakan Selamatkan Felda yang ketika ini menaungi 30 Ngo berkaitan.

' MENERAJUI PERUBAHAN'

MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK





sumber;gayapeneroka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...