Thursday, July 26, 2012

Hulurlah...walaupun sedikit....


Kedatangan Ramadhan dinantikan dan disambut dengan hati yang ikhlas....orang mukmin akan gembira dengan kehadiran Ramadhan, sebabnya di bulan ini sajalah setiap amalan yang dilakukan akan berlipat kali ganda kebaikannya.
Selain menjalani ibadah puasa, solat fardhu dan amalan yang lain, kita kena selalu ingat yang ada orang lain berada dalam kesusahan, gundah gulana, kesedihan dan sebagainya. Untuk meringankan beban saudara kita yang dalam kesusahan kita pujuklah hati kita agar ringankan tangan menghulur sumbangan samada sedekah, infaq dan zakat.




Amalan yang amat digalakkan dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah, zakat dan infaq. Amalan ini banyak kelebihannya seperti;
-Meredakan kemurkaan Allah kepada hambanya
-Menghapuskan kesalahan seorang hamba
-Bersedekah dengan ikhlas akan mendapatkan perlindungan dan naungan Arasy pada hari qiamat
-Sebagai ubat bagi penyakit samada jasmani ataupun rohani
-Penolak berbagai bentuk musibah dan bencana
-Orang yang berinfaq akan didoakan oleh malaikat setiap hari, 
Rasulullah saw bersabda; "Tidaklah datang suatu hari kecuali akan turun dua Malaikat yang salah satunya mengatakan, Ya, Allah! berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan dan yang lain mengatakan, Ya, Allah! berilah kepada orang yang bakhil kebinasaan (hartanaya)." 
(Muttafaq 'alaihi)

-Allah memberkati harta pemberi zakat
-Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekah
-Sedekah penanda keimanan seseorang
-Sedekah merupakan pembersih harta dan mensucikannya dari kotoran, 
Sebagaimana wasiat Rasulullah saw kepada para pedagang, "Wahai para pedagang sesungguhnya jual beli ini dicampuri dengan perbuatan yang sia-sia dan sumpah oleh kerana itu bersihkanlah ia dengan BERSEDEKAH." (HR. Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah).

Rebutlah peluang yang berharga ini.....



Wednesday, July 25, 2012

Apa ada pada Khamis...?



Hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan hajat. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis.

Hari Khamis juga disunatkan untuk umat Islam melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat  kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:
Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku              (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).



Dalam hubungan mesra antara suami isteri juga sebaiknya pada hari Khamis malam (malam Jumaat).
Kebaikan berhubungan antara suami isteri pada hari Khamis malam Jumaat telah dikaji dan diteliti oleh London School of Economics dan hasil ujian didapati paras Kortisol semulajadi yang merangsang hormon seks berada pada tingkat tertinggi di hari Khamis.
Kadar testosteron pada lelaki dan kadar estrogen pada wanita berada pada tahap 5 kali lebih tinggi. Kebiasaan pada hari Khamis, pasangan suami isteri jarang berada dalam keadaan stress.







Dalam masyarakat melayu malam Jumaat selalu jadi bahan gurauan.....terbayang satu benda ajer. Ha ha haaa...bukannye apa, aku semasa bebudak dulu selalu ditakut2kan..mlm nii malam jumaat..hati2 jalan dalam gelap, balik rumah janganlaa lewat sangat, jaga..! malam nii jumaat keliwon...rupanya ada makna.

Tuesday, July 24, 2012

Kecur dibuatnya......alahai.....seleraku...!



Oh! selera....kenapa laa engkau datang di waktu bulan puasa jee... cer ngko datang semasa aku kat kampung...taklaaa meleleh sangat, dahlaa dok kat Perlis mana laa nak dapat benda nii semua....

Selain dari makanan tradisional Terengganu yang popular seperti keropok lekor, otak2, akok, satar kat bawah nii ada sikit kuih yang jarang2 jumpa. Aku lupa kuih yang dihiris halus2 dan dicicah kuah yang agak manis....banyak lagi kuih tradisional nii...lupa!.  














Kuih Puteri Mandi


Kuih Nekbat



Kuih Asam Gumpal



Kuih Lompat Tikam

null

Kuih Cekmek Molek

null

Laksa Kuah Santan/kuah putih


null

Kuih Bronok sagu

null

Laksam Kuah Putih

null

Ketupat Sotong



Ni sebahagian jee...banyak lagi... baru selera ku kat makanan Terengganu, belum lagi makanan Pahang....apa pun aku lebih terdedah pada makanan terengganu...sebab org tua asal org terengganu..he he hee... 


Monday, July 23, 2012

Gulai rias pisang.....perrfff...!!! ......






Gulai kawah Baling.


©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Gulai kawah campuran rias batang pisang dengan daging atau tulang lembu sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di Baling.

Peniaga gulai kawah, Malik Mat Khir, 45, berkata dia terpaksa mendapatkan rias batang pisang setiap hari daripada sekurang-kurangnya 10 batang pokok untuk dimasak bersama daging cincang atau tulang lembu.

Malik yang berpengalaman memasak gulai kawah hasil belajar daripada tukang masak kenduri kahwin di Baling memberitahu bukan semua gulai kawah mampu menarik minat dan selera pembeli.

Katanya warna kuahnya yang kekuningan dan cair mampu menarik minat dan selera pembeli.

Malik berkata ramuan rempah untuk membuat gulai kawah adalah daripada jenis serbuk kari yang sesuai yang tidak terlalu pedas dan tidak berkuah pekat.

Malik berkata sejak dua hari berniaga di pasar Ramadan pekan Baling, setiap petang lebih 300 bungkus gulai kawah dijual kepada pelanggan.

"Rias batang pisang adalah daripada batang pisang jenis kebatu atau pisang awak.

"Rias pisang kebatu dan pisang awak sesuai dicampur dengan daging untuk gulai kawah kerana tidak mudah lembik dan rasanya juga sedap dan manis," katanya.

Sejak 3 petang, Malik akan mula menumis bahan gulai kawah di kawasan dia berniaga dan mula menjualnya seawal 5 petang dengan harga serendah RM3 sebungkus.



gulai-kawah-baling

sumber;malaysiakini

Wednesday, July 18, 2012

Kisiplah jarimu sesudah makan......

 Sekadar berkongsi ilmu...



Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan. Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.

Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan. Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu. Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.




Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.”
– Shahih Muslim; 2035.

Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata,
“Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”

Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.

Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit. 

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.

Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. 

Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita. 
Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. 

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.



Sunday, July 15, 2012

Syabas..! Kentalnya jiwamu.....








Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

“Makcik dah biasa dah.”

Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

“Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...