Sunday, September 2, 2012

Janji Demokrasi- A. Samad Said



Janji Demokrasi:

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!




Wahai pejuang bangsa dan agama anda tidak keseorangan. Percayalah perjuangan ini didukung oleh rakyat prihatin semua generasi yang cintakan kebebasan dan keadilan.


Friday, August 31, 2012

Malam janji disepakti untuk 'Janji Demokrasi'........


MERDEKA.....! MERDEKA....! Laungan keramat ini akan berkumandang setahun sekali. Tetapi malam ini akankah tercipta satu sejarah kemerdekaan yang dituntut oleh rakyat Malaysia? Merdeka dari dipimpin seorang tua yang dah nak pencen....dan akan digantikan dengan tenaga baru, wajah baru dan segalanya pasti baru...Akankah...MERDEKA....???

Kebiasaannya malam Merdeka di Dataran Merdeka akan disajikan konsert...begitulah kerajaan nak mesrakan rakyat dengan kegiatan lagho. 7 hingga 9 bulan akan datang maka bersepahlah anak2 yang dibuang dan dicampak dalam semak, longkang, tong sampah dan lain2 tempat, lalu disalahkan anak2 muda.
Tapi malam nii kebanyakkan warga KL atau sekitarnya dan lain2 tempat datang dengan satu tujuan iaitu 'JANJI DEMOKRASI'. Lalu.....'janji ditepati' hanya tinggal slogan.....untuk malam ni...esok mungkin janji akan ditepati....esok kalau sesiapa nak pergi, singgah kedai mamak pekena capati....

Aku pelik gak mana puak2 UBN ni...depa ni tak sambut malam merdeka kaa? nak tunggu esok kot...tunjuk muka...



Depa- depa ni tak dibayar rm 30.00 dan takdak baju free...sendiri tanggung maa...

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/539392_272464552865800_425824577_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/394366_465364320163359_1223335517_n.jpg

tak dibayar pun... penuh gak kat Dataran.....hak rakyat nak berhimpun...janji bersih, janji aman dan janji rock....he he!

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/386850_493511714010129_339622445_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/228516_432748990110762_435627553_n.jpg

pelbagai bangsa bersatu menuntut 'Janji Demokrasi'....'Merdekakanlah'...Malaysia

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/386138_4416197365122_1345391408_n.jpg



Thursday, August 30, 2012

Soy Collagen cerita dari Catriona Ros......



Anda nak cuba......?  Call...call....calll..................................!!!

Soy Collagen......murah beb...!

Meh tera produk Al Hadad pulak...







Antara Produk Keluaran Al Hadad Marketing


1-ARABICA COFFEE CLASSIC (LELAKI)

Kopi pracampuran Arabika Klasik dengan Tongkat Ali & Ginseng
RM23 / RM27 (SS)



                


- Afrodisiak (perangsang)
- Meningkatkan keinginan. Menjadi lebih intim
- Kesuburan. Memperbanyak jumlah sperma
- Membantu meningkatkan tenaga dan kehebatan lelaki
- Membantu membuang angin dalam badan
- Membantu menghilangkan bisa bisa tulang
- Membantu mengimbangkan hormon dalam badan supaya sentiasa cergas
- Bahan yang dikenali sebagai Quasinoid yang terdapat dalam Tongkat Ali bertindak sebagai anti tumor



2- ARABICA COFFEE CLASSIC (PEREMPUAN)

Kopi pracampuran Arabica dengan Kacip Fatimah & Manjakani
Rm23 (SEM) / RM27 (SS)



Sentiasa Anggun Dan Menawan

Keistimewaan:
-  Menyihatkan rahim wanita (amat sesuai untuk ibu-ibu lepas bersalin)
- Baik untuk kesihatan dalaman wanita
- Membantu melangsingkan badan
- Membantu memecahkan lemak di pinggang dan perut
- Membantu mengatasi masalah keputihan
- Membantu menjaga kitaran haid
- Menghalus dan menegangkan kulit
- Membantu mengatasi kulit berkedut
- Melancarkan sistem penghadaman
- Menyingkir angin kotor & gatal-gatal badan
- Menghilangkan bisa-bisa tulang


3- SKASH SOY COLAGEN CLASSIC

RM35 / RM41 (SS)



Keistimewaan kolagen dan protein kacang soya 
Kolagen adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam badan manusia yang berfungsi untuk menjaga struktur dan kekuatan angota badan seperti kulit, sendi, ligament, tendon dan organ-organ lain. Kolagen daripada sumber marin sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut. Protein kacang soya juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Proses menghasilkan serbuk soya menglibatkan pembuangan lemak, fiber dan karbohidrat dari biji kacang soya.Ini menjadikan minuman ini bebas kolesterol dan sangat baik untuk kesihatan jantung dan menstabilkan kadar metabolisme.Kolagen soya yang diperkaya dengan astaxantin  (sejenis pigmen merah yang didapati pada tumbuhan dan algae) mempunyai pelbagai manafaat tambahan seperti berikut;
  • Meningkatkan antibodi
  • Anti oksida (melindungi sel daripada pengoksidaan radikal bebas. Bertindak mencegah kanser)
  • Kurangkan risiko sakit jantung
  • Menambahkan daya ingatan
  • Menambahkan daya tahan dari serangan penyakit usus
  • Mengeluarkan sel tidak normal di hati
  • Melindungi mata dan kulit daripada tindakan UV A dan UV B.
  • Untuk memiliki kulit yang lebih muda, cerah dan sekata?
Soy Collagen Classic Skash adalah jawapannya. Minuman yang difomulasikan daripada kombinasi soya dan kolagen boleh melawan garis-garis halus yang timbul, kedut, kulit kusam dan tidak sekata yang berpunca dari umur yang meningkat, stress, pencemaran, terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain faktor yang merosakkan kulit anda.
Formula asli ini akan mengembalikan keanjalan kulit anda dalam masa 15 hari untuk melawan tanda-tanda penuaan dan kulit pramatang disamping secara perlahan-lahan memutihkan dan melembutkan kulit. Hasilnya kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan lebih cerah. Minuman ini sesuai untuk wanita semua peringkat umur. Sangat sesuai untuk wanita yang mengandung. Produk ini mengandungi 2 ramuan utama:


Soya - Berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk memutihkan kulit dan melembutkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan paras kolestrol dan suhu badan dan memberi tenaga yang diperlukan oleh tubuh kita.

Kolagen - Kolagen ialah bahan semulajadi yang mengeluarkan cecair dalam tubuh kita untuk membekalkan struktur pada organ yag berbeza. Kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, muda, lembut, dan sekata. Berpunca dari faktor-faktor seperti peningkatan usia proses-proses pengeluaran kolagen berkurangan dalam tubuh kita. Dengan kolagen hasilnya garis-garis halus dan kedut-kedut akan berkurangan dan menampilkan wajah yang sihat. Sekaligus menghalang proses pengeluaran kedut-kedut dan garis-garis halus yang baru.

Cara penggunaan :
Masukkan satu peket soya kolagen ke dalam air suam, kacau dan minum terus untuk mendapatkan khasiat maksima soya kolagen yang mengandungi vitamin dan protein.
 
4- TAMAR COCOA
RM20 (SEM) / RM26 (SS)



Khasiat Kurma Dan Koko

- Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia
(kekurangan sel darah merah)
- Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti
ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan
dan menurunkan tekanan darah
- Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium
- Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi

- Koko apabila diampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat
- Kesn Antioksida adlah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids
- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
- koko melambatkan proses penuaan

5-SABUN REAL CLEAN

RM17.00 (SEM) / RM23 (SS)


 






Monday, August 27, 2012

Wanita Malaysia mendominasikan kecurangan.....tangga ke 3..


Kita banyak dengar cerita tentang kecurangan lelaki sahaja tanpa ada kajian....La... dah ada kajian yang menunjukkan sebaliknya....


Tidaklah semua, tetapi sebahagian wanita Malaysia mempunyai kecenderungan untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka.
Melalui Durex Sexual Well-Being Global Survey 2011 mendedahkan 39 peratus wanita Malaysia mengakui mereka pernah curang terhadap pasangan masing-masing.
Manakala, hanya 33 peratus lelaki Malaysia memiliki sikap yang sama.
Secara keseluruhan, tanpa mengira jantina pula, Malaysia berada di tangga ketiga paling ramai pasangan yang curang.
Di atas Malaysia adalah negara Thailand dan Korea selaku juara dan naib juara bagi jumlah pasangan yang kuat curang.
Kajian itu melibatkan 36 buah negara dan dilancarkan November lalu.

Fakta-fakta lain hasil kajian berkenaan ialah;
- Rakyat Amerika Syarikat (AS) paling aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek                            (115 kali).
- Rakyat Malaysia merupakan antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69).
- Secara keseluruhan tanpa merujuk mana-mana negara, kajian itu turut mendapati bahawa pasangan tidak berkahwin yang hidup bersama melakukan seks sebanyak 146 kali setahun.
- Manakala, Pasangan berkahwin membuat hubungan seks sebanyak 98 kali setahun.
- Empat peratus daripada responden yang ditemuramah mengakui melakukan hubungan seks setiap hari.
- 57 peratus melakukan seks paling kurang sekali seminggu.
- Secara umum, masyarakat serata dunia lebih rela keluar bergembira bersama rakan daripada melakukan hubungan seks. Hampir satu perlima atau 22 peratus memilih rakan
daripada seks dengan pasangan (19 peratus) manakala 10 peratus lagi memilih untuk bersukan atau keluar membeli-belah.

sekadar hiasan

Ini satu lagi fakta
Wanita Malaysia Antara Paling Ramai Curang Didunia | 
Menurut akhbar laman berita GhanaWeb yang memetik laporan akhbar China Press, wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus. 
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.
Tahukah Anda Wanita Malaysia Kuat Curang

Saturday, August 25, 2012

Saham FGVH.......bank follow....



GELORA SAHAM FGVH






Bila saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan, mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2 perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue form.

Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman pertama manakala notis bayaran b

alik blue form berjumlah 800 unit atau RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.

Adalah malang rata2 peneroka atau waris yg menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH yg mereka dapat adalah percuma. Mereka keliru kerana istilah yg digembar gemburkan adalah durian runtuh. Mereka menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit.

Sebab itu dari awal lagi saya telah mengingatkan para peneroka dan waris agar berfikir banyak kali sebelum sign apa2 borang. Jangan gopoh dan pertimbang risiko yang akan timbul. Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yg nak ambil tgjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru2 ini. Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria2 dulu suruh sign adalah adik beradik.

Saya belum dedah lagi ada peneroka kena halau dari rumah, ada anak peneroka mati dibunuh keluarga sendiri, curi kad pengenalan ibu dan bg tau pengurus Felda yg ibunya dah meninggal dunia pasal nak ambil duit RM15k dan berbagai aduan yg dimaklumkan pada saya.

Dulu bila ANAK bg pandangan, orang fitnah macam2. Sampai ada yg sebut, kalau tergadai tanah pun bukan kita sorang. Main saham ni untung puluh ribu bodoh siapa yang tak ikut. Saya kata interest ni 5%, dikira setiap hari...dosa besar. Ada peneroka mengolok cakap saya, ala masuk neraka ramai2....

Maaf, saya tak ada niat nak pulang paku buah keras atau nak padankan muka peneroka...
Bahkan ANAK akan tubuh suatu taskforce utk tangani isu yg berbangkit dari saham FGVH ini. Insyaallah, taskforce yg akan dilancarkan pada 7 sept ini akan membantu peneroka dan waris yg teraniaya dan tak tau nak mengadu pada siapa.

Apapun keadaannya, ANAK tetap bersama warga Felda!













sumber;facebook mazlan aliman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...