Saturday, September 29, 2012

Manis, masin, kelat sebagai penawar...?







Subhanallah.......
MANIS itu Rahmat
MASIN diutus sebagai Penyelamat

Ramai yang kehilangan Rahmat Allah!
Penyakit adalah disebabkan pembekuan kotoran dalam jangka yang lama.
Kotoran perlu dibuang melalui 5 saluran yang dicipta Allah secara azali pada manusia.           Dubur, Qubul, Liang roma, Kahak/muntah dan Hingus.

Jangan ditebuk anggota badan, ubat-ubatan kimia adalah dadah, dadah adalah haram di sisi Allah sebab merosakkan organ badan. Yang diharamkan Allah tidak boleh dihalalkan. Menjadi kita kufur dan kehilangan Rahmat.

Dan diciptakan makanan yang terdiri dari 9 rasa untuk Pencairan, Pembuangan dan Pemulihan.
Manis dan Lemak- tenaga dan penebat
Pedas- pembakar
Kelat- kawal gula dan pembunuh kuman
Pahit- kawal garam dan lemak
Masam- pencuci ringan
Tawar- tenaga dan penstabilan
Payau- tenaga dan pencuci ringan
Masin- pencuci berat dan pembunuh kuman

Yang bergerak dalam tubuh ialah darah, air dan udara. Kotoran yang tak dapat dibuang menjadikan darah kotor dan terkumpul pembekuan yang menjadikan masalah kesihatan apabila organ- organ tersumbat. Darah perlu dibersihkan dengan makanan pedas, kelat, masam, masin, pahit dan payau, agar kotoran dibuang mengikut 5 saluran buang yang dicipta Allah. Ubatan kimia bukan makanan fitrah kerana ia akan membunuh vitamin dan zat di dalam darah.

dari Hj. Anuar pemilik KH Kopi


Jualan.
Inilah penawar alternatif, di dalamnya telah siap dan lengkap cuma dihidangkan dengan air panas sahaja. Dapatkan sekarang...




Friday, September 28, 2012

Ingatan untuk lelaki...!




Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.




2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki                 dihilangkan?. Tidak sekali-sekali.




9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.


Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas..! wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.




Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman

Sunday, September 23, 2012

Sungai menjadi merah......adakah satu petanda..?







China - Penduduk bandar China menjadi bingung selepas menyaksikan sendiri kebenaran dimana sungai Yantze, yang berjalan melalui bandar barat di China, bertukar secara drastik akan perubahan warna air sungai dari biru laut ke warna oren kemerahan. 


Perairan dimana Sungai Yantze bertemu Sungai Jialin menjadi merah telah mula menapis ke dalam sungai yang lain. Namun perubahan itu tidak membawa sebarang ketakutan kepada nelayan untuk terus menjalankan perniagaan harian mereka walaupun pihak pegawai sedang menyiasat punca warna yang berlaku. 

Sampel air telah dikumpulkan dan mendapati perubahan ketara warna air sungai ini adalah amat sukar untuk di pulihkan semula. Walaupun puncanya masih belum dapat ditentukan, namun ini bukanlah kali pertama air sungai di China telah bertukar menjadi warna merah.

Pada Disember lepas, Sungai Jian di bandar Luoyang, di utara wilayah Henan, bertukar merah selepas menjadi tercemar oleh pewarna kuat. Pewarna tersebut telah dibuang ke dalam rangkaian saliran ribut di bandar ini oleh dua bengkel haram pewarna. Pegawai telah menyerbu dan menutup kilang mereka serta merta selepas kejadian itu.






Menurut kepada bab 16, ayat 4 buku petunjuk Alkitab, salah satu petanda kiamat adalah bermaksud "Akan menjadi Malaikat mencurah mangkuk ke dalam sungai, menukarkan mereka ke dalam darah". Injil.

Manakala melalui kitab dan hadis di dalam Al-Quran pula memang terdapat banyak yang menceritakan tentang petanda-petanda akhir zaman yang boleh di kaji oleh anda. -Sumber





sumber;suraual-ikhwan


Saturday, September 15, 2012

Air putih berbahaya...?




Sering kita disyorkan banyak minum air putih untuk mencegah kerosakan buah pinggang, menurunkan berat badan, dan meningkatkan level konsentrasi. 

Namun, sekarang para ahli memperingatkan, minum 8 gelas air putih sehari tidak baik untuk kesihatan dan boleh berbahaya. 

Mereka mengatakan tuntutan manfaat dari banyak minum air putih adalah sesuatu yang buruk. Sementara, National Health Service (NHS) bersama doktor terkemuka dan ahli gizi menyarankan masyarakat untuk minum sekitar 1,2 liter (atau dua setengah gelas) air per hari.

Sebuah laporan menjelaskan bahaya dehidrasi sebagai mitos dan mengatakan tidak ada bukti di sebalik tuntutan bahawa air mencegah beberapa masalah kesihatan. 

Dr. Margaret McCartney dari Glasgow mengatakan saran laman NHS bahawa orang harus minum 6-8 gelas sehari adalah omong kosong. Dia menambah, manfaat minum air putih sering dibesar-besarkan oleh lembaga yang berkepentingan, seperti tanda air bungkusan. 

Menulis di British Medical Journal, Dr. McCartney mengatakan bahawa kajian menunjukkan minum di saat tidak haus boleh mengganggu konsentrasi, bukan meningkatkan, dan bukti-bukti berasingan menunjukkan bahawa bahan kimia yang digunakan untuk Desinfeksi yang ditemui dalam air bungkusan boleh berakibat buruk bagi kesihatan. 

Minum berlebihan juga boleh menyebabkan hilangnya waktu tidur kerana orang harus bangun di malam hari untuk pergi ke tandas, dan kajian lain menunjukkan bahkan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, bukan mencegahnya. 

Dr. McCartney juga memberi amaran bahawa minum terlalu banyak air boleh menyebabkan keadaan yang jarang, tapi berpotensi fatal yang disebut hiponatremia, iaitu kadar garam tubuh menurun dan boleh menyebabkan pembengkakan otak. 

Pada 2003 pelakon Anthony Andrews, yang membintangi adaptasi ITV dari Brideshead Revisited, terkena penyakit itu selepas minum air terlalu banyak selama latihan untuk peranan West End.

Doktor lain yang dikutip dalam artikel tersebut menambah bahawa tidak ada asas untuk mendakwa air membantu orang menurunkan berat badan dengan menekan nafsu makan mereka. Profesor Stanley Goldfarb, seorang ahli metabolisme dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, mengatakan "Saat ini belum ada bukti tentang hal itu." 

"Jika anak minum lebih banyak air daripada mendapatkan kalori tambahan dari soda, itu baik. Tapi, tidak ada bukti bahawa minum air sebelum makan mengurangkan nafsu makan saat makan," tuturnya lagi.

Apa kata anda...?

sumber;hanyzan30

RADIX FENOMENA....Untuk Lelaki....!







The Power of Radix

Kopi Untuk Orang Jantan ..! Pengganti Viagra


SATU FENOMENA...Produk terbaru dari HPA yang diberi nama RADIX FENOMENA.
Kopi untuk kekuatan tenaga dalaman dan digunakan pada sebelah malam sahaja. Produk ini masih diperingkat percubaan dan dibungkus menggunakan sachet kosong.

1 bungkus mengandungi 10 sachet.   Harga tawaran RM 60.00 sahaja...........Dapatkan sekarang....!


Versi Terkini....Radix Fenomena



Kelebihan Kopi Radix Fenomena........

Meningkatkan aktiviti androgenik 
Mengembalikan keremajaan 
Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki
Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki.
Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil.
Meningkatkan tahap kepekatan sperma
Memanjangkan tempoh pergerakan sperma





Versi sebelum...VRadix



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...