Sunday, October 7, 2012

Khasiat Halia Padi






Halia Padi
Nama Botani: Zingiber officinale Rosc. var. rubrum

Pengenalan

Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.

Halia padi merupakan salah satu kelompok Halia tetapi jarang digunakan dalam masakan kerana rasanya yang agak lebih pedas, tetapi amat mujarab dalam perubatan herba.

Khasiat dan Kegunaan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.

Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, makanan, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.

Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

*** Dalam Jem Cafe ada campuran Halia Padi, sebab sesiapa yang minum Jem Cafe waktu sebelum sarapan, insyaAllah akan cepat untuk ke tandas.

Bahaya mandi wap melampau....!



















KUALA LUMPUR - Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka.

Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40 peratus masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki.

Dr. Eeson Sinthamoney yang merupakan pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan di Hospital Pantai di sini berkata, rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.


sumber;kosmo


Wanita leher panjang....!



Gadis Cantik Berleher Panjang 

Seorang gadis yang berasal dari Ukrain, Lyudmila Titchenkova dikatakan memiliki leher yang terpanjang di dunia.
Kalau dilihat saiz fizikalnya, memang terlalu jauh bezanya dengan gadis-gadis lain yang seusianya.
Di kalangan rakan-rakannya, Titchenkova lebih mesra dipanggil dengan panggilan gadis zirafah.
Dikatakan juga leher gadis cantik ini panjang berbeza dengan orang lain adalah kerana dia memiliki genetik anggota badan yang berbeza dengan manusia lain.
Disebabkan itu jugalah Titchenkova mengalami pertumbuhan leher dan pembesaran fizikalnya lebih dari manusia normal.
Pun begitu, Titchenkova tetap gembira dengan kehidupannya dan melayari kemanisan hidupnya seperti orang lain.
 








  











Thursday, October 4, 2012

Janet Jackson pilih Islam....?





PENYANYI sekaligus bintang top Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana.

Media Showbizspy
, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.' 

“Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.

Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar  Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa  berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. 


Saturday, September 29, 2012

Manis, masin, kelat sebagai penawar...?







Subhanallah.......
MANIS itu Rahmat
MASIN diutus sebagai Penyelamat

Ramai yang kehilangan Rahmat Allah!
Penyakit adalah disebabkan pembekuan kotoran dalam jangka yang lama.
Kotoran perlu dibuang melalui 5 saluran yang dicipta Allah secara azali pada manusia.           Dubur, Qubul, Liang roma, Kahak/muntah dan Hingus.

Jangan ditebuk anggota badan, ubat-ubatan kimia adalah dadah, dadah adalah haram di sisi Allah sebab merosakkan organ badan. Yang diharamkan Allah tidak boleh dihalalkan. Menjadi kita kufur dan kehilangan Rahmat.

Dan diciptakan makanan yang terdiri dari 9 rasa untuk Pencairan, Pembuangan dan Pemulihan.
Manis dan Lemak- tenaga dan penebat
Pedas- pembakar
Kelat- kawal gula dan pembunuh kuman
Pahit- kawal garam dan lemak
Masam- pencuci ringan
Tawar- tenaga dan penstabilan
Payau- tenaga dan pencuci ringan
Masin- pencuci berat dan pembunuh kuman

Yang bergerak dalam tubuh ialah darah, air dan udara. Kotoran yang tak dapat dibuang menjadikan darah kotor dan terkumpul pembekuan yang menjadikan masalah kesihatan apabila organ- organ tersumbat. Darah perlu dibersihkan dengan makanan pedas, kelat, masam, masin, pahit dan payau, agar kotoran dibuang mengikut 5 saluran buang yang dicipta Allah. Ubatan kimia bukan makanan fitrah kerana ia akan membunuh vitamin dan zat di dalam darah.

dari Hj. Anuar pemilik KH Kopi


Jualan.
Inilah penawar alternatif, di dalamnya telah siap dan lengkap cuma dihidangkan dengan air panas sahaja. Dapatkan sekarang...




Friday, September 28, 2012

Ingatan untuk lelaki...!




Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.




2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki                 dihilangkan?. Tidak sekali-sekali.




9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.


Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas..! wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.




Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...