Friday, October 26, 2012

Kepercayaan anda adalah amanah kami....


Kepada pengunjung yang berminat dengan produk- produk yang ditawarkan tapi ragu- ragu hendak berurus niaga 'on line' dengan kami, kami memahami atas sikap berhati- hati anda. Sebagai jaminan kami senaraikan pelanggan yang pernah berurusan dengan kami. Ini hanya sebahagian yang dapat kami paparkan sebab ramai pelanggan kami telah hilang 'contact' atas kecuaian kami.



Kurma....bukan sahaja sedap....!




Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering. 

Antara khasiat buah kurma ialah ; 
1-Kaya dengan protein 
2-Kaya dengan gula 
3-Kaya dengan serat 
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C 
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium. 

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud : “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW. 

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ; 
1-Protein (1.8~2.0%) 
2-Serat (2.0~4.0%) 
3-Glukosa(50.0~57.0%) 
Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga. Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya. Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus. Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita. 
Pendek kata, buah kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

Sekiranya anda seorang yang suka minum kopi yang ada campuran kurma dapatkan kopi pracampuran kurma keluaran haddad marketing atau pun minuman koko yang ada kurma dan kismis sila dapatkan produk tamar cocoa keluaran al haddad marketing.  

Thursday, October 25, 2012

Tu laa...depa dah hingaq dah...





Pada posting yang lepas, aku dah sentuh pasai perangkap kamera AES ni...laa dah keluaq dlm suratkabaq tentang apa yang aku ulas.....ini dah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...bukan takat tangga dah laa sebab rumah sekarang tak berapa nak ada tangga...ibarat kata dah jatuh bala bertimpa-timpa...

Labbaik Allahumma Labbaik......


Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik.
Ya Allah, aku datang karena panggilanMu.Tiada sekutu bagiMu.
Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu.Tiada sekutu bagiMu.



Assalamualaikum.....dan salam sejahtera.
Kepada pengunjung seagama pihak admin blog gila kopi mengucapkan 'Selamat Hari Raya Idiladha'. Dan kepada yang ingin meraikan Idiladha kat kampung...berhati- hatilah dijalanraya dan elakkan kena   silauan kamera AES.
Pihak kami berterima kasih kerana ramai yang sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini dan juga membeli produk yang ditawarkan. Terima kasih.

Wednesday, October 24, 2012

Isteri bermukah...suami berserah.....!

Zaman la macam2 boleh terjadi....apa reaksi anda? geleng kepala, senyum sinis, mengucap panjang atau.....?. Apapun ini sebagai ingatan...


Seorang suami terpaksa menahan kesedihan apabila mendapati isterinya sedang asyik berzina dengan seorang lelaki di bilik tidurnya. Kejadian ini disedari oleh suami ketika pulang ke rumah.



Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan, awal pagi kelmarin.
Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.
“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri inibiasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.
Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.
“Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.
Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.
“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.
“Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya,” katanya.
Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman.
 

Monday, October 22, 2012

Men Capsule for men




Men Capsule


Fructus Saw Palmetto powder extract                 120 mg
Radix Muira Puama power extract                        60 mg
Radix Eurycoma Longifolia powder extract         60 mg
Pumpkin Seed powder extract                              30 mg
Fructus Tribulus Terretris powder extract          30 mg

 Registration Number:                    MAL 07031257 T

100 capsule per bottle
 W.M RM80.00, E.M RM84.00




 10 capsules x 3 blisters per box
 W.M RM35.00, E.M RM39.00

Company Name:
THOYYIB MARKETING SDN. BHD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...