Wednesday, November 14, 2012

Edisi Panas...!! Mufti Perlis letak jawatan...?






Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis telah mendapat berita dari sumber yang dipercayai bahawa Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal. SAMM Perlis juga difahamkan perletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.


Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan – asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.Apakah Baitulmal Perlis hanya membuat keuntungan di sebalik kutipan zakat yang diperolehi?

SAMM Perlis di sini ingin mendedahkan Laporan Audit Negara tahun ini telah meletakkan Majlis Agama Islam Perlis di tahap paling rendah berstatus hanya 2 bintang dari kalangan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan Perlis. Ini satu pencapaian dari pentadbir yang tidak cekap dan mungkin tidak amanah.

Saban tahun rakyat Perlis yang beragama Islam ikhlas membayar zakat kepada Baitulmal pastinya akan berasa kecewa melihat siri-siri penyelewengan wang zakat yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan mengikut hukum Islam. Bagi anak muda SAMM Perlis, menyalahgunakan wang zakat untuk kepentingan sendiri adalah sangat keterlaluan dan wajib disiasat.

Nampaknya, tidak banyak dapat diperkatakan lagi apabila Mufti sendiri pun sudah sampai  
ketahap kehabisan toleran tidak sanggup untuk berkompromi sehingga meletakkan jawatan.  SAMM Perlis memuji tindakkan Dr Juanda Jaya yang mengelak untuk bersubahat, namun menggesa Mufti Perlis membuat aduan agar wang zakat negeri Perlis selamat diagih kepada yang sepatutnya.

Baitulmal sebagai agensi di bawah MAIPs, justeru Kerajaan Negeri Perlis tidak dapat lari dari menjawab dakwaan penyelewengan wang zakat ini. Kertas Putih wajar dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis.

Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Perlis

Tuesday, November 13, 2012

Murtad....! apakah sekadar isu semasa?


 Menjentik akal warasmu......




Menurut sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes pemohonan untuk menukar status agama Islam (murtad) dari tahun 2000 hingga 2010 di Dewan Rakyat. Sejumlah 168 individu yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Itu yang diberitahu dan dilaporkan sedangkan yang tersembunyi entahkan beribu-ribu orang Islam telah pun murtad...
Apa peranan kita...? 
Renungkanlah Apostasy cases di atas.......Kembalilah daulah yang sengaja dipenjarakan. 
Allah pelihara negeri yang ada sedikit daulah ini walau para penguasa menzaliminya...



Saturday, November 10, 2012

Orang alim bercerita.....




Syeikh Abdul Karim al-Banjari

Syiekh pada satu ketika, baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya.


Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama’? Dengar kata beliau “mempergunakan al-Quran” untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham. sumber

Friday, November 9, 2012

Akui silap....FGVH






Kenyataan FGVH berikutan prestasi semasa saham yang tinggal RM4.61, telah diperingatkan ANAK dari awal lagi. Hujah banyak pokok tua, proses tanam semula dan persaingan dengan syarikat perladangan lain telah diulas oleh penganalisis ekonomi termasuk Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakob sejak cadangan penyenaraian FGVH melalui pembentangan bajet 7 okt 2011 oleh PM.

Adakah CEO FGVH, Dato' Sabri Ahmad baru sedar sekarang?
Mana perginya memorandum berpuluh mukasurat yang ANAK, Biro Felda PKR dan pihak2 lain berikan awal2 lagi mengenai risiko penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia?

ANAK buat laporan polis, laporan ke Suhakam, memo ke SKM, Suruhanjaya Securiti, Bank Negara dan menyerah secara tangan kpd Setiausaha Sulit Kanan PM di Putrajaya. Segala pandangan dikemukakan melalui forum, ceramah, dialog dan sidang media berbulan lamanya.

Injuksi di Mahkamah Tinggi Kuantan dan Temerloh juga dibuat. Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam sehari suntuk mendengar pandangan pakar2 berotoriti. Setahun kami turun padang beri penjelasan dan kesedaran mengenai bahaya penyenaraian FGVH.

Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai 2012 yang dihadiri 5 ribu rakyat antara kemuncak bantahan dan kebimbangan apa akan berlaku diatas risiko kegagalan penyenaraian FGVH. Kami mohon menghadap Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk menyampaikan pandangan agar pertimbangan Tuanku dan campurtangan Majlis Raja2 Melayu.

Mengapa harus diperjudikan nasib 112,635 peneroka yang mana 97 peratus adalah orang melayu?
Mengapa nak dikorbankan dan dicagarkan tanah seluas 360,000 hektar tanah Felda Plantation selama 99 tahun?

Hari ini saham dah merudum. Harga komoditi jatuh teruk. Saham Genting 407 juta unit dalam FGVH sudah diketahui umum. Baru sekarang mereka cipta alasan?

Bagaimana pinjaman saham peneroka dan Staf Felda?

Adakah situasi kejatuhan saham dan harga komoditi sesuatu yang normal dalam konteks pasaran terbuka dunia,sekadar untuk menyedapkan hati para peneroka?
Atau ianya suatu manipulasi dari sindiket membuat untung oleh pihak tertentu yang ada kaitan dengan pemimpin yang memerintah?
Sindiket ini bermaharajalela dengan peluang yang terbuka luas ekoran penyenaraian FGVH dan siapa yang mampu mengawalnya melalui persaingan terbuka dan liberal?

Dr Rosli Yaakob maklumkan kepada saya, dia akan dedah tidak lama sindiket membuat untung segera ini. Untung ini dinikmati orang2 licik yang dilindungi 'orang2 tertentu'.

Contoh terbaru berlaku kepada FELDA IFFCO OIL PRODUCT SDN BHD yang saya dedah minggu lalu. Padah bila kita hanya kejar untung dengan melanggar segala polisi dan prosedur.

Perdana Menteri, Ahmad Maslan, Isa Samad, Faizoull Ahmad dan Sabri Ahmad jangan cari alasan dan menuding jari bila berdepan situasi kritikal ketika ini.

Apapun yang bakal berlaku selepas ini, mereka2 ini mesti dipertanggungjawabkan!!!

Sunday, November 4, 2012

PHL in memory







Jika ingin melihat dan mendengar....scroll ke bawah sekali dan pause wcfm radio supaya tidak ada gangguan.

Friday, November 2, 2012

Cegah penyakit dengan berjalan....




Menurut sebuah penyelidikan, berjalan laju boleh mengurang 8 jenis penyakit berbahaya. Ini merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan senaman yang bertumpu pada kaki.



1. Serangan Jantung

Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koronari) agar dapat berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan kaki, kolesterol yang baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol tidak baik (LDL) akan meningkat.

2. Stroke

Dalam sebuah kajian yang dilakukan kepada 70 ribu jururawat di Harvard School of Public Health yang melakukan kegiatan berjalan kaki selama 20 jam seminggu semasa bekerja risiko mendapat stroke menurun sehingga 2/3.

3. Membakar Lemak

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme badan. Selain sejumlah kalori yang terbuang semasa aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang disimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian penambahan berat badan dapat dielakkan.

4. Melangsingkan Badan

Jika anda mempunyai berat badan lebih, mulakan rutin berjalan kaki. Pergerakan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terhakis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama satu jam sehari (berjoging lebih bagus, tapi jangan over sangat).


5. Kanser

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang boleh ditekan adalah jenis kanser usus (colorectal carcinoma). Pergerakan badan dapat melancarkan fungsi usus, termasuklah buang air besar dengan dan teratur. Kanser usus biasanya terjadi kerana menahan air besar dengan lama. Dalam sebuah kajian lain, berjalan kaki boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis

Sering berjalan kaki bukan hanya menyihatkan otot-otot di badan, tetapi rangka atau tulang anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Mencegah osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan pengambilan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerakan badan dan memerlukan masa paling kurang  15 minit di bawah sinaran matahari. 


7. Mencegah Kencing Manis

Dengan rutin jalan kaki sekitar 6 km per jam sekitar 50 minit, anda mampu melambatkan atau menghalang berkembangnya diabetes Type 2, terutamanya untuk mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Gula dalam darah boleh dikawal  dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya perlu berjalan kaki secara konsisten untuk terus menjaga kecergasan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. So, berjalan kakilah selalu agar anda tidak murung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...