Thursday, November 22, 2012

Produk Inovasi....madu tongkat ali.....!



JUALAN PRODUK

Penggemar madu asli dan madu campuran herba sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan boleh dapatkan di Ekspo Maha 2012 Serdang dari 23/11- 2/12/2012.
Booth 289 Marquee Tent.....



Photo: Madu Lebah Asli SABILA - 330 gm

Harga : RM30.00/botol

Madu Lebah Asli Sabila - 330g
Harga RM 30.00/botol

Photo: Madu Lebah  Tongkat Ali Pus SABILA - 120gm

Harga : RM15.00/botol

Madu Lebah plus Tongkat Ali Sabila - 120 g
Harga RM 15.00/botol

Bermula kemeriahan Ekspo MAHA 2012.....





Selamat Datang para pempamer dari seluruh negara.


Esok bermulanya kemeriahan segala aktiviti yang ada kat MAHA 2012.....
Hari ini segala persiapan perlu dibereskan....kepada usahawan negeri Perlis....Selamat Berkanival.

Jangan lupa temui kami di booth 289 Khemah Marquee Tent berdepan Agro Bazaar...dan dapat produk istimewa dari kami seperti Madu Sabila dan JEM CAFE.....Ayuhhhhh...!!! kita serbu...



Photo: Madu Lebah  Tongkat Ali Pus SABILA - 120gm

Harga : RM15.00/botol











Tuesday, November 20, 2012

Inilah suri hidupku.......Hairie Othman



Pelakon Hairie Othman telah selamat mengahkiri zaman dudanya.........Tahniah...! Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu. Baru ada semangat nak berjuang bila ada support kat belakang...he!..he!..



TAKBIRRRRRR...........!!!!

ALLAHUAKHBAR......



Azhar Sulaiman mengaku murtad.....?



Ekoran kenyataan akhbar Utusan Malaysia (tajuk utama) dan terpengaruhnya seorang artis ini telah membuatkannya hatinya bangang sebangang2nya....Apa dah jadi dengan ngko ni Azhar wooiii....ingat perkara murtad ni boleh dibuat lawak ker? Ngko ingat ngko sorang je ahli UMNO.....ada perkara boleh dilawakkan dan ada perkara yang tak boleh......akai ada kaaa! 




Sunday, November 18, 2012

MAHA 2012 kembali bertandang........




Ekspo Terbesar MAHA akan kembali.......Jom pakat pi ramai2 .........
Dijangkakan 3 juta pengunjung akan membanjiri ekspo terbesar ini. Bagi setiap pengusaha/usahawan kecil mahupun besar akan teruja dengan MAHA. Sebab....ekspo MAHA boleh buat duit....bukan duit saja bahkan bermacam2 jenis perniagaan akan anda lihat, jika anda berminat mencari 'bisness matching' di sinilah tempatnya, kalau anda berminat buat produk OEM, produk2 terbaru yg tiada di pasaran pun di sinilah anda akan jumpa dan terlalu banyak kelebihannya.....

Anda cuma perlu bekalkan diri anda wang dan tenaga yang kuat....kalau anda penyegan nak santai-santai saja anda mungkin terlepas peluang melihat keseluruhan ekspo ini. Saya cadangkan agar anda peruntukkan lebih masa di sini...mungkin 3 hingga 5 hari. Dalam Malaysia ni...bagi aku takde dah ekspo yg terbesar dan terseronok dari MAHA. Kepuasan pada pengunjung dan para pempamer. Para pengunjung akan seronok sebab macam2 ada dan para pempamer pulak kat sinilah skill marketing anda akan teruji dan bila pempamer dah boleh jual satu produk dia akan bersemangat nak tarik perhatian pengunjung....dan kita akan lihat bermacam2 skill marketing nanti. Besttttt!!!!!!. Kalau yang jenis kaki melantak pulak...kat sini segala makanan popular setiap negeri ada dijual.....Kalau nak tengok binatang ternakan saiz besor pun ada....kalau binatang pelik tu tak tau laa pulak.....Kalau nak tengok warisan melayu setiap negeri pun ada....anda boleh melawat rumah negeri, setiap rumah ada persembahan masing2. Peminat bunga pun boleh bertandang kat sini.....berpinar biji mata sebab semuanya cantik2. Penggemar buah- buahan pun tak ketinggalan bermacam2 jenis buah ada. Bukan setakat benda makan je ada kat sini....macam2 mesin seperti mesin buat kopi, packaging, mesin potong rumput, kereta alam sekitar dll.
Anda tak perlu bimbang atau takut tak dapat parking, kawasan parking luas dan ada pengangkutan akan bawa anda ke destinasi pilihan anda. Peminat muzik tak dilupakan...taktau laa tahun ni...tapi tahun 2010 ada konsert siang dan malam....

Aku cerita kat sini pengalaman aku masa tahun 2010 untuk 2012 mungkin ada perubahan dan mungkin lebih menarik lagi. Apapun nantikan saat dan waktunya...........

JUMPA DI SANA......!


Thursday, November 15, 2012

Maksud sebenar bertudung.....???


Seringkali kita mendengar ungkapan bertudung tapi bertelanjang....bukan tujuan nak meng'aib'kan cuma sekadar renungan bersama buat yang mahu berfikir.

Firman Allah.... "Wahai Nabi, suruhlah isteri- isterimu, anak- anak perempuanmu dan perempuan- perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik- baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al- Ahzab : 59)




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...