Tuesday, December 11, 2012

AWAS....! Penyangak kopi Radix




Amaran Kepada Penjual Kopi Radix Palsu


December 11, 2012
By 

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 29

Sekiranya tertangkapnya mereka yang menjual kopi palsu, mereka akan berhadapan dengan denda dan penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta  Perihal  Dagangan  1972 Section 3(1) (b).



Tindakan bersepadu antara leader dan Jabatan Perundangan HPAIC untuk operasi HAPUS ini merupakan gerak kerja terancang untuk membuktikan bahawa kita serius menangani isu ini. Sebelum ini tindakan kepada syarikat yang menggunakan nama RADIX  telah mengheret 4 syarikat besar ke mahkamah dan ada yang masih di dalam proses perbicaraan.
Kali ini berbeza dengan kes kopi yang menggunakan nama RADIX kerana kumpulan ini bersembunyi dengan label RADIX yang asli. Mereka menipu sehingga sukar dikesan oleh pelanggan dan pekedai.
Satu hal yang lain pekedai juga tidak ambil peduli apakah itu kopi asli atau kopi palsu asalkan mereka ditawarkan dengan  harga yang murah. Bagi HPA walau apapun jalan sukar yang bakal ditempuhi kita tetap meneruskan perjuangan ini kerana inilah maruah diri dan perjuangan. Pihak HPA akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNK untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci untuk mengenalpasti kilang-kilang haram yang beroperasi.
Serbuan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bersama pihak MEDIA. Seramai 17 orang ahli Majlis Perundingan Bersama telah hadir mewakili semua ahli MPB yang telah berjanji untuk hadir namun begitu ianya tidak akan menjejaskan operasi HAPUS ini. Terima kasih kepada semua yang telah berani untuk berada di saf paling hadapan mempertahankan HPA. Nama dan jasa baik tuan puan akan disenaraikan dalam pahatan sejarah perjuangan ini. InsyaAllah.

*** Kat Perlis dah banyak dah......kopi tiru ni masuk pasaran...aku dah cuba rasa krimer tu berbau hamis macam bau kambing. Sebelum bancuh cuba cium dulu, kalau berbau tengit tu...sah kopi tiru.....kat market Kangar ada jual. Nak tahu sapa yang jual periksa sendiri sebab aku dapat maklumat dari pekedai. Pihak HPA tolong buat kerja ni bersungguh...depa ni tak kacau kedai makan, depa masuk kedai pemborong.

Saturday, December 8, 2012

Black Ivory , kopi berak gajah....






Jika Indonesia terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang, Thailand pula mulai terkenal dengan kopi yang dihasilkan menerusi najis gajah.

Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory. 

Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.


Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.


Gajah-gajah itu memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.


Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia.


Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.


Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).


Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit.
















Friday, December 7, 2012

Wanita...sedarilah status anda...!




Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami. Kebanyakkan wanita bekerjaya selalu menghadapi situasi atau dilema bagaimana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Segalanya terletak di sanubari wanita tersebut sejauh mana dia menerima tanggungjawabnya terhadap keluarga, suami dan kerjaya. 

Wanita bekerjaya selalunya akan melebihkan masa untuk kerjayanya berbanding masa yang diperuntukkan untuk keluarga dan suaminya. Apalagi jika wanita itu mempunyai kepentingan dalam sebuah jabatan atau organisasi. Hal yang demikian menuntut pasangannya agar bertolak ansur dan bertoleransi. Bayangkan dari pagi hingga petang, masa dihabiskan untuk kerjaya dan apabila pulang tentulah memenatkan fizikal dan emosi. Sampai di rumah tentulah memerlukan masa rehat untuk diri sendiri setelah penat bekerja seharian. Apakah situasi ini akan mengekalkan kebahagian sesebuah kehidupan berumahtangga? Apakah tanggungjawab mencari nafkah telah menjadi kewajiban pada wanita? Bukankah pada awalnya sumbangan wanita untuk bekerja sekadar meringankan bebanan mencari nafkah suami? Percaya atau tidak situasi ini sebenarnya hanya kosmetik pada sebuah kebahagian rumahtangga.

Setiap pasangan perlu sedar akan tanggungjawab masing- masing, jika salah seorang abaikan peranannya dalam sebuah rumahtangga akan menjadi konflik yang parah. Wanita ini jika diberikan peluang dan ruang sebaiknya manfaatkanlah dengan hati yang ikhlas bukan bila sudah mempunyai pendapatan yang besar terus angkuh dan bangga diri. Wanita ini dijadikan dari rusuk yang bengkok dan jangan dibiarkan terus bengkok dan jangan pula diluruskan dengan kekerasan. Dan jangan jadikan peluang yang diizinkan untuk mengugut pasangan agar patuh dan mengikut karenah anda sahaja dan ingatlah.....setinggi mana pun anda, anda tetap berada di belakang suami anda. 

***Ingatan pada wanita/isteri yang sering culas akan tanggungjawabnya. 

Seorang isteri tentulah mempunyai tanggungjawab dan kewajipan terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."            (Riwayat Bazar dan al-Hakim)


Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."                                                                                                           
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.


*Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:


Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."                                                                      
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Riwayat Muslim)


Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."


Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."       
(Riwayat Ibnu Majah)


Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."                                                          
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali." (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."                                                                      
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."      
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini sengaja diabaikan dan menggambarkan situasi yang sering berlaku di mana peranan seorang isteri seringkali memberi alasan letih, mengantuk dan seribu alasan apabila diajak bersama. Kalau pun bersama dengan sikap acuh tak acuh dan tidak bersemangat.


Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Tuesday, December 4, 2012

4 pemimpin rugged....!



Aku begitu tertarik dengan gambar ni....


Apa yang terlintas dalam fikiran anda?

Saturday, December 1, 2012

Menahan kencing dan kesannya....!




Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.


Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Wednesday, November 28, 2012

Meriahnya MAHA Ekspo.....Marquee Tent ada cerita.

 Cerita di Khemah Marquee Tent....

Cerita semalam biarkan berlalu...kita mulakan yang baru....tak usah dikenangkan...heh hehe....!
Hari ini hari yang ceria...lihat pada pempamer begitu teruja...bersemangat...tahniah dan selamat berjaya.....

Jangan lupa booth 289..... macam2 ada. Sabun ada, air misai kucing, minyak kelapa dara, minuman tenaga ada, kopi kawe, kopi JEM, madu ada dan banyak lagi.....moh kita.....kita serbu.

 Kalau tak jumpa booth kami telefon BOSS kami....Marzuqi- 017-7566558
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...