Sunday, December 16, 2012

JEM Cafe ada kelebihan....



Jom....sihat bersama JEM Cafe...




Ada orang berkata...! untuk tentukan seseorang itu sihat atau tidak melalui warna air kencingnya, kalau kencingnya berwarna kuning berkilat....insyaAllah orang itu sihat dan kalau warnanya bukan kuning berkilat orang itu tidak sihat dalamannya.
Jika anda rasa pendapat di atas ada benarnya maka saya sarankan produk ini boleh membantu anda menstabilkan kesihatan anda. Jika anda amalkan JEM Cafe anda akan lihat perubahan pada air kencing anda. Perubahan ketara jika anda mengamalkan kopi ini adalah anda akan mudah membuang air besar dan air kecil, anda akan rasa kenyang dan jika wanita minumlah sewaktu hujung period, anda akan lihat perubahan seperti rahim anda dicuci. Tak percaya.....? macamana nak percaya...jika anda belum minum lagi.
Tawaran hujung tahun pada harga rendah RM 20.00 sahaja.
Untuk buat biz....sms saja atau emel...ok...jangan tunggu......cepatttt....

Kopi terlaris.........



Antara kopi pracampuran yang dalam ranking teratas untuk jualan di Utara Malaysia (Kedah/Perlis).

1- Kopi Pracampuran LARAT keluaran IFOLIA SDN BHD (Wetra Group).



2- Kopi Pracampuran RADIX keluaran HPA


3- Kopi King Herbs (KH Kopi) coklat keluaran Bakti Ikhlas


Ukuran ini hanya dikira pada setiap kedai makan, restoran, warung pacak, mini market, kedai borong, pasaraya, kafeteria dan kedai 24 jam. 
Kopi Larat dan kopi Radix dikatakan kembar dan menjadi produk wajib pada setiap kedai makan bahkan ianya menjadi menu utama minuman sama seperti teh, kopi dan milo. Kedai makan yang baru dibuka pasti ada kopi Larat dan kopi Radix sebab kedai2 borong turut menjual kopi ini dan ianya mudah didapati.
Nisbah untuk kopi Larat dengan kopi Radix 4:1.

Kopi KH coklat sudah banyak berada di kedai makan, mini market, pasaraya, kedai 24 jam, warung pacak, restoran dan kafeteria tetapi belum menyeluruh dan masih banyak lagi kedai2 yang tak ada kopi KH. Kedudukan KH kopi coklat sama seperti kopi Kawelite khususnya di Perlis.



Thursday, December 13, 2012

Inginkan isteri dan wang ..?



Hamas Beri Tiga Ribu Dollar Bagi Orang yang Menikahi Janda Palestin






Palestin- Gerakan mujahidin Hamas menawarkan wang tunai sebanyak tiga ribu dollar bagi setiap orang yang mahu menikahi wanita janda yang ditinggal syahid (insya Allah) oleh suaminya akibat terbunuh bertempur dgn tentera zionis Yahudi.

Tawaran itu diberikan oleh Hamas guna meringankan beban para wanita janda. Setelah menikah, suami yang baru diharapkan dapat meringankan beban hidupnya dan menjaga keluarganya. Hal itu sebagaimana diungkapkan oleh situs rasmi Hamas dan dikutip oleh situs Almokhtsar.


Amacam....! ada mau kaa....?
kalau anda teringin nak nikah dengan janda Palestin...jangan lupa borong kopi jantan tradisional herbs bebanyak...ok.!


Sukar dapatkan KH kopi.....?






Siapa pun anda......jika anda pernah mendengar, ambil tahu atau pernah minum kopi KH dan ada kesan kesembuhan dan keringanan  pada tubuh selepas minum, apalagi jika anda menderita diabetes kronik akan kesan kesembuhan tetapi agak sukar mendapatkan bekalan.

Kini anda  tak perlu risau, dapatkan terus dari kami melalui penghantaran terus ke tempat anda. Dapatkan info melalui sms tentang harga, setelah dipersetujui masukkan sejumlah amaun ke dalam akaun bank dan proses penghantaran akan dilakukan.

Anda ragu-ragu atau tak percaya? Saya faham masalah anda, mungkin anda fobia atau pernah terkena. Apa pun anggapan anda, dengan pembelian terus melalui kami...insyaAllah .....akan dipermudahkan.

Jika anda......berada di......! 

Bintulu, Sarawak hubungi  En. Razali Sudin tel- 019 8385131

Kulim, Kedah hubungi En. Rokaid. tel- 019 4948128

Dungun, Terengganu hubungi Pn. Siti Akashah. tel- 013 9938564/ 09 8221951

Pendang, Kedah dapatkan di Pasaraya Kota tel- 012 4888518

Seremban 2, N. Sembilan hubungi En. Rizal. tel- 012 6052116

Perlis- Safiee @ Matt- tel 019 4472714 penghantaran terus       ke lokasi anda.

Cepatttttt...call....calll....!!



Tuesday, December 11, 2012

AWAS....! Penyangak kopi Radix




Amaran Kepada Penjual Kopi Radix Palsu


December 11, 2012
By 

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 29

Sekiranya tertangkapnya mereka yang menjual kopi palsu, mereka akan berhadapan dengan denda dan penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta  Perihal  Dagangan  1972 Section 3(1) (b).



Tindakan bersepadu antara leader dan Jabatan Perundangan HPAIC untuk operasi HAPUS ini merupakan gerak kerja terancang untuk membuktikan bahawa kita serius menangani isu ini. Sebelum ini tindakan kepada syarikat yang menggunakan nama RADIX  telah mengheret 4 syarikat besar ke mahkamah dan ada yang masih di dalam proses perbicaraan.
Kali ini berbeza dengan kes kopi yang menggunakan nama RADIX kerana kumpulan ini bersembunyi dengan label RADIX yang asli. Mereka menipu sehingga sukar dikesan oleh pelanggan dan pekedai.
Satu hal yang lain pekedai juga tidak ambil peduli apakah itu kopi asli atau kopi palsu asalkan mereka ditawarkan dengan  harga yang murah. Bagi HPA walau apapun jalan sukar yang bakal ditempuhi kita tetap meneruskan perjuangan ini kerana inilah maruah diri dan perjuangan. Pihak HPA akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNK untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci untuk mengenalpasti kilang-kilang haram yang beroperasi.
Serbuan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bersama pihak MEDIA. Seramai 17 orang ahli Majlis Perundingan Bersama telah hadir mewakili semua ahli MPB yang telah berjanji untuk hadir namun begitu ianya tidak akan menjejaskan operasi HAPUS ini. Terima kasih kepada semua yang telah berani untuk berada di saf paling hadapan mempertahankan HPA. Nama dan jasa baik tuan puan akan disenaraikan dalam pahatan sejarah perjuangan ini. InsyaAllah.

*** Kat Perlis dah banyak dah......kopi tiru ni masuk pasaran...aku dah cuba rasa krimer tu berbau hamis macam bau kambing. Sebelum bancuh cuba cium dulu, kalau berbau tengit tu...sah kopi tiru.....kat market Kangar ada jual. Nak tahu sapa yang jual periksa sendiri sebab aku dapat maklumat dari pekedai. Pihak HPA tolong buat kerja ni bersungguh...depa ni tak kacau kedai makan, depa masuk kedai pemborong.

Saturday, December 8, 2012

Black Ivory , kopi berak gajah....






Jika Indonesia terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang, Thailand pula mulai terkenal dengan kopi yang dihasilkan menerusi najis gajah.

Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory. 

Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.


Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.


Gajah-gajah itu memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.


Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia.


Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.


Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).


Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...