Monday, December 24, 2012

Felda...! buatlah sesuka hatimu....




Lantak lah • Tak kisah la ape nak jadi • Nasihat sudah • Cakap baik2 pun sudah • Sindir2 sudah • Tegur pun dah banyak kali.....


Nampaknya perwakilan KPF dah siap sedia menerima keputusan Mesyuarat semula 27 disember ini. 

Arahan Faizol kepada pengurus2 bawak perwakilan kena patuh, kalau tak ikut, alamatnya pengurus akan ditukar atau dipindahkan jauh2. Perwakilan mesti dengar arahan Faizol. Kena sokong agenda mesyuarat. 


Ada wilayah dah buat taklimat tertutup dengan pengurus. Ada yang akan buat taklimat dalam bas atau saat2 akhir atau perjalanan ke KL atau bila menginap di hotel. Mungkin ada taklimat khas di hotel.

Ada pengurus yang serba salah, kerana terpaksa mengkhianati ahli KPF/peneroka, tetapi terpaksa ikut arahan Datuk Faizol bila mesyuarat nanti, Ahli lembaga lama tak mungkin hadir sebab jurucakap yg diupah seperti Samsudin dan Wakil Wilayah dah siap sedia untuk bercakap dan menghentam serta mengaibkan barisan Ahli Lembaga lama.

• Dah pasti akan ada kumpulan sorak dan boo sesiape yg membantah.
• Dah pasti ada yang mencelah kalau ada sesiapa yg tak sokong. Macam taklimat FGV dulu.
• Dah siap sedia soalan rekaan untuk ditanya.
• Dah ada soalan provokasi.
• Akan ada risalah yang burukkan Ahli Lembaga lama.
• Dah pasti akan ada pengintip dan pengedar risalah dimasukkan dalam surat kabar. Itu semua sudah dijangka. Mungkin ada elaun khas yg Faizol arahkan kepada pengurus.



Pada 27hb nanti, Pegawai yang terpilih dan didatangkan khas dari SKM akan kendalikan mesyuarat.

SKM ape kisah belanja lebih setengah juta lagi dari duit ahli untuk kos mesyuarat semula ini.
• Kalau perwakilan kpf rasakan 3 jawatan utama nak serah pada Faizol, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan nak tolak pindaan undang2 yang menghalang Isa Samad jadi ahli KPF, silakan.
• Kalau perwakilan dah redha nak serahkan ekuiti KPF 22% kepada FGV, silakan.
• Kalau perwakilan dah siap sedia terima kemasukan Isa Samad jadi ahli, silakan.
• Kalau perwakilan dah fikir masak2 yg KPF selamat dibwah Isa Samad, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan nak jadi contoh macam koperasi2 di N. Sembilan 'makmur dan maju' masa Isa jadi MB, ok la.. teruskan.
• Kalau perwakilan dah redha masa depan KPF lebih baik dan terjamin dibawah Faizol Ahmad dan Isa Samad, teruskan lah sokong.
• Kalau perwakilan mahukan KPF dibawah naungan FGV, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan KPF patut tolong perniagaan FGV yg makin tenat, silakan.

Yang pasti selepas Mesyuarat Agong semula pada 27 disember ini, saya dan kawan2 sudah bertekad untuk mengeluarkan saham dalam KPF. Tinggalkan hanya mininum untuk terus jadi ahli. Mane lah tahu... satu hari nanti Isa Samad akan lari dan bungkus pejabat? Sabri akan letak jawatan? Faizol ditangkap SPRM? ....... Wallahualam

baca2 utk pengetahuan.....setakat info wallahualam...sama2 berdoa agar KPF selamat..

sumber;rojakpasembor

Jebat....amuk Jebat...!



JUALAN

Satu lagi produk keluaran usahawan Negeri Perlis. Kopi Jebat.

Kopi Jebat dengan 7 herba pilihan. Dapat sekarang......!



RM 22.00 sepapan







Sunday, December 23, 2012

Bila si Gila meroyan...


Siapakah wanita ini.....apakah keturunannya...? apakah agamanya..? Siapakah yang akan ambil tanggungjawab untuk mengekang fitnah, cacian dan hinaan yang sebegini dahsyat?

Wednesday, December 19, 2012

Tip Sihat- Periksa denyut nadi...







TIPS KESIHATAN – KADAR DENYUTAN NADI ANDA ( WAJIB TAHU)    

KLASIFIKASI SKOR KADAR NADI REHAT
Bagi individu yang aktif, sihat, dan tinggi tahap kecergasannya mempunyai kadar nadi rehat yang rendah. Kadar nadi rehat ini boleh diambil sebaik sahaja bangun daripada tidur tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain walaupun memberus gigi. Kadar nadi rehat yang rendah bermakna jantung tidak banyak bekerja semasa kita tidur. Sebaliknya bagi mereka yang tidak sihat, jantungnya masih perlu bekerja keras walaupun sedang berehat dan tidur, apatah lagi semasa bekerja. Bagi menentukan seseorang itu sihat atau sebaliknya, berikut dinyatakan klasifikasi skor kadar nadi rehat individu:


STATUS
KADAR NADI REHAT(denyutan seminit)
Cemerlang (excellent)
50 dan kurang
Bagus (good)
51 – 69
Pertengahan (average)
70 – 79
Sederhana (fair)
80 – 89
Buruk (poor)
Melebihi 89


Individu yang sihat jantungnya adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sangat aktif dalam melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kadar nadi rehat bagi seorang atlet yang betul-betul cergas dan mempunyai jantung yang sihat akan menunjukkan bacaan sekitar 30 – 40 denyutan seminit. Dengan kata lain, semakin sihat jantung kita semakin rendah kadar nadi rehat kita.

1.5 PENGUKURAN TEKANAN DARAH
Setiap individu boleh melakukan pengukuran dan penilaian tahap kesihatan dan kecergasan mereka melalui tahap tekanan darah masing-masing. Klasifikasi skor tekanan darah membantu seseorang untuk berwaspada sekiranya skor tekanan darah mereka tinggi dan berusaha melakukan aktiviti fizikal yang lebih berkesan seandainya skor tekanan darah mereka rendah. Anda boleh merujuk jadual skor tekanan darah di bawah untuk menentukan sama ada tekanan darah anda tinggi atau rendah.

SKOR
(tekanan darah) KLASIFIKASI
NILAI (mmHg)
Sistolik
Bagus
Sederhana
Tinggi
Kurang daripada 116
116 – 140
Melebihi 140
Distolik
Bagus
Sederhana
Tinggi
Kurang daripada 80
80 – 90
Melebihi 90

Bagi setiap individu, tekanan darah dikatakan berada dalam keadaan baik/bagus apabila sistolik (keadaan semasa jantung menguncup untuk mengepam darah) menunjukkan bacaan < 116 mmHg (millimeter of mercury) dan sederhana pada bacaan antara 116 hingga 140 mmHg, dan tekanan darah dianggap tinggi apabila sistoliknya menunjukkan bacaan melebihi 140 mmHg. Begitulah juga dengan bacaan pada distolik (keadaan di mana jantung kembali normal selepas mengepam darah) seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual tersebut.



P/s : 
  • Cara paling mudah nak tahu tekanan darah anda ialah dengan pergi ke farmasi, diaoarang boleh catatkan tekanan darah anda. Buatlah catatan untuk rekod.
  • Darah tinggi adalah merupakan gejala atau petanda awal bagi penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti stroke (angin ahmar),  penyakit buah pinggang dan sakit jantung. Jadi awasi tekanan darah anda.
  • Pastikan skor atau bacaan tekanan darah anda di tahap terbaik untuk mencegah penyakit merbahaya tersebut.
  • Untuk  kira nadi rehat anda boleh mengira sendiri dengan menekan nadi di pergelangan tangan sambil melihat masa seminit. Denyutan perlahan  (di bawah 50 seminit) adalah terbaik.

Tuesday, December 18, 2012

Kopi Power....! beli sikit dulu....


***5/1/2013***
Banyak sungguh pertanyaan tentang kopi jantan ni...boleh dikatakan setiap minggu ada panggilan dan sms. Pembelian 'online' pun alhamdulillah...banyak permintaan dari luar. Permintaan untuk trial ( 5 & 10 sachet) dah pun ada pembeli. Dengan pembelian 10 sachet anda boleh gunakan untuk tempoh lama dan cuba bayangkan anda boleh gunakan 1 sachet untuk 3-4 kali minum atau anda campurkan dalam minuman lain. Jika anda ada masalah jantung anda dinasihatkan tidak menggunakan/minum kopi ini. Anda tak rugi sekiranya anda mahu mencuba kelainan dan kehebatannya. Cubalah dapatkan segera.....jangan lupa hantarkan sms anda ke talian 019- 4472714.


Bagi sesiapa yang pernah mendengar cerita dari kawan2 atau sesiapa saja akan kehebatan kopi ini dan teringin merasai kehebatannya tetapi anda takut hendak mencubanya mungkin harga yang mahal atau mungkin anda takut tak berbaloi dengan kesannya. Kini anda tak perlu bimbang, anda boleh dapatkan atau beli sikit2 dari kami.








PERHATIAN....!

Jualan persachet dibuka sekarang.

Sepapan ( 20 sachet) berharga RM 80.00 tak termasuk pos.

Untuk percubaan boleh beli minima 5 sachet - 5 x RM 5.00 = RM 25.00+RM 5.00 (pos) = RM 30.00
10 sachet - 10 x RM 4.50 = RM 45.00+ RM 5.00 (pos) = RM 50.00

Call me...call me....sms...sms....





 




Pertemuan 2 hamba yang ikhlas...





Alhamdulillah Allah memberi kesempatan dua tokoh ulama bertemu anatara Syeikh Ali As Soubuni berusia 83 tahun bersama Tn Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun .

Dikesempatan saya bersama Tn Guru Hj Salleh , Syeikh Muslim dan sahabat Pondok Ar Rahmaniah Sik saya ingin kongsi cerita manis untuk menafaat bersama .

Walaupun Tn Guru Hj Salleh Musa dan Syeikh Muslim padat dengan jadual dakwah tetapi apabila mengetahuai ada pihak mengatur pertemuan antara Tn Guru Hj Salleh bersama Syeikh Ali As Soubuni pada jam 12.30 tengahari maka takdir Allah Tn Guru setuju untuk ke Sungai Petani untuk menemui Syeikh Ali Soubuni di Hotel.


Jam 6.30 petang takdir Allah barulah bertemu dua permata ini .

Syeikh Ali sedang tunggu Tn Guru di kamar hotel beliau. Pertemuan singkat  tetapi penuh bermakna buat dua permata ini .

Syeikh Ali As Soubuni menceritakan kisah pengalaman beliau dan bertukar pandangan bersama Tn Guru Hj Salleh . Mereka masing-masing menceritakan pengelaman belajar dan sebagainya .
Setelah itu Syeikh Ali mula buka isu Syria

Katanya :

"Siapa yang sokong Basyar Assad atau sayang Basyar maka dia akan bersama Basyar Assad dalam Neraka "

Syeikh Ali cerita dengan nada sedih dan nada sangat tegas memarahi Basyar menzalimi rakyat .
Ramai ulama dan rakyat terbunuh . Hampir 50 ribu telah dibunuh oleh Basyar. Presiden yang menganut fahaman Syiah .

Syeikh Ali As Soubuni telah ditawar oleh Basyar Assad supaya Syeikh pulang dari Saudi  untuk tenteramkan rakyat Syria , Syeikh ditawarkan keistimewaan oleh Basyar tetapi beliau berkata 
" Boleh aku pulang ke Syria dengan syarat aku dapat berdepan dengan Basyar dan aku akan kata padanya (Basyar ) kamu zalim , kamu pengkhianat agama dan rakyat"

Syeik mengatakan wajib berjihad menentang Basyar kerana Basyar membunuh dan menzalimi rakyat Syria .

Haram bersama orang zalim, wajib menentang kemungkaran..



Selain itu Syeikh berpesan kepada kami murid Tn Guru Hj Salleh .Syeikh berkata

" Kamu semua mesti ada niat untuk berjuang dan mati syahid , jika ada niat walaupun kamu mati ditempat tidur kamu kamu akan dapat pahala syahid "

Tn Guru sangat kagum dengan ketokohan Syeikh Ali As Soubuni... 
Tn Guru berkata..

"Syeikh Ali As Soubuni adalah ulama yang ikhlas , ulama yang beramal dengan ilmu dan memiliki karamah , dan Tn Guru Hj Salleh Musa berkata Syeikh Ali As Soubuni merupakan seorang wali ..."

Tn Guru Hj Salleh menceritakan hal ini berkali-kali dalam kuliah umum di Pondok Ar Rahmaniah

Tn Guru menceritakan pengalaman beliau bersama Syeikh Ali ada pekara pelik yang Allah tunjuk kepada Tn Guru , Masyallah ....Inilah kelebihan ulama yang ikhlas dengan ilmu dan berjuang demi agama

sumber;kedahlanie 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...