Tuesday, December 25, 2012

Askar wanita cun.......

Hanya di Ukraine.....



Askar- askar wanita Ukraine bukan sahaja cantik, malah mereka dibenarkan memakai alat solek agar sentiasa kelihatan cantik walaupun ketika berada dalam latihan mahupun di medan perang.














Setiap tahun pasukan tentera Ukraine mengadakan pertandingan Ratu Cantik ' Miss Trooper'. Pemilihan peserta ratu cantik bukan sahaja dipilih berdasarkan rupa paras serta bentuk badan, mereka juga perlu ada kemahiran dan cekap mengendalikan senjata seperti pistol, senjata berat, mengendalikan kereta perisai dan senjata berteknologi tinggi.








Adakah mereka akan berputus asa...?


Terkini...!
Cubaan untuk kali ini gagal.....apakah ada episod seterusnya....

klik link ini....
Adakah mereka akan berputus asa...? 

klik link ini....

Mahkamah Tinggi batalkan AGM KPF 27 Dis

Monday, December 24, 2012

Felda...! buatlah sesuka hatimu....




Lantak lah • Tak kisah la ape nak jadi • Nasihat sudah • Cakap baik2 pun sudah • Sindir2 sudah • Tegur pun dah banyak kali.....


Nampaknya perwakilan KPF dah siap sedia menerima keputusan Mesyuarat semula 27 disember ini. 

Arahan Faizol kepada pengurus2 bawak perwakilan kena patuh, kalau tak ikut, alamatnya pengurus akan ditukar atau dipindahkan jauh2. Perwakilan mesti dengar arahan Faizol. Kena sokong agenda mesyuarat. 


Ada wilayah dah buat taklimat tertutup dengan pengurus. Ada yang akan buat taklimat dalam bas atau saat2 akhir atau perjalanan ke KL atau bila menginap di hotel. Mungkin ada taklimat khas di hotel.

Ada pengurus yang serba salah, kerana terpaksa mengkhianati ahli KPF/peneroka, tetapi terpaksa ikut arahan Datuk Faizol bila mesyuarat nanti, Ahli lembaga lama tak mungkin hadir sebab jurucakap yg diupah seperti Samsudin dan Wakil Wilayah dah siap sedia untuk bercakap dan menghentam serta mengaibkan barisan Ahli Lembaga lama.

• Dah pasti akan ada kumpulan sorak dan boo sesiape yg membantah.
• Dah pasti ada yang mencelah kalau ada sesiapa yg tak sokong. Macam taklimat FGV dulu.
• Dah siap sedia soalan rekaan untuk ditanya.
• Dah ada soalan provokasi.
• Akan ada risalah yang burukkan Ahli Lembaga lama.
• Dah pasti akan ada pengintip dan pengedar risalah dimasukkan dalam surat kabar. Itu semua sudah dijangka. Mungkin ada elaun khas yg Faizol arahkan kepada pengurus.



Pada 27hb nanti, Pegawai yang terpilih dan didatangkan khas dari SKM akan kendalikan mesyuarat.

SKM ape kisah belanja lebih setengah juta lagi dari duit ahli untuk kos mesyuarat semula ini.
• Kalau perwakilan kpf rasakan 3 jawatan utama nak serah pada Faizol, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan nak tolak pindaan undang2 yang menghalang Isa Samad jadi ahli KPF, silakan.
• Kalau perwakilan dah redha nak serahkan ekuiti KPF 22% kepada FGV, silakan.
• Kalau perwakilan dah siap sedia terima kemasukan Isa Samad jadi ahli, silakan.
• Kalau perwakilan dah fikir masak2 yg KPF selamat dibwah Isa Samad, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan nak jadi contoh macam koperasi2 di N. Sembilan 'makmur dan maju' masa Isa jadi MB, ok la.. teruskan.
• Kalau perwakilan dah redha masa depan KPF lebih baik dan terjamin dibawah Faizol Ahmad dan Isa Samad, teruskan lah sokong.
• Kalau perwakilan mahukan KPF dibawah naungan FGV, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan KPF patut tolong perniagaan FGV yg makin tenat, silakan.

Yang pasti selepas Mesyuarat Agong semula pada 27 disember ini, saya dan kawan2 sudah bertekad untuk mengeluarkan saham dalam KPF. Tinggalkan hanya mininum untuk terus jadi ahli. Mane lah tahu... satu hari nanti Isa Samad akan lari dan bungkus pejabat? Sabri akan letak jawatan? Faizol ditangkap SPRM? ....... Wallahualam

baca2 utk pengetahuan.....setakat info wallahualam...sama2 berdoa agar KPF selamat..

sumber;rojakpasembor

Jebat....amuk Jebat...!



JUALAN

Satu lagi produk keluaran usahawan Negeri Perlis. Kopi Jebat.

Kopi Jebat dengan 7 herba pilihan. Dapat sekarang......!



RM 22.00 sepapan







Sunday, December 23, 2012

Bila si Gila meroyan...


Siapakah wanita ini.....apakah keturunannya...? apakah agamanya..? Siapakah yang akan ambil tanggungjawab untuk mengekang fitnah, cacian dan hinaan yang sebegini dahsyat?

Wednesday, December 19, 2012

Tip Sihat- Periksa denyut nadi...







TIPS KESIHATAN – KADAR DENYUTAN NADI ANDA ( WAJIB TAHU)    

KLASIFIKASI SKOR KADAR NADI REHAT
Bagi individu yang aktif, sihat, dan tinggi tahap kecergasannya mempunyai kadar nadi rehat yang rendah. Kadar nadi rehat ini boleh diambil sebaik sahaja bangun daripada tidur tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain walaupun memberus gigi. Kadar nadi rehat yang rendah bermakna jantung tidak banyak bekerja semasa kita tidur. Sebaliknya bagi mereka yang tidak sihat, jantungnya masih perlu bekerja keras walaupun sedang berehat dan tidur, apatah lagi semasa bekerja. Bagi menentukan seseorang itu sihat atau sebaliknya, berikut dinyatakan klasifikasi skor kadar nadi rehat individu:


STATUS
KADAR NADI REHAT(denyutan seminit)
Cemerlang (excellent)
50 dan kurang
Bagus (good)
51 – 69
Pertengahan (average)
70 – 79
Sederhana (fair)
80 – 89
Buruk (poor)
Melebihi 89


Individu yang sihat jantungnya adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sangat aktif dalam melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kadar nadi rehat bagi seorang atlet yang betul-betul cergas dan mempunyai jantung yang sihat akan menunjukkan bacaan sekitar 30 – 40 denyutan seminit. Dengan kata lain, semakin sihat jantung kita semakin rendah kadar nadi rehat kita.

1.5 PENGUKURAN TEKANAN DARAH
Setiap individu boleh melakukan pengukuran dan penilaian tahap kesihatan dan kecergasan mereka melalui tahap tekanan darah masing-masing. Klasifikasi skor tekanan darah membantu seseorang untuk berwaspada sekiranya skor tekanan darah mereka tinggi dan berusaha melakukan aktiviti fizikal yang lebih berkesan seandainya skor tekanan darah mereka rendah. Anda boleh merujuk jadual skor tekanan darah di bawah untuk menentukan sama ada tekanan darah anda tinggi atau rendah.

SKOR
(tekanan darah) KLASIFIKASI
NILAI (mmHg)
Sistolik
Bagus
Sederhana
Tinggi
Kurang daripada 116
116 – 140
Melebihi 140
Distolik
Bagus
Sederhana
Tinggi
Kurang daripada 80
80 – 90
Melebihi 90

Bagi setiap individu, tekanan darah dikatakan berada dalam keadaan baik/bagus apabila sistolik (keadaan semasa jantung menguncup untuk mengepam darah) menunjukkan bacaan < 116 mmHg (millimeter of mercury) dan sederhana pada bacaan antara 116 hingga 140 mmHg, dan tekanan darah dianggap tinggi apabila sistoliknya menunjukkan bacaan melebihi 140 mmHg. Begitulah juga dengan bacaan pada distolik (keadaan di mana jantung kembali normal selepas mengepam darah) seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual tersebut.



P/s : 
  • Cara paling mudah nak tahu tekanan darah anda ialah dengan pergi ke farmasi, diaoarang boleh catatkan tekanan darah anda. Buatlah catatan untuk rekod.
  • Darah tinggi adalah merupakan gejala atau petanda awal bagi penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti stroke (angin ahmar),  penyakit buah pinggang dan sakit jantung. Jadi awasi tekanan darah anda.
  • Pastikan skor atau bacaan tekanan darah anda di tahap terbaik untuk mencegah penyakit merbahaya tersebut.
  • Untuk  kira nadi rehat anda boleh mengira sendiri dengan menekan nadi di pergelangan tangan sambil melihat masa seminit. Denyutan perlahan  (di bawah 50 seminit) adalah terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...