Sunday, January 6, 2013
Gejala sakit kepala....
Ramai diantara kita dah biasa mengalami sakit kepala dan mungkin ada sesetengahnya tak tau sakit kepala banyak jenis.
Antara jenis sakit kepala.
1. Sakit Kepala Yang TegangMerupakan sakit kepala yang sering dialami orang ramai dan dianggap biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan pesakit akan terasa sakit sangat-sangat pada waktu pagi. Sakit ini terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.2. MigrainIa merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
- Migran klasik – Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh “aura” – kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.
- Migran biasa – lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
- Bentuk migran lain yang lebih jarang Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.3. Sakit Kepala BerkelompokIa mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.5. Penigkatan Tekanan Pada OtakTekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.6. Keradangan Pada Selaput OtakIa mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian KepalaIni mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.9. Penyakit TelingaPenyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.10. Penyakit-penyakit Mata Dan OrbitTumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.11. Punca Toksik Dan MetabolikJangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Faktor-faktor dan pencetus sakit kepala.
- Stres
- Corak tidur yang berubah
- Alkohol
- Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
- Cahaya yang terang
- Kelaparan
- Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
- Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
- Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
- Ubat-ubat tertentu – runding dengan pegawai farmai anda
- Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
- Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap
Bagaimana cara untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang menyerang? Selain daripada ubat seperti panadol, mungkin anda juga boleh mendapatkan pain killer dari farmasi atau doktor di klinik. Pesakit juga boleh mencuba dengan meletakkan wap atau tuala panas pada bahagian sinus.
Cara-cara untuk menghindar sakit kepala pula adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup, jangan biarkan diri terlalu stress, makan makanan yang berkhasiat, biasakan memakai cermin mata hitam untuk mengelak dari silau dan akhir sekali dapatkan pemeriksaan mata dengan doktor.
sumber;suarabawahtanah
Friday, January 4, 2013
Ghout dan cara penyelesaian........!
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Thursday, January 3, 2013
Juadah banjir.....putu halba
(Nurihan Majid menjual putu halba di pusat perpindahan banjir)
RANTAU PANJANG: Putu halba merupakan kueh yang paling popular di musim tengkujuh di sebelah Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu.
Kebanyakkan peniaga menukar jenis jualannya buat sementara waktu semata-mata untuk mencari rezeki berganda di musim ini.
Di Kelantan kueh ini banyak dijual di pekan-pekan kecil di setiap jajahan di negeri ini, termasuk di rumah khusus untuk mencari rezeki dengan kueh ini.
Putu halba diperbuat dari ubi kayu dicampur dengan gula melaka, gula, halba dan seterusnya dicecah dengan kelapa menjadi tarikan ramai untuk dinikmatinya ketika panas.
Harakahdaily sempat merakamkan seorang peniaga kueh ini di tempat perpindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjung, Rantau Panjang.
Nurihan Majid, 47, pada asalnya meniaga tapai ubi kayu di Kedai Salor, namun menukar kueh ini kerana ianya lebih laku ketika musim banjir.
“Ketika jualan hari biasa, nak dapat RM40 pun sukar, tapi rezeki musim tengkujuh ni alhamdulillah kadang-kadang dapat juga RM200 sehari,”ujarnya.
Kerana tidak menang tangan, beliau dibantu oleh seorang rakan Hasnah Deraman, 35.
Bermula jam 10.00 pagi, Nurihan memulakan jualannya sehingga 4.00 petang kecuali jualannya habis awal berbanding biasa.
Menurut Nurihan, tahun lepas beliau dapat menjualnya enam biji RM2 kerana ubi sendiri, namun sekarang ubi beli yang telah siap diparut, harga agak mahal.
“Syukurlah walaupun musim tengkujuh, kami masih dapat mencari rezeki dan pendapatannya lebih berbanding biasa,”ujarnya yang tinggal di Kampung Gajah Mati, Pasir Mas.
Beliau mengakui dengan pendapatannya itu dapat membantu suami menyediakan kelengkapan sekolah pada anak-anaknya seramai tiga orang.
Menurutnya, sebelum ini beliau tidak mengetahui bagaimana cara untuk membuatnya, bagaimanapun setelah mendapat tunjuk ajar dari kawannya, akhirnya beliau cuba membuatnya sejak tujuh tahun lalu.
sumber;harakahdaily
Wednesday, January 2, 2013
Kelemahan Usahawan Melayu urus tunai...
Dr Mahathir: Pengurusan tunai adalah kelemahan usahawan Melayu
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau berkata, usahawan Melayu sering menganggap wang sebagai bahan untuk ditukar untuk mendapat sesuatu, sedangkan wang perlu dianggap sebagai modal yang jika dilaburkan boleh menambah pulangan mereka.
"Pengurusan tunai adalah sangat penting tapi kita bila ada saja duit nak belanja. Pinjam bank RM1 juta tapi belanja separuh untuk beli Mercedes ke apa, dan hanya guna RM500,000 lagi untuk berniaga.
"Bermakna faedahnya sekarang dua kali ganda kerana RM500,000 itu harus bayar faedah RM1 juta. Iaitu margin untung harus lebih tinggi untuk bayar balik pinjaman itu," katanya pada majlis makan tengah hari dan ceramah sempena Perhimpunan Usahawan Bumiputera Industri Perkayuan di Pusat Maritim di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin.
Dr Mahathir berkata terdapat juga kes di mana usahawan Melayu yang menyertai perniagaan francais yang terkenal dan sangat maju, namun mereka gagal kerana tidak pandai menguruskan tunai apabila tidak menggunakan duit yang diperoleh untuk membeli stok tetapi berbelanja untuk perkara lain.
Justeru beliau berkata mereka perlu diajar untuk menguruskan tunai dengan baik, untuk menyimpan sebahagian daripada keuntungan supaya dapat terus berniaga dan membesarkan perniagaan.
Pada sidang berita selepas itu, beliau turut tidak menolak supaya perkara itu diperkenalkan di sekolah supaya generasi akan datang dapat mempelajari nilai wang sejak dari kecil lagi, dan akan dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik.
Dalam pada itu Dr Mahathir berkata untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang usahawan itu perlu rajin bekerja, bekerja secara pintar, kenal pasti apa yang ingin dibuat melalui kajian pasaran serta mempelbagaikan produk yang ditawarkan.
Beliau berkata, modal permulaan yang kecil tidak menjadi masalah kerana setiap perniagaan pasti akan bermula secara kecil-kecilan, malah sekarang terdapat pelbagai kemudahan pinjaman untuk memulakan perniagaan.
Bergabung dengan syarikat lain juga boleh dilakukan bagi meneroka pasaran yang lebih besar, di mana usahawan pada masa kini perlu belajar bekerja dengan orang lain, bukannya bersifat individualistik, katanya.
Hamzah selepas itu turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Persatuan Pengusaha Perabot Malaysia (MFEA), Persatuan Usahawan Perabot Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSFEA), Persatuan Perabot Muar (MFA) dan Majlis Perindustrian Perabot Malaysia (MFIC) bagi menganjurkan Pameran Perabot Eksport Malaysia (EFE) 2013 yang akan berlangsung 6-10 Mac depan. - Bernama
Tuesday, January 1, 2013
Selamat....2012 dan selamat....2013...
Selamat tinggal 2012 kini 2013......Semoga dengan kehadirannya membawa kebahagian....
SELAMAT TAHUN BARU.........2013
5 Posting mendapat hit tertinggi dalam blog 'gila kopi'
1- Kopi hebat punya penangan
2- Khasiat pokok dukung anak
3- Agen terbaru- U Station
4- Herba kucing galak dan kelebihannya
5- Kolagen Marin (Marine Collagen)
Kepada yang sudi buat carian kat blog ni dan sudi singgah kat sini admin ucapkan berbanyak terima kasih, silalah datang lagi dan selamat tahun baru....
Subscribe to:
Posts (Atom)
