Sunday, January 13, 2013
Minyak Kelapa Dara....murah....!
Minyak Kelapa Dara
Harga
60ml - RM16.50
300ml - RM60.00
60ml - RM16.50
300ml - RM60.00
***tak termasuk kos pos***
Baik untuk kesihatan kulit dan badan.
• Membantu meningkatkan & memperbaiki immunisasi badan (daya tahan penyakit)
• Membantu mengawal paras kolestrol.
• Membantu meningkatkan kadar metabolisma.
• Membantu memperbaiki sistem penghadaman dan masalah usus.
• Membantu mengatasi masalah sakit gigi, sakit gusi, dan ulser mulut.
• Membantu memperbaiki fungsi tiroid.
• Membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
• Membantu mengatasi masalah kulit seperti eczema, ruam, panau, kudis buta, kulit kering & bersisik dll.
Bagaimana ia berfungsi :
Asid laurik (Lauric) dan kaprik (Capric) diuraikan oleh badan kepada monolaurin & monocaprin yang mempunyai sifat anti bakteria, anti-virus, anti-protozoa dan anti-fungus (Kulat).
Saturday, January 12, 2013
Kisah tukang gunting...
Seorang pelanggan datang ke tempat tukang gunting untuk memotong rambut.Tukang gunting mula memotong rambut pelanggannya dan mula berbual untuk menghilangkan rasa bosan.
Mereka berbual banyak perkara dan akhirnya topik perbicaraan beralih tentang TUHAN.
Tukang gunting berkata: Saya tidak percaya TUHAN itu ada.
Kenapa kamu berkata begitu tanya pelanggan.
Begini, cuba kamu perhatikan di depan sana, di tepi jalan ada seorang kanak-kanak yang miskin dan sakit meminta ehsan orang ramai.
Katakan kepadaku, jika TUHAN itu ada. Kenapa ada kanak-kanak miskin, kenapa ada kanak-kanak sakit, kenapa ada kanak-kanak yang hidupnya susah .
Jika TUHAN ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan.
Saya tidak dapat membayangkan TUHAN Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi.
Pelanggan diam untuk berfikir sejenak, tapi tidak merespon apa yang dikatakan tukang gunting tadi, kerana dia tidak ingin terlibat berbalah pendapat.
Tukang gunting menyelesaikan kerjanya dan pelanggan pergi meninggalkan tempat tukang gunting.
Beberapa saat setelah dia meninggalkan kedai gunting itu dia melihat ada orang di jalan dengan rambut yang panjang, kotor dan tidak pernah dicukur. Orang itu kelihatan kotor dan kusut masai.
Pelanggan pergi semula ke kedai gunting tadi dan berkata :
Kamu tahu, sebenarnya di dunia ini TIDAK ADA tukang gunting..!
Tukang gunting tidak terima, dia bertanya : Kenapa anda berkata begitu. Saya tukang gunting dan saya ada di sini. Dan baru sahaja menggunting rambut anda!
Tidak! Balas pelanggan.
Tukang gunting itu TIDAK ADA! Sebab jika tukang gunting itu ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang yang kotor dan comot seperti orang yang di luar sana,pelanggan menambah.
Ah tidak, tapi tukang gunting itu tetap ada!, sanggah tukang gunting.
Apa yang kamu lihat itu adalah SALAH MEREKA SENDIRI, mengapa mereka tidak datang kepada saya untuk bergunting, mencukur dan merapikan rambutnya, jawab tukang gunting membela diri.
SAYA SETUJU, SAYA SETUJU..! kata pelanggan.
Itulah point utamanya!.. Sama dengan TUHAN.
Maksud kamu bagaimana? tanya tukang gunting tidak mengerti.
Sebenarnya TUHAN ITU ADA ! Tapi apa yang terjadi sekarang ini.
Mengapa orang-orang TIDAK MAHU DATANG kepadaNYA, dan TIDAK MAHU mencariNYA..
Oleh kerana itu banyak yang sakit dan sudah ditimpa kesusahan di dunia ini.
Tukang gunting terdiam!!!! Dalam hati dia berkata : Benar juga apa katanya..mengapa aku tidak mahu datang kepada TUHANKU, untuk beribadah dan berdoa, memohon agar dihindarkan dari segala kesusahan dalam hidup ini..
sumber;isuhangat
Tuesday, January 8, 2013
Sindrom bahu lenguh.....
Orang rumah selalu mengadu sakit/lenguh kat bahu pastu belikat sampai kat lengan. Dah macam2 buat urut belikat, sapu minyak panas dan macam2...tapi tak lega jugak. Mati kutu dibuatnya...pastu cuba google kat internet kot2 jumpa apa punya penyakit ni...ok! dah jumpa.
Sindrom bahu lenguh bukan hanya sakit urat
Mengurut sekadar hilangkan sekejap kesakitan berbanding rehat, senaman dan pembedahan
SINDROM bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkannya kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat atau sakit tengkuk.
Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu. Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan atas payu dara.
Memahami sindrom bahu lenguh harus bermula dengan mengetahui anatomi bahu. Bahu seperti cawan dan piring. Cawan merujuk pada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade).
Tendon daripada empat otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.
Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menjadi radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon.
Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd, berkata bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.
“Walaupun begitu ramai orang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk pada sindrom bahu lenguh,” katanya.
Dr Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera.
“Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan atas saraf dan terasa lenguh,” katanya.
Bahu yang tidak seimbang akan kelihatan senget. Ketika ini anda sepatutnya sudah tahu, masalah sebenar bukanlah sekadar sakit urat.
“Perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul,” katanya.
Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.
“Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton.
Simptom
Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, akan mula terasa sakit pada bahu sama ada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Anda juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.
Bagi seorang pemain tenis, dia akan mula menyedari kesakitan itu apabila cuba memukul bola.
Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadang kala ia sakit dan terasa tegang apabila anda cuba untuk meluruskan bahu. Kesakitan juga akan dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu.
Apabila masalah itu makin bertambah, kesakitan itu akan menyerang juga pada waktu malam. Malah anda akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Anda juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.
“Mungkin sesetengah orang akan mendapat khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu dan masalah ini akan kembali menyerang,” katanya.
Rawatan
Rawatan awal sindrom bahu lenguh bersifat konservatif. Doktor akan mencadangkan anda berehat. Senaman regangan mungkin diajar bagi memperbaiki jangkauan pergerakan anda.
Jika rawatan konservatif tidak berkesan selepas enam hingga 12 bulan rawatan, pembedahan menjadi pilihan. Pembedahan selalunya sama ada arthroscopy atau pembedahan terbuka atau kombinasi antara kedua-duanya. Kedua-dua jenis pembedahan ini boleh memperbaiki kerosakan dan melegakan tekanan tendon.
FAKTA:
Bahu terdiri daripada empat sendi yang berkerja secara bersama
Sendi glenohumeral yang menghubungkan tulang panjang di bahagian lengan atas humerus dengan tulang belikat.
Sendi acromioclavicular (AC) yang menghubungkan tulang belikat dengan tulang selangka (collarbone). Ia bertindak memberi kestabilan kepada bahu.
Sendi sternoclavicular yang menghubungkan tulang selangka dengan tulang dada. Sendi ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya yang menghubungkan tulang bahu dengan tubuh.
Sendi scapulothoracic secara tekniknya ia bukan sendi kerana ia tidak menghubungkan mana-mana tulang.
sumber;intim.wordpress
sumber;intim.wordpress
Kopi sememangnya berkhasiat...
Ramai yang mempunyai pandangan dan persepsi negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi. Malah, ada juga yang terus memadamkan kopi daripada senarai minuman harian mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Saya juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.
Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).
Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.
Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba, produk HPA Kopi Radix, KH Kopi, Jem Cafe dan lain-lain. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.
Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.
Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.
Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.
Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, “Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari.”
Monday, January 7, 2013
Produk kafein dan kanser
Kajian dapati produk berkafein mampu kurangkan risiko kanser
Harvard: Minum kopi lebih dua cawan sehari, atau mana-mana kombinasi lain minuman berkafein, mungkin merendahkan risiko mendapat barah kulit, menurut satu laporan baru.
Laporan dalam jurnal Cancer Research mendapati bahawa produk berkafein termasuk soda, teh dan coklat secara potensi mengurangkan risiko menghasilkan karsinoma sel basal, bentuk biasa barah kulit.
“Data kami menunjukkan lebih banyak kopi berkafein yang anda minum, lebih rendah risiko mendapat karsinoma sel basal,” kata Jiali Han, profesor madya di Hospital Wanita dan Brigham, Sekolah Perubatan Harvard dan Sekolah Kesihatan Awam Harvard.
Dalam laporan mereka, penyelidik menganalisis data statistik daripada lebih 112,000 responden untuk Kajian Kesihatan Jururawat.
Bagaimanapun, kata Han, kajian tidak bermaksud orang ramai perlu mula minum jumlah kopi tidak terhad.
“Saya tidak akan mencadangkan peningkatan pengambilan kopi anda berdasarkan data ini semata-mata.
“Bagaimanapun, keputusan kami menambah karsinoma sel basal dalam senarai keadaan di mana risiko dikurangkan dengan peningkatan pengambilan kopi.
“Senarai ini termasuk keadaan dengan akibat kesihatan serius negatif seperti diabetes jenis 2 dan Parkinson,” kata Han. - Agensi
Dalam laporan mereka, penyelidik menganalisis data statistik daripada lebih 112,000 responden untuk Kajian Kesihatan Jururawat.
Bagaimanapun, kata Han, kajian tidak bermaksud orang ramai perlu mula minum jumlah kopi tidak terhad.
“Saya tidak akan mencadangkan peningkatan pengambilan kopi anda berdasarkan data ini semata-mata.
“Bagaimanapun, keputusan kami menambah karsinoma sel basal dalam senarai keadaan di mana risiko dikurangkan dengan peningkatan pengambilan kopi.
“Senarai ini termasuk keadaan dengan akibat kesihatan serius negatif seperti diabetes jenis 2 dan Parkinson,” kata Han. - Agensi
sumber;bharian
Subscribe to:
Posts (Atom)
