Monday, August 25, 2014

MeSTI...apa tu....?







APA ITU MeSTI :

Skim persijilan "makanan Selamat Tanggujawab Industri (MeSTI) merupakan skim yang dijenamakan semula dari skim keselamatan makanan 1 malaysia (SK1M). Skim MeSTI mengambil kira pematuhan EKS pada peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 yang merangkumi insfrastuktur, pewujudan program jaminan keselamatan makanan (PJKM), pematuhan pada penggunaan aditif & standard serta pematuhan pada pelabelan produk.
pewujudan skim ini dilihat sebagai satu alternatif bagi EKS dalam usaha menaiktarafkan perusahaan mereka ke arah pensijilan yang lebih tinggi iaitu " GOOD MANUFACTURING PRACTICES (GMP) dan HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT (HACCP)





Hargailah rusukmu.....





Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di di sebuah kantin kompleks, kerana ada urusan pekerjaan merekapun bertukar BB PIN

Malam harinya si gadis mulai BBM si lelaki :

Gadis : Awak hebat ya! Punya syarikat sendiri, berjaya pulak....!
Lelaki : Terima kasih!

Esoknya si gadis pun berhubung dan sekadar berkata... hello...!

Gadis : Bila lagi kita boleh makan bersama lagi ?
Lelaki : Bila-bila je boleh

Setelah itu mereka sering berhubungan melalui BBM dan
telefon, sesekali juga temujanji ingin makan bersama

Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa contact antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis BBM :

"Sebenarnya aku mencintaimu , aku tau kamu sudah berkeluarga, tapi aku terima untuk jadi isteri ke-2, dan maaf aku mengganggu perasaanmu.

Dengan berat hati lelaki itu menjawab :

"Dik, aku mengerti dan faham maksudmu... tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tau kamu memang cantik, dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu kenapa aku nampak segak,bergaya dan berjaya ? Itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku.

Sungguh sangat berdosa kalau aku harus curang dengan
seseorang yang hanya mengagumiku, kerana keadaan aku yang sekarang yang sudah berjaya.

Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku
semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta.

Kalau kamu menyukai aku, ertinya kamu tinggal memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi.

Taukah kamu bahwa aku memulai ini dari 0 dan isteriku
yang selalu mendampingiku dikala susah, gelisah dan berjaya seperti ini.

Taukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku mampu menjadi seperti ini. Kamu memang cantik, tapi hati isteriku lebih cantik.

Terima kasih atas cinta itu, maaf aku tidak boleh membalas seperti kehendakmu. 




*Lelaki manapun jika dah berjaya akan tewas dengan pujukan dan rayuan cinta dan banyak yang gagal....

sumber;rakan facebook

Friday, August 15, 2014

KH Kopi lebih smart dan power.......!


Gaya baru.....lebih bertenaga dan lebih nilai......


Jualan semasa RM 28.00 sahaja



Friday, July 18, 2014

Kopi dibulan puasa....


Salam Ramadhan....
Alhamdulillah....Syukur pada Yang Esa. Sepanjang Ramadhan ini jualan kopi pracampuran di Projem Store amat memuaskan walau keadaan tak menentu waktu operasinya. Aktiviti 'runner' ke warung  dan kedai makan dihentikan pada siang hari dan tumpuan diberikan di store Projem nampaknya dah meraih pelanggan yang tetap dan memahami status owner selalu sibuk buat hantaran barang dan memenuhi stok semasa.
Pelanggan akan datang waktu tengahari dan petang.....inilah selalu aku doa pada Pemegang Khazanah Yang Maha Besar supaya setiap pelanggan yang datang faham kalau nak dapatkan kopi, datang pada waktu tertentu. Sebab Projem Store bukanlah kedai ianya adalah store & display yang nampak seperti kedai sebab itulah waktu operasinya seringkali disalahertikan pada segelintir pelanggan.
Bulan puasa ini juga dijadikan masa taklimat ringkas aktiviti Projem Store.
Dalam bulan puasa ini juga permintaan kopi tidaklah tinggi tetapi tetap ada sebab pencinta kopi akan mencari kopi kegemarannya. Penjualan tertinggi setakat entry ini ditulis seperti Kopi Super Best Power dan KH Kopi.






Thursday, July 10, 2014

Bulan posa ni.. hok ni pulak laris....


Lama tak update....

Jualan 2 kopi ini amat memberangsangkan sepanjang bulan puasa ini. Setiap hari ada pembeli akan membeli kopi ini baik yang kotak atau pun papan.
Untuk anda yang berada berhampiran lokasi kami iaitu di Beseri, Perlis sila ke lot shop Projem kami berhadapan borong cina. Maii  maiii.....lekaih...Dapatkan juga lain2 produk kopi seperti kopi Yusmira, Radix, Larat, kopi Kawe dan lain2......dan teristimewa adalah pelbagai jenis kurma juga sedia untuk dijual.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...