Wednesday, May 25, 2011

Pemenang Cabutan Bertuah Bulan April 2011

Bagi Hadiah Pertama merupakan Set Home Teater jenama Philips telah disampaikan oleh Pengarah Urusan PHL Trade Sdr Azlan kepada waris Ismail Saari. Penyampaian hadiah tersebut berlangsung pada hari Isnin 24/5/2011.  Tahniah!...... mungkin hadiah pada bulan- bulan seterusnya anda yang bertuah! siapa tahu....mungkin rezeki anda. Jangan tunggu lagi dapatkan produk- produk kami melalui agen- agen kami atau dapatkan terus dengan menghubungi pejabat kami atau jika anda berada di KL dan sekitarnya boleh dapatkan terus produk kami di PWTC di mana berlangsungnya Ekspo Beli Barangan Jenama Malaysia. Ekspo tersebut bermula 25/5 sehingga 29/5/2011. Jom kita riuhkan booth kopi kawe....kawe....kawe....kawe...! Hok paling sedap!






Saturday, May 21, 2011

Kolagen Marin ( Marine Collagen)

Apa Itu Kolagen Marin

Kolagen ialah kerangka protein semulajadi. Ia merupakan 30% dari jumlah seluruh protein yang terdapat pada badan mamalia dan ikan. Kolagen juga ialah komponen pada rangka yang menyantumkan tisu-tisu serta menyedia asas rangka yang kukuh. Kolagen memberi struktur tisu perantara, menjadikan kulit sihat, gebu, cantik dan anjal. Kepentingan kolagen amat ketara kerana ia terdapat diseluruh badan termasuk pada kulit, otot, tunjang dan tulang.
Semakin dewasa usia seseorang penghasilan Kolagen mula berkurangan. Bermula  umur 25 tahun, tubuh akan kehilangan 1.5% Kolagen setiap tahun, pada umur 35 tahun kehilangan 15% dan pada umur 45 tahun kehilangan 30%. Kolagen juga mudah dirosakan oleh keracunan badan ekoran pemakanan tidak sihat, stress, pencemaran persekitaran, wangian, kosmetik dan sebagainya.



Untuk dapatkan sumber Kolagen paling mudah sila dapatkan produk kami Kopi Machismo dan Kopi Feminite. Dapatkan terus melalui agen kami.




KOPI MACHISMO
RM 45.00

Diformulasi secara khusus untuk lelaki yang pentingkan penampilan bergaya, lelaki yag pentingkan keremajaan kulit dan lelaki yang pentingkan kesihatan luaran dan dalaman. Dengan perkataan yang mudah lelaki yang Macho. Bukan sahaja Macho tetapi juga 'handal'.


Kopi Kacip Fatimah Kolagen ( Feminite).
RM 45.00.

Friday, May 20, 2011

Kempen Beli Barangan Malaysia

Salam sejahtera!
Kempen Beli Barangan Malaysia mula dilaksanakan pada tahun 1984 hingga 1998. Kempen kesedaran ini mula dilancarkan semula pada tahun 2009 sehingga sekarang. Tujuan kempen adalah mengubah persepsi rakyat terhadap produk jenama Malaysia. Ianya sekaligus akan membantu pengusaha/ usahawan tempatan mengembangkan perniagaan, meluaskan pasaran dan meningkatkan permintaan.
Bagi merealisasikankan kempen ini satu ekspo jualan produk jenama Malaysia akan diadakan di bangunan PWTC pada 25 hingga 29 Mei 2011 anjuran KPDNKK.

Jom kita riuhkan ekspo ini dan jangan lupa dapatkan kopi hok paling sedap....kopi apa? tentulah....Kopi Kawe. Jika anda belum pernah minum dan teringin mencuba sila terus ke booth kami dan dapatkan minuman ini.



Wednesday, May 18, 2011

CORDYCEPS SINENSIS




Info Herba

Cordyceps Sinensis adalah sejenis fungus atau cendawan yang tumbuh liar di pergunungan. Cordyceps juga dikenali sebagai cendawan ulat bulu. Masyarakat China memanggilnya Dong chong xia cao yang bermaksud 'musim sejuk ulat dan musim panas rumput'. Cordyceps diiktiraf sebagai Herba Di Raja. Mempunyai sejarah melebihi 3000 tahun. Cordyceps tumbuh subur di pergunungan China, Nepal, Tibet dan Himalaya. Masyarakat China menggunakan cordyceps untuk merawat barah, melegakan kesakitan, masalah paru- paru, hati, jantung, buah pinggang, meningkatkan kesihatan dan panjang usia. Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk meningkatkan daya kekuatan dan ketahanan badan, stamina dan tenaga seksual.
Antara kandungan Kopi Kawe ialah Cordyceps Sinensis. Dapatkan Kopi Kawe sekarang!
Sila hubungi agen- agen kami.

Ubi Jaga - Smilax Myosotiflora

Pengenalan Herba

Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai
 batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap.
Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan
muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini
antara 5 hingga 15 cm. Daunnya berbentuk bujur sirih dengan
bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus
ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun
 dan hijau muda dibawah daun.Ia dijumpai di Thailand, Pulau Jawa,
Indonesia dan Semenanjung Malaysia. Ia tidak memerlukan cahaya
 matahari yang terik dan perlu diletakkan di bawah teduhan
 jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab,
kaya dengan humus dan bersaliran baik.

 

Kegunaan
Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodiasiak untuk
merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya
digunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar
 penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan
 airnya diminum. Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah
 yang sama. Kesan ke atas wanita hamil dan menyusu masih belum diketahui.
 Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan
ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar
perubatan bertauliah.

Untuk mendapatkan khasiat Ubi Jaga anda tak perlu susah- susah
 cuma dapatkan sekotak untuk permulaan Kopi Kawe Premium,
anda akan rasa kehebatannya.
 Antara kandungan dalam Kopi Kawe ini adalah Ubi Jaga.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...