Tuesday, July 5, 2011

Alpa kesihatan dan keseronokan musim buah



Musim buah- buahan dah pun menjengah di pasaran, ada raja buah durian, rambutan, manggis,tembikai dan lain-lain. Mana yang kaki durian, masa nilah masa ndak melantak banyak-banyak. Bagi peminat rambutan plak, masa nilah boleh makan bermacam-macam jenis rambutan, ada anak sekolah, ada isi nyiok (kelapa), dan lain-lain. Dalam kita dok makan buah ni dengan cuaca sekarang, saya rasa ramai diantara kita terkena demam atau selsema sekali dengan batuk. Fenomena ni dah biasa terjadi maka berduyun-duyunlah orang kita ke klinik takpun farmasi.
Sesuatu yang saya nak kongsikan dengan anda, saya pun dah terkena virus ni, selsema dan batuk. Saya cuma minum PHL Antus dulu dikenali Madu Dukung Anak. Alhamdulillah....! batuk serta selsema hilang. Bukan nak promote produk tapi berkongsi cerita dan mindset kita, jika batuk dan selsema kita terus ke klinik. Bukan tak percaya pada doktor. Apa salahnya kita cuba produk herba, biarlah lambat sikit sembuhnya, takpa! sekurang-kurangnya produk kita juga berupaya mengatasi masalah kesihatan kita, cuma perubatan herba kena ada keyakinan yang tinggi. InsyaAllah...! Allah bersama sangkaan hambaNya.....jika kita yakin herba boleh merawat dan menyembuhkan kita tak salah kita mengamalkan herba. Satu lagi nak nasihatkan pada penjual produk berasakan herba, tolong amalkan atau guna sendiri herba (samada jus, capsule dll) yang anda promote tu dulu baru promote kat orang. Kebanyakkan kita jual je ubat tapi kalau dah sakit terus ke klinik..heeeemmmmmm! habis camno...!
Mungkin ada dikalangan pembaca blog ni  tak kenal apa itu PHL Antus. Ok, PHL Antus adalah jus atau madu yang diformulasikan dengan ekstrak dukung anak atau amin buah ( baca artikel lepas bertajuk dukung anak). Harga pasaran RM 45.00 jika beli terus dari kami, kami akan bagi harga diskaun dengan  harga
RM 35.00. Dapatkan sekarang....!



Kawe di mana-mana......


















Saturday, July 2, 2011

Kopi merangsang daya ingatan.....!





Kopi sering sahaja dikaitkan dengan kandungan kafeina yang tinggi. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik Perancis mendapati bahawa dengan meminum kopi tiga cawan setiap hari mampu meningkatkan daya ingatan terutama di kalangan wanita yang telah berusia. Bagaimanapun, kajian turut dilakukan terhadap lelaki tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil. Menurut Journal Neuorology mendapati dengan pengambilan tiga cawan kopi sehari menambahkan daya ingatan wanita sebanyak 33 peratus dan menambahkan daya penglihatan wanita sebanyak 18 peratus.

Jadi!  jangan tunggu lagi....terus dapatkan kopi keluaran PHL kopi kawe.
Hubungi agen kami berhampiran anda.
Mehlaaa....rasa....! Kopi Kawelite ekstra Ginkgo dan Feminite.




Gout dan Kopi

Persepsi orang kita tentang gout tidak membenarkan menikmati kopi baik kopi 'o' atau kopi campuran. Kini semuanya sudah berubah, amalan minum kopi antara 4 hingga 5 cawan setiap hari mampu menyelamatkan anda dari serangan gout. Kajian oleh penyelidik dari Universiti British Columbia, Vancouver di Kanada percaya terdapat bahan antioksidan yang kuat selain daripada kafeina yang 'berkuasa' mengurangkan paras asid urik. Gout yang menyerang enam juta rakyat Amerika Syarikat ialah penyakit radang sendi yang berpunca daripada pengumpulan asid urik dalam darah.

Anda dinasihatkan agar memilih kopi terbaik lagi berkualiti apatah lagi ianya diformulasikan dengan herba- herba terbaik untuk kesihatan anda.
Ingat kesihatan  ingat kopi....ingat kopi ingat kopi kawe.....kawe.....kawe....kawe....minumlah kopi kawe.....
hok paling sedap....!

Friday, July 1, 2011

Annissa vs Arrijal



Annissa adalah antara drama keluaran ZeeL Production yang mendapat sambutan hangat. Menampilkan 4 pelakon wanita hebat.
Kopi Kawe juga nak keluarkan drama dengan menampil 4 lelaki..... boleh keer?..he..! hee..!.Tajuk drama ialah Arrijal. Semua pelakon adalah otai kawe..muuaahhhaaaaa..!!



Jangan mara...bro...!

Thursday, June 30, 2011

Koperasi, Kepenggunaan & Keusahawanan

Keluaran Khas- Utusan Malaysia
30/6/2011


Sokonglah produk keluaran tempatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...