Thursday, September 22, 2011

Satu penyerahan....





Perbezaan usaha dengan tawakal. Usaha ialah kita menggerakkan daya upaya untuk mendapatkan sesuatu sebaik mungkin, manakala tawakal adalah kita berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT. setelah kita berusaha sebaik mungkin dan tawakal atas apa sahaja kemungkinan apa yang akan kita perolehi. Dalam kita berusaha kita perlu jelas tentang niat sebenar apa yang kita inginkan. Dan selepas itu kejayaan pasti menjadi milik kita. Bagi yang mengimpikan sesuatu yang sangat sukar, dan perlu melalui banyak rintangan dan cabaran maka jangan mudah berputus asa dan kecewa, teruskan usaha dan sentiasa berfikiran positif. pastinya pada setiap cabaran akan ada ujian dariNya dan tempuhilah dengan KESABARAN, dan bersabarlah pada kemungkinan kita hadapi pasti ada HIKMAHNYA, justeru itu kita janganlah mudah berputus asa. Mengenai tawakal kita perlu sentiasa meletakkan Maha Agung dalam segala urusan, maka usaha kita pasti membuahkan hasil. Irama dan Lagu tidak dapat dipisahkan begitu juga Usaha dan tawakal tidak dapat dipisahkan.
Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.
Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).
Ya! Allah......setelah apa yang aku lakukan di sini aku berserah padaMu.....Amin.... Ya Rabbal Aalamin.....!

Nostalgia....









Suatu masa, semasa aku menghantar barang siap ke sebuah syarikat di Taman Sri Rampai, Setapak aku terkedu seketika bila memandang sebuah bangunan tercacap didepan mataku....lantas membuatkan aku terkenang nostalgia aku semasa menitis keringat, jerit perit, pahit maung dan seribu kenangan pahit dan manis aku bersama2  memajukan syarikat.

Wednesday, September 21, 2011

Kopi Kawe di Putrajaya








PUTRAJAYA  akan dihiruk pikukkan oleh para pemamer dari seluruh negara. Pasti meriah karnival kali ini sebab ianya diadakan di Putrajaya. Kepada usahawan yang baru nak bermula bolehlah menyertai ' Buisness Matching' dengan syarikat2 besar seperti Mydin, Giant, The Right dan lain2. Dan juga pada individu yang berminat nak pasarkan produk kami kopi kawe hok paling sedap boleh terus dapatkan info di booth kami blok B 259. Lokasi karnival Persint 2.
Kehadiran anda dinanti..........



Friday, September 16, 2011

Shooting Drama Kiah Pekasam 2


Antara gambar- gambar shooting drama 'Kiah mai laa pulak' atau kiah pekasam 2. Lokasi di Pusat Jualan Kopi Kawe......Antara pelakon Rozita Che Wan, Eizlan Yusof, Aiman (Mentor) Rahim Maarof. Drama ini akan disiarkan di Astro. Tahniah pada penaja Kopi Kawe.....




















Thursday, September 8, 2011

Agen kopi kawe Simpang Empat, Perlis





Kepada peminat kopi kawe yang berada disekitar Simpang Empat, Perlis boleh dapatkan produk kopi kawe di kedai runcit jalan Sg Baru.

Nama pemilik kedai - Mashirah
No.Tel - 019-3672771/ 04-9805331

Wednesday, September 7, 2011

Bijakkah anda berniaga jika.......???


Yang terfikir......
Jika anda seorang yang suka berniaga dan katalah anda diberi satu tawaran atau satu peluang yang mana  jika anda gunakan sepenuhnya peluang tersebut anda akan memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan, apakah anda akan gunakan peluang ini atau anda akan lepaskan?
Katalah anda diberi satu produk yang agak popular dengan satu harga yang tidak diberi pada orang lain dan jika anda betul-betul fokus anda dapat menguasai pasaran sepenuhnya apakah anda ingin mengaut keuntungan yang rendah?. Sepatutnya anda akan mengaut keuntungan yang lebih tinggi dengan strategi pasaran yang betul...contohnya seperti melantik agen sendiri dan sebagainya.

Katalah anda diberi margin hingga 60% apakah anda patut lakukan? Anda tentu saja boleh melakukan aktiviti jualan terus pada golongan sasaran atau melantik agen sendiri....ini yang sepatutnya berlaku...tetapi ada juga terjadi disebaliknya. Sepatutnya anda meraih keuntungan penuh bukannya merasa kasihan, dan memperolehi keuntungan yang rendah. Jika ini berlaku dan telah pun berlaku adakah anda peniaga yang bijak? Bijakkah anda jika sesuatu barang yang anda jual keuntungannya sebanyak 60% anda dapat untung sekadar 20% sedangkan anda menjual barang tersebut terus pada pelanggan. Katalah barang yang anda jual bermodalkan RM 10.00 disarankan jual pada harga RM 25.00 keuntungan terus adalah RM 15.00 dan disebabkan anda bijak, anda sengaja menjual barang tersebut dengan keuntungan RM 5.00. Bijakkah anda?. Jiwa peniaga sepatutnya lebih flexsibel, ada masa jiwa kering, kasihan, tegas,agresif dan sebagainya. Kenapa orang lain boleh jual sesuatu barangan dengan harga lebih tinggi sedangkan modalnya rendah? Itulah bijak namanya.....tegar jiwanya dalam urusan perniagaan. Kita pulak letakkan di depan kita rasa takut, kasihan kat pelanggan dan janji boleh jual barang walaupun untung sekupang dua....itupun dah melalak aku nii hebat boleh jual barang...tapi untung nyilek....bijakkah kita?.

Anda sebenarnya BODOH lagi BANGANG menjual sesuatu produk dalam pasaran yang kurang persaingan dengan mendapat keuntungan yang rendah (maksud saya ialah persaingan produk yang sama). Dalam berniaga apakah sebenarnya yang anda cari? Adakah anda cari nama? Adakah anda cari untung? atau saja-saja nak meniaga....!
Saya begitu terkilan dan  rasa kecewa ada golongan seperti ini yang suka menjadi parasit, membawa virus merosakkan pasaran orang lain. Samada ianya sedar atau tidak ianya sudahpun menjadi wabak dan akan merosakkan pasaran. Pada golongan ini walaupun berkali-kali diberi peringatan akan berlaku juga permainan harga yang sengaja membunuh perniagaan sendiri mahupun syarikat pembekal sedikit sebanyak akan terpalit sama. Fikir-fikirkanlah......!

Maaf! jika ada pembaca yang arif dalam bidang ekonomi dan marketing...saya berbicara dalam skop perniagaan saya sendiri bukan bidang perniagaan orang lain....jadi sebarang pendapat adalah dari pemahaman saya sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...