Thursday, December 8, 2011

Perlis damai lagi indah....

Antara tempat menarik jika anda bertandang ke negeri terkecil di Malaysia. Antaranya.......

Gua Kelam

Timah Tasoh,Perlis
Tasoh Lake
Kuala Perlis



Bukit Air




Tasik Melati




Muzium Kota Kayang




Ladang Tebu




Padang Besar


Taman Ular


Jika anda ke Perlis sambil anda menikmati panorama indah di Perlis singgahlah minum di kedai-kedai makan yang bersepah dan orderlah secawan kopi kawe panas kosong dan nikmatilah kesegarannya. Jangan lupa bawa pulang produk hebat kopi kawe hok paling sedap, pasti percutian anda tambah bertenaga lagi mantop...........cuba dapatkan produk kami di No. 6, Taman Sena Indah, Kangar. Call no. 04-9769106.






Kopi Kawe di SDSI, Melaka



Tarikh:    9-11 Disember 2011
Masa:     10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka(MITC), Ayer Keroh, Melaka.





Acara;


- Lebih 500 Booth Pameran & Jualan Produk / Perkhidmatan SDSI

- Klinik Usahawan

- Seminar Keusahawanan

- Padanan Perniagaan

- Demonstrasi Produk / Perkhidmatan SDSI

- Persembahan Kebudayaan dan Kesenian

- Penampilan Personaliti Televisyen dan Radio Media Prima Berhad

- Menu Malaysia : Sajian Makanan Popular dari 13 Buah Negeri dan lain-lain.



Jom pakat ramai -ramai kita kunjungi booth kopi kawe di khemah Negeri Perlis....dan dapatkan produk hebat kopi kawe 'hok paling sedap'. Jumpa di sanaaa.............!!












Wednesday, December 7, 2011

Sukarnya berterus terang....



Aku dalam dilema.........! Sukarnya untuk berterus terang. Inilah salah satu sikap yang aku sendiri tidak suka pada diri aku adalah berterus terang. Berterus terang terhadap sesuatu yang aku sendiri dah tak suka, dah tak mau buat, dah bosan, give up dsb. Banyak benda yang aku fikir akan kesannya dari berterus terang.
Kalau seseorang jatuh hati pada seseorang dah tentu menghadapi saat sukarnya berterus terang...kan?. Aku menghadapi situasi berbeza....kerja yang aku lakukan ini dah takde semangat, dah hilang moodnya dan aku nak lakukan sesuatu yang aku gembira  melakukannya. Tapi aku.....menangguh-nangguhkan saat nak berterus terang hingga datang job lain.
Lebih baik berterus terang itulah keputusan terbaik. Supaya pihak yang mendengar tahu hal sebenarnya  samada terima atau tidak, itu hak diorang. Apapun yang akan terjadi sekurang-kurangnya aku dah bersedia......

Monday, December 5, 2011

Kelebihan Wudhu......!




Fakta menakjubkan mengenai wudhu


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. 
 
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki. 
 
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran. 
 
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.


sumber online

Friday, December 2, 2011

Islam dan sedikit fakta




1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.



Wednesday, November 30, 2011

Sale...? mana sale....??????






Bila kepanasan, keboringan, kebosanan, ke'ngantuk'kan mula melanda, maka beginilah lagak, aksi dan gaya dapat dilakukan............aaarrrrgggghhhhhhhhh!!!!!!!!! boriiiinnnggggggnnnyyyaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Suasana begini disebabkan pengunjung terlalu kurang....eeeeeemmmmmmmmmm!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...