Thursday, March 8, 2012

Tidur berbantalkan lengan suami....

 


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya 21.7 % sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang dirembes dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.
Sebenarnya hampir 65% bau badan suami datang dari ketiak di mana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda yang empuk lagi berpeta itu dan tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung dicelahan ketiaknya.

Tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilek dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.(pengalaman ini hanya wanita sahaja yang akan mengalaminya)

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk suami, janganlah cukur bulu diketiak anda licin biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan agen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Pada isteri- isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami anda?




sumber;facebook

Jujur dalam bisnes.....


 
Apakah kejujuran penting dalam urusan perniagaan? Sejauh mana kejujuran para usahawan dalam mengendalikan sesuatu perniagaan baik dari segi menyediakan produk, memasarkan produk dan memuaskan hati pelanggan? Usahawan perlu jujur dalam menyatakan kandungan dalam produk bukan sekadar nyatakan apa yang tertulis pada label tapi kandungan sebenar tiada. Jika usahawan tak berlaku jujur dalam apa yang dinyatakan tadi usahawan itu dianggap penipu. Bolehkah penipu berjaya dalam perniagaan? Perniagaan atas dasar menipu tak akan pergi jauh, akan merudum dan hilang berkat dan akan gagal.

Bukan usahawan menipu nak aku sentuh tapi kejujuran. Kejujuran memainkan peranan besar dalam sesuatu perniagaan. Menurut satu penyelidikkan Dr Thomas Stanley dalam buku Millionaire's Mind, faktor utama dalam senarai orang yang berjaya (jutawan) adalah kejujuran. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t " Hai orang- orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakalah perkataan yang jujur dan benar,"
(al- Ahzab: 70).

Menurut Dr Thomas lagi 60% daripada promosi perniagaan datang dari "word of mouth", bahasa mudahnya mulut ke mulut. Promosi mulut ke mulut ini datang dari pelanggan kita yang berpuashati dengan apa yang dibeli dari kita. Jika kita promosi produk kita hebat dan diamalkankan pelanggan kita hasilnya pun hebat maka ianya sedikit sebanyak akan membantu kita dari segi promosi dan mengekalkan pelanggan. Jika sebaliknya akan membantutkan lagi urusan perniagaan kita. Jadi di sinilah kejujuran memainkan peranannya....kalau kita promosi yang hebat hasilnya tak seberapa, kita sebenarnya akan gagal dalam urusan kita.






Wednesday, March 7, 2012

Antara gagalnya sebuah bisnes.....


 

Seringkali kita disogokkan kat kepala otak kita bahawa nak senang cepat dengan buat bisnes. Betul ke...kenyataan ini?. Meh kita baca dan fahami antara kegagalan orang kita dalam buat bisnes ni....



1.  Perniagaan yang nak cepat untung.
Ini satu penyakit yang dihadapi sesetengah orang. Mereka fikir perniagaan boleh membawa keuntungan dengan cepat dalam beberapa bulan saja, ini anggapan yang silap.
Membangunkan sesebuah perniagaan adalah seperti melahirkan bayi. Pada awalnya, kita yang perlu mengeluarkan duit dan keringat untuk membangunkan perniagaan ini.
Setelah beberapa tahun, barulah kita boleh menuai hasil dari pelaburan kita. Jadi untuk membuat keuntungan sebenar serta meneruskan perniagaan untuk tempoh masa yang lama, kita perlu meletakkan fokus jangka panjang dan bukan beberapa bulan atau setahun.


2. Perniagaan atas sifat ego
Usahawan  yang sebenar memulakan perniagaan apabila dia dapat melihat peluang sebenar dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Namun terdapat orang yang ingin membangunkan perniagaan atas sifat ego.
Faktor ego di sini adalah seperti membuka perniagaan atas rasa dengan adanya perniagaan ini status dirinya akan meningkat naik di mata rakan-rakannya. Apatah lagi jika seseorang itu terlibat dengan politik kepartian dan perniagaan anda disebut dikalangan vvip akan menambah besar rasa egonya. 
Contohnya seperti orang yang ingin membuat kopi atas dasar untuk kelihatan hebat berbanding dengan orang yang membuat kopi atas dasar untuk memulakan perniagaan.
Perniagaan yang dibuat berdasarkan ego jarang berjaya. Jadi fikirlah sebelum anda memulakan sesebuah perniagaan. Adakah anda memulakan perniagaan ini untuk semata-mata kelihatan gah atau anda memulakan perniagaan untuk membuat keuntungan jangka panjang.
 








3. Masalah Peribadi
Dikalangan para usahawan akan mengalami keadaan stress atau masalah peribadi. Bila manusia mahupun usahawan berada dalam keadaan sebegini  jarang sekali usahawan akan membuat keputusan yang betul.
Masalah peribadi kita boleh terjadi akibat dari pergaduhan dengan rakan, jiran, dengan isteri, penceraian, masalah anak-anak, masalah sekolah anak dan sebagainya yang tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan.
Jika tidak diselesaikan dengan betul masalah-masalah ini akan memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan anda. Jadi untuk membangunkan perniagaan dengan baik, cuba elakkan atau selesaikan masalah peribadi anda dahulu.


4. Mendapatkan Nasihat Daripada Orang Yang Salah
Kita selesa untuk berbincang dan menceritakan masalah kita kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.
Namun apabila berkenaan dengan perniagaan, rakan-rakan dan ahli keluarga bukanlah orang yang sesuai untuk kita dapatkan jalan penyelesaian.
Ini biasanya berlaku apabila kita hendak memulakan perniagaan. Kita akan bertanya kepada rakan-rakan dan keluarga kita. Kebanyakkan daripada mereka ini tidak mahu menyakiti hati kita. Jadi mereka ini sentiada akan memberikan sokongan kepada idea bodoh kita itu.
Cuba anda fikir, jika seorang rakan anda datang dengan satu idea bisnes, dan anda menentang idea ini. Namun rakan anda itu meneruskan dengan idea itu dan berjaya. Adakah anda fikir rakan anda akan masih berkawan dengan anda ? Sudah tentu hubungan anda kini telah menjadi lebih tawar. Jadi tidak ada orang yang anda sayangi akan membuatkan anda kecewa.
Jadi mereka ini tidak sesuai untuk kita tanya pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kepada mereka inilah kita sering menyatakan idea dan masalah perniagaan kita untuk mendapat penyelesaian.
 


5. Pemilik Perniagaan Yang Tidak Pandai Berhubung Dengan Manusia 
Banyak perniagaan yang lingkup hanya kerana seseorang pemilik perniagaan yang panas baran atau jenis orang yang tidak tahu berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam perniagaan, kita terpaksa berhubung dengan pembekal, pelanggan yang pelbagai kerenah, pekerja, rakan kongsi dan banyak lagi orang lain. Jadi jika seseorang itu tidak mampu untuk menjadi kawan dengan semua mereka ini, tidak mungkin mereka boleh berjaya dalam perniagaan.
Jadi kemahiran berkawan adalah sangat penting. Anda juga perlu menerima hakikat tidak semua yang anda faham itu difahami oleh orang lain dan juga sebaliknya.
Kita juga perlu menerima hakikat bahawa semua golongan yang saya sebutkan sebelum ini tidak akan membantu perniagaan anda untuk maju jika anda bukan seseorang yang pandai berkawan.
Jadi belajarlah untuk berkawan dengan ramai orang dari pelbagai tahap masyarakat kerana ini adalah kemahiran wajib untuk anda berjaya dalam perniagaan.
6. Usahawan Yang Tidak Sepenuhnya Komited Pada Perniagaannya
Terdapat usahawan yang memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama berkerja makan gaji, ada pula yang sudah mempunyai back-up plan jika perniagaan itu gagal.
Dalam kedua keadaan ini, kegagalan adalah satu pilihan. Kerana itu anda tidak perlu terlalu komited kepada perniagaan anda, memandangkan jika perniagaan ini gagal, anda mempunyai kerja tetap ataupun sudah pun mempunyai back-up plan yang kukuh.
Perniagaan akan menjadi lebih berjaya jika anda bergantung harap hidup anda kepada perniagaan itu. Jadi anda tidak ada pilihan selain untuk berjaya dan membuat keuntungan.
Pada masa ini, otak dan fizikal anda akan melonjak ke tahap yang jauh lebih baik daripada tahap biasa. Tidakkah apabila Tariq bin Ziyad menawan sepanyol, beliau telah membakar kapal tentera Islam itu sendiri dan berkata
“Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran. “
Apabila tidak ada lagi jalan pulang, kita tidak ada pilihan selain untuk terus mara dan berjaya.




 

Hipogonadisme....hormon kelelakian berkurangan....



HIPOGONADISME dikenal pasti menyerang lelaki tanpa mengira peringkat usia. Menurut satu kajian, hipogonadisme adalah keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan hormon seks testosteron yang mencukupi. Sebanyak lima juta lelaki di Amerika Syarikat dikatakan tidak menghasilkan hormon testosteron yang cukup, iaitu hormon yang memainkan peranan dalam tumbesaran dan perkembangan kelelakian ketika baligh. Hakikatnya kesan testosteron bermula ketika janin lagi di mana ia akan merangsang pembentukan organ seks lelaki. Hormon ini berterusan memainkan peranan penting ketika baligh dan dewasa dengan membentuk karakter lelaki dan mengekalkan keinginan seks.




Hilangkan kelesuan tubuh anda dengan meminum secawan kopi kawe......



Monday, March 5, 2012

Bersalam...ada pengertiannya....!






1 – Genggaman Terlalu Kuat
Mudah sahaja, sekiranya seseorang bersalaman dengan anda dengan genggaman yang terlalu kuat, ia menyatakan seseorang itu suka mendominasi atau menguasai, agak ego dan kurang dipercayai. Dia sentiasa ingin menang dalam banyak hal. Berhati-hati jika anda memiliki rakan niaga sebegini. Anda perlu tegas untuk menyuarakan pandangan anda terhadap sesuatu keputusan supaya anda tidak dikuasai olehnya.
2 – Genggaman yang Lemah
Manakala, gengaman tangan yang lemah pula menyatakan ketidakyakinan diri, tidak berminat, sambil lewa dan tidak mesra. Anda harus belajar untuk berjabat tangan dengan kemas dan kukuh.
Kerana gengaman tangan yang lemah boleh menjejaskan imej keyakinan diri yang anda ingin tonjolkan di mata klien anda.
3 – Genggaman Ganjil
Berhati-hati juga dengan gengaman tangan yang ‘ganjil’. Terutamanya jika berlainan jantina seperti mencuit atau mengeletek tapak tangan anda ketika bersalaman.
Sekiranya anda wanita dan anda bertemu lelaki yang bersalam seperti ini di pertemuan pertama, maka eloklah awal-awal anda ucapkan selamat tinggal. Kerana lelaki sebegini jelas mencerminkan sikap yang kurang menghormati anda sebagai seorang wanita atau rakan niaga. Beliau mungkin mempunyai agenda tersendiri.
4 – Genggaman Kukuh
Manakala gengaman tangan yang kukuh, tidak terlalu kuat dan dan tidak terlalu lemah disertai dengan raut wajah yang menunjukkan minat, berbicara dengan memandang muka anda mencerminkan seorang yang mempunyai keyakinan diri, berani dan menghormati orang lain.
Mungkin ada diantara kita yang tidak pasti bilakah kita perlu bersalam. Tip di bawah boleh memberi anda sedikit idea bila perlu untuk bersalaman.


1- Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.
2- Ketika bertemu orang untuk pertama kalinya.
3- Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.
4- Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu.
5- Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenal.
6- Ketika mengakhiri sesuatu majlis, acara dan sebangainya.

Sekiranya anda menghadiri majlis sosial atau perniagaan, pegang gelas minuman disebelah kiri dan bukannya di sebelah tangan kanan anda ketika sesi suai kenal sedang berlangsung.
Apabila tangan kanan anda memegang gelas, amat sukar untuk anda bersalam terutama jika tangan anda lembab dan basah disebabkan titisan ais daripada gelas tersebut.
Ini menyebabkan anda kelihatan tidak perihatin terhadap keselesaan mereka yang menghulurkan tangan tanda perkenalan.
** ingat...! jangan saja- saja nak bersalam dengan wanita bukan mahram....dosa tau.
sumber;majalahniaga



Saturday, March 3, 2012

Kisah Benar...jadikan tauladan.







Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.








Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu’alam….





Sumber ;edisikini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...