Monday, March 12, 2012

Malek Noor kahwin






PETALING JAYA: Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dr Wan Asma memberitahu berliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

“Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya.

mentara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).



sumber:celahgelegar

Sunday, March 11, 2012

IKLAN JUALAN

Dapatkan produk keluaran Secret Palace dengan harga tawaran terbaik. Buka page produk Secret Palace untuk dapatkan harga terbaik.




 

Tidak yakin dengan penampilan DIRIi?

Kelihatan tua sebelum WAKTUNYA?

Tekanan masalah SEKS?

1) Qamar - Kordial Sensasi untuk Wanita Moden (RM43.00)

2) Qhalis - Kacip Fatimah + Collagen + Manggis (RM89.90)



 



Oki Setiana Dewi jatuh cinta kat Tok Guru....?

Deklamasi sajak oleh Oki Setiana Dewi sempena progran " Bicara Selebriti" anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Oki adalah pelakon berasal dari Indonesia dan berlakon dalam filem " Ketika Cinta Bertasbih" yang diangkat dari novel Islam terkenal karya Habiburrahman El- Shirazy dan diberi peranan sebagai ustazah Ana.


http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/41391_100000284467391_5085_n.jpg





Negeri Kelantan Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali


 


sumber:harakahdaily

Thursday, March 8, 2012

Tidur berbantalkan lengan suami....

 


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya 21.7 % sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang dirembes dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.
Sebenarnya hampir 65% bau badan suami datang dari ketiak di mana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda yang empuk lagi berpeta itu dan tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung dicelahan ketiaknya.

Tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilek dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.(pengalaman ini hanya wanita sahaja yang akan mengalaminya)

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk suami, janganlah cukur bulu diketiak anda licin biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan agen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Pada isteri- isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami anda?




sumber;facebook

Jujur dalam bisnes.....


 
Apakah kejujuran penting dalam urusan perniagaan? Sejauh mana kejujuran para usahawan dalam mengendalikan sesuatu perniagaan baik dari segi menyediakan produk, memasarkan produk dan memuaskan hati pelanggan? Usahawan perlu jujur dalam menyatakan kandungan dalam produk bukan sekadar nyatakan apa yang tertulis pada label tapi kandungan sebenar tiada. Jika usahawan tak berlaku jujur dalam apa yang dinyatakan tadi usahawan itu dianggap penipu. Bolehkah penipu berjaya dalam perniagaan? Perniagaan atas dasar menipu tak akan pergi jauh, akan merudum dan hilang berkat dan akan gagal.

Bukan usahawan menipu nak aku sentuh tapi kejujuran. Kejujuran memainkan peranan besar dalam sesuatu perniagaan. Menurut satu penyelidikkan Dr Thomas Stanley dalam buku Millionaire's Mind, faktor utama dalam senarai orang yang berjaya (jutawan) adalah kejujuran. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t " Hai orang- orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakalah perkataan yang jujur dan benar,"
(al- Ahzab: 70).

Menurut Dr Thomas lagi 60% daripada promosi perniagaan datang dari "word of mouth", bahasa mudahnya mulut ke mulut. Promosi mulut ke mulut ini datang dari pelanggan kita yang berpuashati dengan apa yang dibeli dari kita. Jika kita promosi produk kita hebat dan diamalkankan pelanggan kita hasilnya pun hebat maka ianya sedikit sebanyak akan membantu kita dari segi promosi dan mengekalkan pelanggan. Jika sebaliknya akan membantutkan lagi urusan perniagaan kita. Jadi di sinilah kejujuran memainkan peranannya....kalau kita promosi yang hebat hasilnya tak seberapa, kita sebenarnya akan gagal dalam urusan kita.






Wednesday, March 7, 2012

Antara gagalnya sebuah bisnes.....


 

Seringkali kita disogokkan kat kepala otak kita bahawa nak senang cepat dengan buat bisnes. Betul ke...kenyataan ini?. Meh kita baca dan fahami antara kegagalan orang kita dalam buat bisnes ni....



1.  Perniagaan yang nak cepat untung.
Ini satu penyakit yang dihadapi sesetengah orang. Mereka fikir perniagaan boleh membawa keuntungan dengan cepat dalam beberapa bulan saja, ini anggapan yang silap.
Membangunkan sesebuah perniagaan adalah seperti melahirkan bayi. Pada awalnya, kita yang perlu mengeluarkan duit dan keringat untuk membangunkan perniagaan ini.
Setelah beberapa tahun, barulah kita boleh menuai hasil dari pelaburan kita. Jadi untuk membuat keuntungan sebenar serta meneruskan perniagaan untuk tempoh masa yang lama, kita perlu meletakkan fokus jangka panjang dan bukan beberapa bulan atau setahun.


2. Perniagaan atas sifat ego
Usahawan  yang sebenar memulakan perniagaan apabila dia dapat melihat peluang sebenar dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Namun terdapat orang yang ingin membangunkan perniagaan atas sifat ego.
Faktor ego di sini adalah seperti membuka perniagaan atas rasa dengan adanya perniagaan ini status dirinya akan meningkat naik di mata rakan-rakannya. Apatah lagi jika seseorang itu terlibat dengan politik kepartian dan perniagaan anda disebut dikalangan vvip akan menambah besar rasa egonya. 
Contohnya seperti orang yang ingin membuat kopi atas dasar untuk kelihatan hebat berbanding dengan orang yang membuat kopi atas dasar untuk memulakan perniagaan.
Perniagaan yang dibuat berdasarkan ego jarang berjaya. Jadi fikirlah sebelum anda memulakan sesebuah perniagaan. Adakah anda memulakan perniagaan ini untuk semata-mata kelihatan gah atau anda memulakan perniagaan untuk membuat keuntungan jangka panjang.
 








3. Masalah Peribadi
Dikalangan para usahawan akan mengalami keadaan stress atau masalah peribadi. Bila manusia mahupun usahawan berada dalam keadaan sebegini  jarang sekali usahawan akan membuat keputusan yang betul.
Masalah peribadi kita boleh terjadi akibat dari pergaduhan dengan rakan, jiran, dengan isteri, penceraian, masalah anak-anak, masalah sekolah anak dan sebagainya yang tidak ada kaitan langsung dengan perniagaan.
Jika tidak diselesaikan dengan betul masalah-masalah ini akan memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan anda. Jadi untuk membangunkan perniagaan dengan baik, cuba elakkan atau selesaikan masalah peribadi anda dahulu.


4. Mendapatkan Nasihat Daripada Orang Yang Salah
Kita selesa untuk berbincang dan menceritakan masalah kita kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.
Namun apabila berkenaan dengan perniagaan, rakan-rakan dan ahli keluarga bukanlah orang yang sesuai untuk kita dapatkan jalan penyelesaian.
Ini biasanya berlaku apabila kita hendak memulakan perniagaan. Kita akan bertanya kepada rakan-rakan dan keluarga kita. Kebanyakkan daripada mereka ini tidak mahu menyakiti hati kita. Jadi mereka ini sentiada akan memberikan sokongan kepada idea bodoh kita itu.
Cuba anda fikir, jika seorang rakan anda datang dengan satu idea bisnes, dan anda menentang idea ini. Namun rakan anda itu meneruskan dengan idea itu dan berjaya. Adakah anda fikir rakan anda akan masih berkawan dengan anda ? Sudah tentu hubungan anda kini telah menjadi lebih tawar. Jadi tidak ada orang yang anda sayangi akan membuatkan anda kecewa.
Jadi mereka ini tidak sesuai untuk kita tanya pendapat mengenai perniagaan. Walaupun kepada mereka inilah kita sering menyatakan idea dan masalah perniagaan kita untuk mendapat penyelesaian.
 


5. Pemilik Perniagaan Yang Tidak Pandai Berhubung Dengan Manusia 
Banyak perniagaan yang lingkup hanya kerana seseorang pemilik perniagaan yang panas baran atau jenis orang yang tidak tahu berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam perniagaan, kita terpaksa berhubung dengan pembekal, pelanggan yang pelbagai kerenah, pekerja, rakan kongsi dan banyak lagi orang lain. Jadi jika seseorang itu tidak mampu untuk menjadi kawan dengan semua mereka ini, tidak mungkin mereka boleh berjaya dalam perniagaan.
Jadi kemahiran berkawan adalah sangat penting. Anda juga perlu menerima hakikat tidak semua yang anda faham itu difahami oleh orang lain dan juga sebaliknya.
Kita juga perlu menerima hakikat bahawa semua golongan yang saya sebutkan sebelum ini tidak akan membantu perniagaan anda untuk maju jika anda bukan seseorang yang pandai berkawan.
Jadi belajarlah untuk berkawan dengan ramai orang dari pelbagai tahap masyarakat kerana ini adalah kemahiran wajib untuk anda berjaya dalam perniagaan.
6. Usahawan Yang Tidak Sepenuhnya Komited Pada Perniagaannya
Terdapat usahawan yang memulakan pekerjaan dan dalam masa yang sama berkerja makan gaji, ada pula yang sudah mempunyai back-up plan jika perniagaan itu gagal.
Dalam kedua keadaan ini, kegagalan adalah satu pilihan. Kerana itu anda tidak perlu terlalu komited kepada perniagaan anda, memandangkan jika perniagaan ini gagal, anda mempunyai kerja tetap ataupun sudah pun mempunyai back-up plan yang kukuh.
Perniagaan akan menjadi lebih berjaya jika anda bergantung harap hidup anda kepada perniagaan itu. Jadi anda tidak ada pilihan selain untuk berjaya dan membuat keuntungan.
Pada masa ini, otak dan fizikal anda akan melonjak ke tahap yang jauh lebih baik daripada tahap biasa. Tidakkah apabila Tariq bin Ziyad menawan sepanyol, beliau telah membakar kapal tentera Islam itu sendiri dan berkata
“Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran. “
Apabila tidak ada lagi jalan pulang, kita tidak ada pilihan selain untuk terus mara dan berjaya.




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...