

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni saya nak citerkan tips2 mencairkan (thawing) daging rusa yang beku di dalam freezer supaya kualitinya terjamin ketika di masak. Apa2 daging kalau dicairkan terlalu cepat akan kureng rasanya tak terkecuali juga daging rusa.
Mengikut ladang rusa highburne daging rusa tergolong di antara salah satu garis panduan bagi persatuan jantung untuk lemak, kalori dan kolesterol. Rusa biasanya diternak atau diburu. Walaubagaimanapun rasa daging rusa ditentukan oleh proses pengusiaan (aging) dan juga proses memasaknya. Kalau ada yang mengatakan daging rusa ni tak sedap mungkin anda harus rujuk balik langkah2 dua perkara ini. Mencairkan daging rusa tak sama dengan mencairkan daging lain. Bakteria berkembangbiak dengan sangat cepat dalam daging rusa sekiranya ia mencecah suhu bilik.
1. Keluarkan daging rusa anda dari freezer.
2. Letakkan daging di bahagian paling bawah peti sejuk chiller anda untuk mengelakkan cecair dari daging terkena makanan lain. Suhu peti sejuk anda boleh disetkan kepada 40 darjah farenheit (antara 4 ke 5 darjah celcius) untuk betul2 mencairkannya tanpa menghilangkan rasa kemanisannya.
3. Biarkannya di situ sehingga betul2 mencair dan lembut. Proses ini mengambil masa 24 ke 72 jam bergantung kepada ketebalan daging. Jangan biarkan daging rusa lebih dari 4 hari selepas ia menjadi lembut.
4. Keluarkan daging rusa untuk dimasak.