Tuesday, August 21, 2012

Sabah....! cerita yang jarang2 didengar...



Ini suatu pendedahan oleh seorang doctor dari Semenanjung mengenai kemiskinan di Sabah.
Penulis yang melakukan pendedahan itu memulakan:-


*******  
Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatan nya. Saya berkerja di Sabah selama lebih dari 
7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah.
Pengenalan saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan pertama saya di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun dari Kota Marudu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam kuning yang dasyat.( deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan dalam sebuah kampong di Kota Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuning nya setelah selang satu bulan.
Wanita ini tidak mempunyai wang untuk tambang teksi. Dia telah menunggu masa salama 1 bulan mengumpul wang. Dengan menjual ayam ayam peliharaan nya dia dapat cukup RM50 membayar teksi ke Kota Marudu Hospital. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu untuk sampai ke bahu jalan mendapatkan teksi.
Sebagai seoarang yang lahir dan dibesarkan di Semenanjung, saya amat terkejut. Bila wanita ini sampai, dia berada dalam keadaan keracunan atau septic dan mempunyai batu karang dalam saluran bile nya( gallstone in her bile duct). Batu karang tersebut di buang tapi masa yang sama, saya dapati wanita ini mempunyai masaalah jantung yang memerlukan suatu pacemaker. Kami telah mengusahakan supaya dia mendapatkan suatu pacemaker tapi dia telah enggan menerima pacemaker tersebut.
Apabila saya mendesak mengapa dia enggan, wanita ini membertahu saya bahawa dia tidak mampu untuk membeli bateri pacemaker. Ayam2 nya semua nya sudah dijual. Sebaik sahaja saya menerangkan bahawa bateri yang ada pada pacemaker boleh bertahan untuk beberapa tahun, barulah dia bersetuju memasang pacemaker tersebut.
Bandar Ranau sendiri mempunyai rangkaian jalan yang baik dan terletak hampir dengan lebuh raya antara Sandakan dan Kota Kinabalu. Bandar ini telah membangun kerana ada lombong tembaga Mamut( mamut copper mines). Tapi kita mesti sedar, apabila saya sebut rangkaian jalan ianya ialah jalan dua hala yang selalu mengalami tanah runtuh dan penuh dengan lobang lobang besar. Perjalanan dari Ranau melalui jalan seperti ini mengambil masa selama 2 jam untuk ke Kota Kinabalu.
Keluar sahaja bandar Ranau, pengangkutan dan hubungan jalan menjadi masaalah besar kerana jalan tar tiba2 menjadi jalan tanah dan batu atau jalan2 lori balak. Sesiapa yang pernah berkerja di Sabah akan mempunyai cerita yang sama yakni mengenai kemiskinan yang amat dasyat dan sistem pengangkutan dan hubungan jalan yang amat buruk.
Selama 2 tahun saya diRanau, saya telah melihat hampir kesemua nya. Pesakit dengan celebral malaria, suatu penyakit yang hampir tidak terdengar di Semenanjung. Pesakit penyakit ini datang ke hospital setelah 48 jam dari tempat2 seperti  Kaingaran and Karagasan, dimana saudara mara mereka terpaksa menolak taxi sapu atas jalan yang berlumpur, berbelanja RM50 kalau ianya musim hujan. RM50 sama dengan gaji selama 2 bulan walaupun ketika itu harga petroliam pada waktu itu hanya RM1.20/litre di Ranau.
Keadaan pesakit terpaksa menangguhkan rawatan keatas penyakit yang membahayakan nyawa kerana jambatan runtuh . rawatan kecemasan seperti pembedahan caesarian , appendix bahkan termasuk juga kandungan songsang atau ectopic pregnancies terpaksa dilakukan dalam hospital kami oleh Medical Officer yang hanya mempunyai pengalaman  4 bulan housemanship.
Rawatan perubatan kecemasan seperti  serangan jantung atau  myocardial infarctions, yang kalau di Semenanjung akan dilakukan di bahagian  Coronary Care Unit  terpaksa dilakukan oleh hospital daerah. Akan tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kerana kakitangan saya di hospital tersebut adalah pasukan yang terbaik  yang saya rasa bangga berkerja dengan mereka. Mereka adalah perkerja yang penuh dedikasi yang komited terhadap membaiki taraf kehidupan pesakit2 mereka.
Sistem pengangkutan jalan yang teruk bukan sahaja memburukkan keadaan kesihatan tapi juga menyusahkan rakyat mengangkut hasil mahsul mereka ke pasaran. System pengangkutan menyebabkan rakyat sabah terperangkap dalam kitaran kemiskinan.
Suka atau tidak, terpaksalah mereka menjual hasil mahsul mereka kepada orang tengah . hasilan mereka dijual dipasar tamu untuk memberi mereka pulangan RM 20-RM 50. Orang2 kampung juga dieksploitasi oleh penjual2 kain jalanan yang kebanyakan nya terdiri dari warga asing. Penjual kain jalanan ini akan menawarkan skim bayaran ansuran dan apabila tidak boleh bayar dan faedah kepada pembelian itu meningkat, ramailah orang kampong membenarkan anak gadis mereka berkahwin dengan penjual2 kain yang kebanyakan mereka mempunyai isteri di Pakistan.
Satu daripada kes yang saya tidak boleh lupa melibatkan kes sebuah keluarga yang datang ke Hospital Ranau. Ianya kes suatu kelgara yang hampir kebulur yang terpaksa memakan telur katak puru yang mengakibatkan fatality. Keluaga ini tidak ada makanan kerana tanaman mereka rosak dan mereka tidak dapat membeli makanan. Oleh kerana terlalu lapar, sibapa telah memberikan kepada anak anak nya telur katak puru. Bila mereka sampai ke wad kecemasan, satu daripada anak meninggal dunia dan 2 lagi meninggal setelah 10 minit tiba di wad kami kerana keracunan telur katak puru tadi.
Pendidikan merupakan suatu lagi masaalah di beberapa tempat yang berada diluar Kota KInabalu. Ramai anak2 Sabah tidak mampu pergi ke sekolah. Ramai dari pesakit saya tinggal di luar Ranau dan bernasib baiklah jika mereka mendapat pembelajaran yang paling asas. Kebanyakan mereka berkahwin dalam umur belasan tahun.
Saya bertemu dengan kes gadis2 berumur 14 tahun yang melahirkan anak dan mereka tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Pendidikan mereka amat rendah menyebabkan mereka memberi bayi2 mereka meminum susu kondens kerana menyangkakan susu tersebut lebih baik dari susu ibu.
Tapi  matlamat asas ialah semua ibu2 ini mahukan yang terbaik untuk bayi2 dan anak2 mereka. Tahap pendidikan yang rendah menyekat mereka dari melakukan nya. Bandar2 utama di Sabah mempunyai bekalan letrik dari Perbadanan Elektrik Sabah. Namun, kampong di pendalaman hanya mengunakan generator disel, lilin atau pelita bila waktu malam.
Bagaimana anak2 Sabah mahu belajar dalam keadaan demikian?
Saya sendiri terpaksa belajar bahasa orang Dusun untuk berkomunikasi kerana pesakit2 tidak tahu berbahasa lain. 45 tahun setelah Malaysia ditubuhkan, janji suatu kehidupan yang baik untuk rakyat miskin terdiri dari orang Dusun, Murut dan Rungus dalam daerah Sabah hanya merupakan janji kosong. Bagaimana pemimpin politik kita berbohong telah membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat Sabah sedangkan sebahagian besar rakyat Sabah masih memakai t- shirt yang murah dan topi yang di beri percuma oleh BN beberapa tahun yang lampau?
Mana mungkin saya tergamak untuk menyatakan saya bangga dengan Putrajaya yang indah dengan jambatan cantik dan tiang lampu yang ornate dan bangga dengan menara kembar Petronas, ketika warga Malaysia di Sabah menderita dan terbiar?

Kitaran dan kedaaan kemiskinan di daerah2 Sabah sungguh menyayat hati dan menghancurleburkan perasaan kita. Pembasmian kemiskinan mesti menangani isiu2 besar seperi tahap pembelajaran dan pendidikan dan system perhubungan jalan dan pengangkutan dan bukan penyampaian bantuan kepada rakyat.
Istiharlah 16 September sebagai cuti awam, tapi tolonglah ingat bahawa dalam konteks nyata, kita telah berjanji keada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa kita akan melayani mereka sebagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. berikan mereka kemajuan dan pembangunan yang telah lama kita nafikan.
Berhentilah berlagak pemberi yang murah hati sedangkan kemajuan dan pembangunan asas dilupakan.
Tepatilah Janji dengan ikhlas dan jujur dan bukan sebagai hiasan billboards. 

 Tamat Keluhan sang doktor. *******

Mahukah rakyat Sabah dan Sarawak ditipu lagi? kenapa kita mahu percaya kerajaan BN?

Sumber;sakmongkol

Jem Cafe di Beseri........








Dapatkan produk JEM CAFE di dua premis ini  jika anda mahu mencuba kelainan citarasa yang berbeza. Bukan sekadar sedap tapi merealisasikan kesihatan sepanjang hari.
JEM CAFE....Jenama Muslim dapatkan sekarang.....lokasi premis di Beseri Perlis.

Monday, August 20, 2012

MEMALI MASIH DALAM INGATAN







 .
Perhimpunan Agung Umno 1985, wakil Kedah berucap meminta kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri bertindak tegas menangkap Ust. Ibrahim Libya, yg kononnya menjadikan Kg. Memali sbg sarang subversif yg menghimpun senjata utk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Rentetan dari itu membuat kerajaan bertindak, namun tiada siapa yg menyangkakan pihak kerajaan akan sampai ke peringkat sehingga sanggup membunuh....
Kerajaan melancarkan operasi yg dinamakan...
                      OPS HAPUS

 18 November 1985
Jam 1935    
  • Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani, Kedah; seramai 3600 org pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang, dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan, Kebanyakan mereka bukan beragama Islam.
  • Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman, Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai Ops Hapus dengan bantuan beberapa orang pegawai dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis .
Jam 1945    
  • Dato’ Razali Yeop mengeluarkan arahan iaitu : Menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan Thailand
Jam 2005     
  • Berlaku kekecohan di antara para pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani.\
  • Kekecohan disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai di Kem Sg. Petani terhadap arahan tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tidak wujud sebarang kem komunis di daerah Balinq.
  • Jika benar kem itu wujud, sudah tentu mereka, PPH lebih dahulu mengetahuinya, menurut PPH arahan itu palsu kerana tempat yg disasarkan mereka itu adalah tempat Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya iaitu tempat beliau menyampaikan kuliyyah setiap malam.
  • Malah Pegawai PPH Kem Sg. Petani itu turut menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang tokoh ulama yang disegani. Ramai di kalangan anggota PPH Sg. Petani  turut mengikuti pengajian agama beliau. 
  • Akibatnya, sedikit kekecohan telah berlaku di Bukit Aman, kerana beberapa kali Penolong Pesuruhjaya Polis Bukit Aman gagal dihubungi. Beberapa panggilan lain dibuat. 
  • Sehinggalah pihak di Sg. Petani disambungkan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato Musa Hitam yg juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 
  • Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah ulama yang disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf hidup masyarakat Memali.
  • Namun Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Musa Hitam menegaskan supaya Ops Hapus tetap diteruskan.  (Musa Hitam lah org yg menamakan operasi ini "Ops Hapus")
Jam 2045    
  • Satu majlis keraian telah diadakan di dataran terbuka Kem PPH, minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi, namun ada sebahagian daripada anggota PPH tidak menyentuh minuman tersebut.
Jam 2147    
  • Dato Razali Yeop selaku Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah menerima mesej daripada wireless menyatakan 10 perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan laporan keadaan di sana, semua unit kemudiannya bergerak di bawah pimpinan 8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai.
  • Pada ketika ini PPH Sg. Petani telah mula hilang minat untuk menyertai Ops Hapus.
  • Ustaz Ibrahim Libya pula sedang menyampaikan kuliyyah seperti biasa, ada lebih kurang 50 org jemaah yg mengikuti pengajiannya, kuliyyahnya berlanjutan sehingga jam 11.45 malam. Setelah kuliyyah tamat para jemaah ada yang pulang ke rumah dan ada juga yang bermalam di madrasah.
Jam 0000    
  • Arahan terakhir telah diterima, namun PPH Sg. Petani mencadangkan agar hanya sekatan sahaja yang dilakukan agar Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya berpeluang menyerah diri. Mereka menganggarkan kepungan akan mengambil masa paling lama 3 bulan.
  •  Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bukit Aman dengan sokongan OCPD Baling, mereka menganggap strategi itu akan melibatkan pihak polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik, Baling dan yg bertugas di sempadan Malaysia – Thailand .
  • Sekali lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera menyokong gerakan Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan.
  • Musa Hitam cuba dihubungi sekali lagi, namun gagal kerana telah menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur . 
  • Ketika itu, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Dato Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.
  • Tidak lama kemudain, Musa Hitam menghubungi mereka dgn suara marah dan agak terganggu. 
  • Musa Hitam berkata "Teruskan Ops Hapus walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah."
  • Pada waktu yang sama, seorang pemuda memberhentikan motosikal di hadapan pagar rumah Ustaz Ibrahim Libya, pemuda itu masuk ke rumah Ustaz Ibrahim Libya & memaklumkan bahawa sewaktu dia di pekan Baling, dia telah melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di sana.
  • Ustaz Ibrahim Libya dikejutkan dari tidurnya dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di madrasah bangun untuk bersiap sedia mempertahankan diri, mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak, parang, buluh runcing, pisau dan yang lebih berani lagi ada pengikut yg membuat molotov cocktail.
  • Ustaz Ibrahim juga menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) yg zalim.
  • Ustaz Ibrahim Libya kemudiannya mengarahkan pengikutnya berwudhuk di telaga berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat, solat hajat dan membaca surah Yaasin.
  • Beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan, beliau lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah, malah menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme.
  • Seandainya perintah tahanannya di tukar ke akta yg lain, maka beliau sendiri akan keluar menyerah, syarat beliau mestilah dibicarakan di mahkamah.
  • Dia berkata lagi kepada pengikutnya, sesiapa yang ragu-ragu boleh keluar dari kawasan itu.
  • Namun kesemua yang ada pada malam itu langsung tidak beralih dari tempat mereka dan laungan Takbir bergema memecah keheningan malam itu.
  • Ketika itu di IPD Baling, segala persiapan serangan ke atas Kampung Memali semakin rancak dilakukan terutamanya oleh anggota polis yang telah mabuk dan hilang daya fikirannya.
19 November 1985

Jam 0100     
  • Seramai 3600 anggota polis dari pelbagai unit tiba di Memali lengkap bersenjata automatik dan diiringi oleh dua buah kereta perisai telah mula mengepung Kg. Memali.
  • Pada ketika itu, Musa Hitam masih di hotel dan tidak dapat dihubungi, segala urusan komunikasi dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.
  • Kebanyakan anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis sebagaimana yang telah diberitahu oleh Dato Razali Yeop kepada mereka.
  • Pasukan polis dari Sg Petani yg kecil bilangannya masih lagi ragu2 dengan tugasan mereka .
Jam 0300    
  • Kampung Memali dikepung seluruhnya oleh pihak polis, semua jalan keluar & masuk ditutup. 
  • PPH Sg Petani diarahkan mengepung bahagian Selatan, manakala FRU bersama Special Branch (SB) mengepung bahagian Utara manakala Komando 69 pula telah mengepung bahagian belakang rumah Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan sekolah agamanya.


Jam 0336    
  • Dato Yahya Yeop telah bercakap melalui pembesar suara untuk meminta Ustaz Ibrahim Libya menyerah diri.
  • Ustaz Ibrahim Libya berbincang dengan murid-muridnya dan mereka semua telah bersepakat untuk tidak akan keluar menyerah diri, kesemuanya telah bersedia syahid dan mereka bertakbir sekali lagi.

Jam 0400    
  • Sekumpulan penduduk kampung termasuk wanita muncul dari arah utara, mereka meredah benteng pertahanan anggota polis dan peralatan yang sering digunakan untuk bertani sebagai senjata, mereka ingin memasuki rumah Ustaz Ibrahim Libya bg memberi sokongan.
  • Ketika itu, komando 69 yang masih mabuk melepaskan tembakan ke arah mereka, namun akibat mabuk sasarannya tersasar dan mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH.
  • Setelah itu penduduk kampung telah berpatah balik kerana ketakutan .
  • Satu rundingan tergempar di antara pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan ketegangan sesama mereka, akibat tembakan tersebut, ketika itu arahan mengepung rumah Ustaz Ibrahim Libya masih lagi di kuat kuasakan. 
  • Pegawai dari IPD Alor Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus dan mahu supaya kepungan dibatalkan.
  • Mereka mengambil iktibar dari kemalangan yang menimpa rakan-rakan mereka, Dato Yahya Yeop  telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan mengarahkan agar kepungan diteruskan.
Jam 0521    
  • Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim, laungan azan itu telah menjentik hati anggota polis dari Alor Setar, mereka semakin tawar hati malah mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini.
  • Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimam solat Subuh itu semakin sayu, secara tiba-tiba seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman  mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu, namun arahannya telah ditentang oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam.
Jam 0559    
  • Solat Subuh selesaii, sekumpulan penduduk kampung muncul lagi dan menyerbu masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir sambil menggenggam peralatan kampung.
  • Melihatkan reaksi itu maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan penduduk kampung, mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia.
  • Kekeliruan mereka semakin jernih dan operasi ini semakin menampakkan kejijikan perancangnya, dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin Islam PAS sebelum Ops Hapus ini.

Jam 0815    
  • Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan dua kereta perisai menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, mereka cuba dihalang oleh pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail.
  • Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik.
  • Pada waktu yang sama, 4 wanita dan 3 kanak-kanak berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim, mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing.
  • Tembakan daripada pihak polis masih berterusan dan mereka menyambutnya dengan laungan Takbir.
Jam 1105    
  • Komando 69 diarah menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, pasukan polis pula, mula melepaskan berpuluh gas pemedih mata ke rumah Ustaz Ibrahim Libya.
  • Mereka di rumah pula menghadapinya dengan kain basah, membasuh muka malah menutup dengan guni basah, ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu.

  • Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit kecuali beberapa kanak-kanak yg man salah seorang kanak-kanak telah pengsan dan mulutnya mengeluarkan buih.

  • Cikgu Syafie Ali, salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu, lalu keluar dgn parang yang terhunus, cuba menyerang polis, namun beliau telah dihujani dengan peluru dan tetap terus ditembak ketika cuba untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak, maka gugurlah "Syuhada’ pertama Memali.
  • Serangan gas reda, kemudian kedengaran lagi suara dari Dato Yahya Yeop menggunakan pembesar suara dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang.
  • Ketika itu, salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim Libya; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato Yahya Yeop.
  • Ustaz Ibrahim Libya menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri, memandangkan ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah.
  • Pak Teh tampil berjumpa Dato Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim.
  • Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang "Syahid" ditembak pihak polis? Dato Yahya Yeop terdiam seketika, namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ.
  • Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ.
  • Dato Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim Libya tidak mahu menyerah diri, setelah berulang-alik antara Ustaz Ibrahim dan Dato Yahya, akhirnya Pak Teh masuk semula.
  • Namun semasa melewati kumpulan muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar, beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah dan pada ketika itu, beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman, tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus.
  • Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu namun beliau pula dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan Takbir.
  • Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16, setelah Ops Hapus, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari dan kemudiannya dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA.
Jam 1136    
  • Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru, berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim Libya dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga, ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah, pihak polis pula terus menembak mereka walaupun mereka tidak bersenjata.
  • Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam, hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat, hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada.
  • Ramai yang mati dan tidak kurang juga yg cedera parah.
  • Beberapa anggota komando menyerang Ustaz Ibrahim Libya dan beliau menentang sehingga menyebabkan salah seorang komando terbunuh.
  • Akhirnya beliau "Syahid" apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik.
  • Ustaz Ibrahim Libya gugur dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan Allahu Akbar!!
  • Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya, ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim Libya datang.
  • Di saat itu mereka mendengar Ustaz Ibrahim berkata, "Alhamdulillah ! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati Syahid ".

Jam 1213    
  • Serangan telah ditamatkan, semua yang ditangkap ditutup kepala mereka dengan karung guni, beberapa anggota komando kelihatan menendang beberapa jasad yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak.
  • Ada juga yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh :

PERGI JAHANAM DENGAN ISLAM!!.....




Nota Penting : 
Setiap anak muda yg mungkin tidak pernah membaca kisah ni, aku rasa pasti akan marah setelah mengetahui kisah ini. Aku harap semua dpt bersabar & bertenang. Tolong jgn bertindak melulu yg boleh menyebabkan ngkorang rugi dan islam rugi. 
Belajar lah bersabar seperti mana Tok Guru Nik Aziz bersabar atau sepertimana Tok Guru Hadi boleh bersabar, mereka adalah org yg melihat tragedi ini. Mereka jugak antara org2 yg pernah di fitnah dgn hebat selepas tragedi di Memali berlaku. Mereka ini telah bersabar selama 26 thn, kenapa mereka boleh bersabar? pada pendapat aku mungkin, kerana mereka tahu, jika nak menentang kezaliman yg pernah berlaku di Memali, hanya ada satu jalan. Jalan itu ialah menumbangkan BN di pusat. Itu adalah langkah pertama utk kita menuntut keadilan bagi pihak As-Syahid Ust Ibrahim Mahmud........
Kisah ini belum tamat.......

Gerai3 Abdul@blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...