Thursday, August 23, 2012

Aduyaiii....!! tukang sunatnya...bengis gituuu...!


Jika anda teringin nak berkhatan sekali lagi....dipersilakan ke Hospital Indonesia....itu pun jika anda masih ada kulit lebih laa....he..he..he..!






Kod babi pada makanan.....



KOD BABI PADA MAKANAN BERKEMAS

PENTING UNTUK UMAT ISLAM KETAHUI.

Oleh Dr. M. Anjad Khan



Gambar sekadar hiasan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA. 

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia. 


Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata  itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya. 

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,

E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

sumber;ppim




Produk Narcissus sebenarnya keluaran China yang dah lama berada di pasaran Malaysia.


Wednesday, August 22, 2012

Untuk peminat mee segera....jeng...jeng...!



Awas! mee segera dilapisi lilin

Oleh Posmen




Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.

Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.

Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.

Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:


  • Masak mee segera dalam periuk.
  • Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
  • Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
  • Makan seperti biasa.

Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.

Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan.

Contohnya...apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari.


sumber;shalehudin

Tuesday, August 21, 2012

Sabah....! cerita yang jarang2 didengar...



Ini suatu pendedahan oleh seorang doctor dari Semenanjung mengenai kemiskinan di Sabah.
Penulis yang melakukan pendedahan itu memulakan:-


*******  
Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatan nya. Saya berkerja di Sabah selama lebih dari 
7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah.
Pengenalan saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan pertama saya di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun dari Kota Marudu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam kuning yang dasyat.( deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan dalam sebuah kampong di Kota Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuning nya setelah selang satu bulan.
Wanita ini tidak mempunyai wang untuk tambang teksi. Dia telah menunggu masa salama 1 bulan mengumpul wang. Dengan menjual ayam ayam peliharaan nya dia dapat cukup RM50 membayar teksi ke Kota Marudu Hospital. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu untuk sampai ke bahu jalan mendapatkan teksi.
Sebagai seoarang yang lahir dan dibesarkan di Semenanjung, saya amat terkejut. Bila wanita ini sampai, dia berada dalam keadaan keracunan atau septic dan mempunyai batu karang dalam saluran bile nya( gallstone in her bile duct). Batu karang tersebut di buang tapi masa yang sama, saya dapati wanita ini mempunyai masaalah jantung yang memerlukan suatu pacemaker. Kami telah mengusahakan supaya dia mendapatkan suatu pacemaker tapi dia telah enggan menerima pacemaker tersebut.
Apabila saya mendesak mengapa dia enggan, wanita ini membertahu saya bahawa dia tidak mampu untuk membeli bateri pacemaker. Ayam2 nya semua nya sudah dijual. Sebaik sahaja saya menerangkan bahawa bateri yang ada pada pacemaker boleh bertahan untuk beberapa tahun, barulah dia bersetuju memasang pacemaker tersebut.
Bandar Ranau sendiri mempunyai rangkaian jalan yang baik dan terletak hampir dengan lebuh raya antara Sandakan dan Kota Kinabalu. Bandar ini telah membangun kerana ada lombong tembaga Mamut( mamut copper mines). Tapi kita mesti sedar, apabila saya sebut rangkaian jalan ianya ialah jalan dua hala yang selalu mengalami tanah runtuh dan penuh dengan lobang lobang besar. Perjalanan dari Ranau melalui jalan seperti ini mengambil masa selama 2 jam untuk ke Kota Kinabalu.
Keluar sahaja bandar Ranau, pengangkutan dan hubungan jalan menjadi masaalah besar kerana jalan tar tiba2 menjadi jalan tanah dan batu atau jalan2 lori balak. Sesiapa yang pernah berkerja di Sabah akan mempunyai cerita yang sama yakni mengenai kemiskinan yang amat dasyat dan sistem pengangkutan dan hubungan jalan yang amat buruk.
Selama 2 tahun saya diRanau, saya telah melihat hampir kesemua nya. Pesakit dengan celebral malaria, suatu penyakit yang hampir tidak terdengar di Semenanjung. Pesakit penyakit ini datang ke hospital setelah 48 jam dari tempat2 seperti  Kaingaran and Karagasan, dimana saudara mara mereka terpaksa menolak taxi sapu atas jalan yang berlumpur, berbelanja RM50 kalau ianya musim hujan. RM50 sama dengan gaji selama 2 bulan walaupun ketika itu harga petroliam pada waktu itu hanya RM1.20/litre di Ranau.
Keadaan pesakit terpaksa menangguhkan rawatan keatas penyakit yang membahayakan nyawa kerana jambatan runtuh . rawatan kecemasan seperti pembedahan caesarian , appendix bahkan termasuk juga kandungan songsang atau ectopic pregnancies terpaksa dilakukan dalam hospital kami oleh Medical Officer yang hanya mempunyai pengalaman  4 bulan housemanship.
Rawatan perubatan kecemasan seperti  serangan jantung atau  myocardial infarctions, yang kalau di Semenanjung akan dilakukan di bahagian  Coronary Care Unit  terpaksa dilakukan oleh hospital daerah. Akan tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kerana kakitangan saya di hospital tersebut adalah pasukan yang terbaik  yang saya rasa bangga berkerja dengan mereka. Mereka adalah perkerja yang penuh dedikasi yang komited terhadap membaiki taraf kehidupan pesakit2 mereka.
Sistem pengangkutan jalan yang teruk bukan sahaja memburukkan keadaan kesihatan tapi juga menyusahkan rakyat mengangkut hasil mahsul mereka ke pasaran. System pengangkutan menyebabkan rakyat sabah terperangkap dalam kitaran kemiskinan.
Suka atau tidak, terpaksalah mereka menjual hasil mahsul mereka kepada orang tengah . hasilan mereka dijual dipasar tamu untuk memberi mereka pulangan RM 20-RM 50. Orang2 kampung juga dieksploitasi oleh penjual2 kain jalanan yang kebanyakan nya terdiri dari warga asing. Penjual kain jalanan ini akan menawarkan skim bayaran ansuran dan apabila tidak boleh bayar dan faedah kepada pembelian itu meningkat, ramailah orang kampong membenarkan anak gadis mereka berkahwin dengan penjual2 kain yang kebanyakan mereka mempunyai isteri di Pakistan.
Satu daripada kes yang saya tidak boleh lupa melibatkan kes sebuah keluarga yang datang ke Hospital Ranau. Ianya kes suatu kelgara yang hampir kebulur yang terpaksa memakan telur katak puru yang mengakibatkan fatality. Keluaga ini tidak ada makanan kerana tanaman mereka rosak dan mereka tidak dapat membeli makanan. Oleh kerana terlalu lapar, sibapa telah memberikan kepada anak anak nya telur katak puru. Bila mereka sampai ke wad kecemasan, satu daripada anak meninggal dunia dan 2 lagi meninggal setelah 10 minit tiba di wad kami kerana keracunan telur katak puru tadi.
Pendidikan merupakan suatu lagi masaalah di beberapa tempat yang berada diluar Kota KInabalu. Ramai anak2 Sabah tidak mampu pergi ke sekolah. Ramai dari pesakit saya tinggal di luar Ranau dan bernasib baiklah jika mereka mendapat pembelajaran yang paling asas. Kebanyakan mereka berkahwin dalam umur belasan tahun.
Saya bertemu dengan kes gadis2 berumur 14 tahun yang melahirkan anak dan mereka tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Pendidikan mereka amat rendah menyebabkan mereka memberi bayi2 mereka meminum susu kondens kerana menyangkakan susu tersebut lebih baik dari susu ibu.
Tapi  matlamat asas ialah semua ibu2 ini mahukan yang terbaik untuk bayi2 dan anak2 mereka. Tahap pendidikan yang rendah menyekat mereka dari melakukan nya. Bandar2 utama di Sabah mempunyai bekalan letrik dari Perbadanan Elektrik Sabah. Namun, kampong di pendalaman hanya mengunakan generator disel, lilin atau pelita bila waktu malam.
Bagaimana anak2 Sabah mahu belajar dalam keadaan demikian?
Saya sendiri terpaksa belajar bahasa orang Dusun untuk berkomunikasi kerana pesakit2 tidak tahu berbahasa lain. 45 tahun setelah Malaysia ditubuhkan, janji suatu kehidupan yang baik untuk rakyat miskin terdiri dari orang Dusun, Murut dan Rungus dalam daerah Sabah hanya merupakan janji kosong. Bagaimana pemimpin politik kita berbohong telah membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat Sabah sedangkan sebahagian besar rakyat Sabah masih memakai t- shirt yang murah dan topi yang di beri percuma oleh BN beberapa tahun yang lampau?
Mana mungkin saya tergamak untuk menyatakan saya bangga dengan Putrajaya yang indah dengan jambatan cantik dan tiang lampu yang ornate dan bangga dengan menara kembar Petronas, ketika warga Malaysia di Sabah menderita dan terbiar?

Kitaran dan kedaaan kemiskinan di daerah2 Sabah sungguh menyayat hati dan menghancurleburkan perasaan kita. Pembasmian kemiskinan mesti menangani isiu2 besar seperi tahap pembelajaran dan pendidikan dan system perhubungan jalan dan pengangkutan dan bukan penyampaian bantuan kepada rakyat.
Istiharlah 16 September sebagai cuti awam, tapi tolonglah ingat bahawa dalam konteks nyata, kita telah berjanji keada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa kita akan melayani mereka sebagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. berikan mereka kemajuan dan pembangunan yang telah lama kita nafikan.
Berhentilah berlagak pemberi yang murah hati sedangkan kemajuan dan pembangunan asas dilupakan.
Tepatilah Janji dengan ikhlas dan jujur dan bukan sebagai hiasan billboards. 

 Tamat Keluhan sang doktor. *******

Mahukah rakyat Sabah dan Sarawak ditipu lagi? kenapa kita mahu percaya kerajaan BN?

Sumber;sakmongkol

Jem Cafe di Beseri........








Dapatkan produk JEM CAFE di dua premis ini  jika anda mahu mencuba kelainan citarasa yang berbeza. Bukan sekadar sedap tapi merealisasikan kesihatan sepanjang hari.
JEM CAFE....Jenama Muslim dapatkan sekarang.....lokasi premis di Beseri Perlis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...