Sunday, January 27, 2013

The only living Sahabi......




TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?



Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. 

Pohon yang diberkati. Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only  living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".



Sedikit sejarah mengenainya...



Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna 
Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.


Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak 

menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.


Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan

 kepadanya  pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata:
 "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."


Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. 

Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W
 2 kali tiba di Bosra.

 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun &
 bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu 
sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 

2. kali kedua rasulullah ke Bosra membawa barang dagangan Saidatina Khadijah. Apa yg 
menarik, selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km, kita tidak akan
 berjumpa dengan pokok seumpama di atas.


Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang 

kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan 
 kehendakNYA jua, ALLAHU AKBAR.


Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan

 Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ


sumber;facebook

Saturday, January 26, 2013

Superbest Produk.......



JUALAN....







Harga RM 45.00/ 49.00 (SS)- 12x 25g
** tak termasuk kos penghantaran**

Lemon Tea KING MACA

Ramuan;

Ekstrak Tea
Lemon
Maca
Tongkat Ali
Misai Kucing
Pegaga
Mas Cotek
Pudina




Harga RM 39.00/ 43.00 (SS)- 15x 25g
** tak termasuk kos penghantaran**

Lemon Tea- QUEEN FATIMAH

Ramuan;

Kacip Fatimah
Manjakani
Lobata
Serapat
Misai Kucing
Mas Cotek
Pegaga


Harga RM 25.00/ 29.00 (SS)- 20x 25
** tak termasuk kos penghantaran**

Kopi Superbest - Kotak dan Papan

Ramuan;

Ekstrak Kopi Arabika
Ekstrak Tongkat Ali
Ganoderma
Ubi Jaga


***PERHATIAN***
HARGA KOPI TELAH DINAIKKAN RM 2.00
DAN HARGA TERKINI ADALAH RM 27.00






Apa itu krimer dalam kopi.......?




Info.

Apa itu Krimer Bukan Tenusu (KBT) ?


Krimer, pada mulanya dihasilkan daripada produk tenusu dan menjadi bahan penambah perisa kepada minuman seperti kopi, teh, coklat dan sebagainya bagi menggantikan susu segar atau susu sejat. Oleh kerana itu ia diperbuat daripada hasil tenusu. Krimer dijual dengan harga yang agak mahal kerana mudah rosak serta perlu disimpan sejuk. Bagaimanapun, pada 1961 produk krimer bukan tenusu diperkenalkan dengan menawarkan harga yang lebih kompetitif, murah dan lebih tahan lama berbanding krimer tenusu dan menjadi kegemaran ramai sebagai pengganti krimer tenusu.

Krimer Bukan Tenusu (KBT) yang terdapat dalam pasaran boleh didapati dalam bentuk cecair, serbuk dan sejuk beku. Jenis serbuk paling digemari kerana ianya mudah dikendalikan, disimpan dan tahan lebih lama berbanding KBT bentuk lain. Kebaikan lain adalah ianya mudah larut dalam minuman panas, memberikan kuasa pemutih yang berkesan, penambah perisa kepada kopi dan teh. Ia dibungkus dalam unit kedap lembapan untuk menjamin kesegarannya dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.

KBT jenis serbuk diperbuat daripada campuran bahan karborhidrat seperti maltodekstrin atau sirap glukos pepejal dan minyak sayuran seperti soya atau minyak jagung terhidrogen. Maltodekstrin atau sirap glukos memberikan sedikit rasa manis kepada KBT.

Bagaimanapun, bagi mebolehkan minyak sayuran cecair ini digunakan dalam penghasilan KBT ianya terlebih dahulu ditukarkan kepada bentuk pepejal atau separa pepejal yang dilakukan melalui proses hidrogenisasi. Ia membabitkan penambahan atom hidrogen ke dalam ikatan tidak tepu minyak sayuran cecair berkenaan.

Ketika proses tersebut, wujud asid lemak trans iaitu sejenis asid lemak yang dibuktikan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Asid lemak trans dikatakan berisiko menyebabkan saluran arteri yang membawa darah ke jantung menjadi keras dan tersumbat yang membawa kepada penyakit koronari jantung. Minyak sawit serta hasilnya amat sesuai bagi menggantikan minyak sayuran pepejal terhidrogen dalam penghasilan KBT.

Menyedari potensi besar pasaran KBT yang lebih sihat dan berkhasiat, penyelidik MPOB membangunkan formulasi bahan berlemak berasaskan sawit yang boleh digunakan dalam penghasilan KBT yang nyata bebas daripada asid lemak trans dan juga rendah asid lemak tepu. KBT berasaskan sawit adalah setanding dari segi warna, rasa, bau, kelarutan dan penerimaan secara keseluruhannya dengan KBT komersial yang berasaskan minyak sayuran pepejal terhidrogen.

Saturday, January 19, 2013

Pure Serum Collagen.....Cubalah.....!



SERUM COLLAGEN
Produk keluaran 4U Beauty Collection.
Dapatkan sekarang......


Wednesday, January 16, 2013

10 yang sia- sia....


sekadar hiasan


Sekadar satu perkongsian....


1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Monday, January 14, 2013

Bertudung litup imej terbaru Siti Nurhaliza...


Inilah janji manismu.......aduhai Siti...ingatkan awok dah lupe...

Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh. Alhamdulillah........


siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza


Terbaru Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Litup Di Hari Lahir Ke 34Terbaru Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Litup Di Hari Lahir Ke 34

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Litup Di Hari Lahir Ke 34gambar siti tudung litup










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...