Saturday, March 9, 2013

Agongkanlah Tuhanmu......Subhanallah...!






Subhanallah...

Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah 
negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... 
Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...

kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...

dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...
lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...

pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...

pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... 



sumber; facebook

Thursday, March 7, 2013

Biadapnya kamu ini....!


Perkataan dan kata2 manusia jahil dan bongkak.....cepat2 laa sedar diri dan taubat laaa....sesak jalan kat dunia ...kejap je...kalau sesak kat Mahsyar nanti, macamana...? Ramai2 yang datang masjid tu...insya Allah dengan RahmatNya akan ke Syurga....yang hang dok kata tue dah sah ke akan ke Syurga..? Ini contoh manusia yang takbur kepada Allah, ini satu penghinaan besar pada agama Allah.....moga cepat2 bertaubat.....



Wednesday, March 6, 2013

Jem Cafe ....gaya berbeza.....!


Jem Cafe ada perubahan.

Jem Cafe.... lebih kaow.....dan lebih berat 25 gram...Ayuh dapatkan sekarang bagi menikmati rasa yang nyata berbeza...Jem Cafe....







Sunday, March 3, 2013

Lahad Datu ! Kenapa polis bukan tentera....?


Sekadar berkongsi info.....aku jumpa kat facebook.

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa polis tak tentera?




1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.




Thursday, February 28, 2013

Salih Yaakob dah kantoi.....!





KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob (gambar)mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.

Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu. 

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.

Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.



Tuesday, February 26, 2013

Salih Yaacob & Nabil dah jadi pencacai.........




Takkan jadi orang popular, dah ada peminat sendiri dok ampu lagi...sanggup buat lawak bangang....ngkorang ingat puak2 PR tak minat kat ngkorang ke...? hah...! banyak siol....berlambak2..pas ni...aku rasa populariti hangpa sikit sebanyak akan merudum...hangpa buat lawak ni berapa diorang bayaq kat hangpa...juta2 ker...? Kot ye pun cari makan tengok situasi laa... takkan main rembat jeee...akai ada kaa...!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...