Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Nasib majoriti ditentukan minoriti






Kes jenayah menjadi 'tema' akhbar bahasa Cina baru-baru ini. Wanita dirogol ketika membeli kek
dalam sebuah kedai di Kepong, pelanggan disimbah air najis ketika menjamu selera di gerai
makanan, restoran dirompak, kes ragut berlaku di mana-mana... Kini, "Namakan tempat yang selamat di Malaysia" menjadi soalan cepumas yang paling mencabar.

Kereta dipecah cerminnya, rumah dipecah pintunya. Malah seorang rakan saya yang merancang untuk pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun mencari rezeki di luar negeri secara berseloroh bertanya, "Senjata mana yang lebih baik untuk saya setelah balik ke Malaysia, parang atau kapak?"

Jawapan rakannya di laman sosial Facebook mencuit hati. "Kalau tidak membawa apa-apa, paling dahsyat kamu ditetak, tidaklah sampai mati. Tapi seandainya kamu membawa parang/kapak ketika berjalan-jalan, dan jika ditemui polis dan kemudian ditahan dalam lokap, matilah kau."

Apa yang tersirat di sebalik sindiran ini adalah ketidakpuasan rakyat terhadap polis yang menzalimi suspek sebelum tahanan lokap dibuktikan bersalah, di samping ketidakcekapan polis untuk mengurangkan kes penjenayahan yang semakin hari semakin melonjak. Lebih-lebih lagi, tangkapan dan tahanan politik mengeruhkan keadaan. Ketika perhimpunan diadakan di luar Lokap Berpusat Jinjang sebagai tanda solidariti kepada Adam Adli, polis cuba menyuraikan perhimpunan dengan memulakan penangkapan. Lantas seorang aunty Cina yang berada di situ mengejek, "Alangkah baiknya kalau kehebatan sedemikian digunakan untuk menangkap penjenayah!"

Isu keselamatan semakin meresahkan masyarakat Malaysia, khususnya golongan bandar. Ia bukan sekadar menyasarkan kaum Tionghua, kerana sahabat Melayu saya turut merasai "bahaya" apabila berjalan di lapangan letak kereta, di pusat beli belah dan sebagainya. Kegelisahan ini dikongsi bersama oleh penduduk bandar.

Tiba-tiba ia mencungkil ingatan saya terhadap pengalaman sepanjang tempoh kempen PRU 13. Kami sekumpulan dari bandar cuba menembusi kampung, termasuk kawasan ladang dan FELDA untuk berkempen. Kami menceritakan betapa bimbangnya diri kami terhadap isu keselamatan, dengan peningkatan kes penjenayahan yang berlaku di sekitar kami. Hampir semua daripada kami mempunyai pengalaman dirompak atau diragut, setidak-tidaknya kawan dan saudara kita pernah menjadi mangsa. Namun demikian, kami perhatikan bahawa penduduk kampung itu seolah-olah tidak tersentuh dengan isu yang cuba kami bawa.

Pengalaman ini memanjangkan renungan saya. Saban hari golongan penduduk bandar terhimpit dan terdesak dengan tekanan hidup, dengan kadar inflasi yang melonjak, sewa rumah, kos pengangkutan, hutang yang membebankan dan sebagainya. Tetapi agak jelas masalah ini tidak menimpa golongan penduduk FELDA dan kawasan kampung di pedalaman. Mereka memiliki tanah dan ladang sendiri. Mereka mudah ke mana-mana dengan pengangkutan sendiri. Pendek kata, "Hidup mereka okay saja! Tiada masalah!"


Maka saya tersenyum sinis dalam hati. Alangkah pandainya BN. Mereka hanya perlu mengekalkan bilangan yang tertentu untuk kawasan parlimen sebegini, dan menjaga kepentingan pengundi kawasan ini sebaik-baiknya. Kemudian, ditambah dengan 25% kerusi parlimen yang dipertandingkan di Sabah dan Sarawak, maka dengan senang BN dapat mempertahankan kuasa kerajaan persekutuan. 

Hakikatnya, 65% kerusi parlimen Malaysia berada di kawasan kampung, meskipun 70% populasi Malaysia kini berada di bandar. Malah, menurutAndrew Khoo dari Majlis Peguam, BN menawan 112 dari 130 kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan parlimen yang kecil dalam PRU13. BN memenangi kira-kira 2.21 juta undi popular di 112 kawasan parlimen ini. Dengan kata lain, BN hanya memerlukan 19.97% undi popular untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. 

Persempadanan kawasan yang tidak adil ini sudah diketahui umum. Barang siapa yang menafikan hakikat bahawa "PRU Malaysia tidak adil" harus digoncang otaknya sekuat mungkin. Usahlah untuk saya panaskan isu yang sudah basi. Tetapi saya ingin mengingatkan bahawa selangkah demi selangkah kita menghampiri kemelut apabila jurang dalam masyarakat ini semakin melebar. 

Hari ini majoriti 51% pengundi Malaysia gagal menentukan nasib negara dan dirinya melalui sistem pilihan raya yang sedia ada. Nasib populasi bandar ditentukan warga kampung yang tidak berkongsi masalah harian dan masalah hidup penduduk bandar. Untuk golongan bandar, inflasi kekal melambung, penjenayahan tetap berleluasa, hutang terus melambak selagi BN menerajui tampuk kuasa. Tapi komuniti kampung tidak terpanggil untuk berubah kerana segala-galanya "okay" untuk mereka. 

Lebih-lebih lagi, pengundi kampung tidak berkongsi nilai yang sama sebagaimana yang dipegang pengundi bandar. Penduduk bandar jemu dengan hujah perkauman, sebaliknya memandang berat isu hak asasi dan kebebasan. Sementara itu, sentimen perkauman kekal mujarab di kalangan sesetengah penduduk kampung, dan mereka semacam langsung tidak peka dan tidak berminat dengan isu hak asasi dan kebebasan. 


Akhirnya, pertentangan antara penduduk kampung dengan penduduk bandar semakin meruncing. Kerajaan akan menggubal dasar untuk menjaga kepentingan minoriti di kampung - kubu yang mempertahankan kuasanya. Sementara itu, majoriti warga di bandar menyalahkan pilihan pengundi kampung, yang menyebabkan warga bandar terus tersepit dalam kesusahan hidup, malah sering terancam dengan penjenayahan yang tidak terkawal. Maklumlah, apabila undi kita boleh dirompak dengan sistem yang tidak adil, maka kita tidak akan selamat di mana-mana. -Lim Hong Siang



sumber;greenboc

Monday, May 20, 2013

Pendapatan Ahli Parlimen.


Wahhh...! Lumayan niih....





Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.

Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).

Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.

Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.

Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu.


sumber;thestar

Thursday, April 4, 2013

Apakah ini suratanNya...?



Saja- saja...suka- suka...
Kebetulan atau dah tersurat....semua dalam perkiraan Yang Maha Kuasa....
benda hidup dah tak sanggup nak sokong dan dokong
baik aku mati je......

benda mati pun tak sanggup nak dokong
baik aku tumbang je.....



apa nak dikata.....





letak kat pokok...pokok mampus
letak kat tiang....tiang tumbang
letak kat dinding....dinding pecah

Thursday, March 21, 2013

Berattkk 66 mu...mad said....ke guane...? kelih laa getekk...


Keluarga Diraja bersama rakyat serah memorandum.

Berattt doh mu... mad said....!

Salasilah aku berdarah Trengganu....




Tengku Paduka menyerahkan memorandum kepada wakil MB






Sekretariat ‘R’ mendesak empat perkara bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal mendapat hak royalti serta memelihara maruah dan kedaulatan negeri Terengganu Darul Iman.

1- Kerajaan negeri Terengganu perlu memfailkan kembali saman untuk menuntut royalti Petroleum dan ‘R’ komitmen akan bersama dengan Menteri Besar (Ahmad Said) dalam memperjuangkan hak royalti tanpa berbelah bagi.

2- Tidak menerima sebarang istilah lain yang menggantikan ‘royalti’ kerana lain-lain istilah akan membawa maksud yang tidak tepat serta merendahkan hak, maruah dan kedaulatan rakyat negeri Terengganu sebagaimana termaktub dalam perjanjian Petroleum 1974, dan kegagalan menyerahkan royalti kepada rakyat dan negeri Terengganu adalah satu ‘pencabulan’ semangat federalisma.

3- Menuntut Royalti Petroleum dinaikkan kepada 20 peratus sebagaimana kerajaan Aceh menerima royalty dari Indonesia sebanyak antara 30 hingga 70 peratus.

4- Mendesak Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menarik balik secara keseluruhan   (en-bloc retraction) pada ‘Usul Menghentikan Royalti Petroleum’ kepada kerajaan Terengganu dalam ucapan perbahasan Perhimpunan Agung Umno tahun 2000, yang menjurus kepada penamatan bayaran Royalti Petroleum kepada kerajaan Terengganu pada tahun yang sama dan digantikan dengan Program Pembiayaan Wang Ehsan pada 27 Oktober 2000.

Sunday, October 21, 2012

Akan terdidikkah kita.......?



Highway yang luas dan lurus serta besar, hanya boleh di pandu 70kmj saja?
Sedangkan ada 5 line di situ, tahniah kerajaan Barisan Nasional & JPJ!
Kerana Tindakan anda tidak mengikut Aspirasi Rakyat! Tahniah!


 


 Kerajaan TIDAK AKAN memansuhkan akta AES
kerana ianya bertujuan mendidik PENGGUNA JALANRAYA
dan bukannya bertujuan MENGAUT KEUNTUNGAN MAXIMA
RM beribu juta untuk kroni seperti yang di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat

  



***Kalaupun nak mendidik...pasanglah kat kawasan yang sering berlaku kemalangan ka, selekoh merbahaya ka.... kalau pasang kat lebuhraya macam gambar kat atas tu tuu....macam ada sesuatu yang tersirat. Pasal ni laa puak pembangkang jadikan isu, nak kata tak cerdik hangpa semua teror2 belaka. Nawaitu tu dah betul tapi pelaksanaan je buat orang hairan dan terseksa apalagi kalau ada kes kecemasan bini nak beranak ke, sakit tenat ke yang perlukan rawatan segera...takkan nak drive takat 70kmj. Takut2 tak sempat sampai kat hospital dah meninggal, dahlaa meninggal dapat pulak surat saman sebab bawak laju....aduhai....Malang yang sering terbau-bau. Apalah nasibmu wahai rakyat marhain....



sumber;harakahdaily



Saturday, October 20, 2012

NAIK....! Ini kalilah...!




Adakah naik harga cara mendidik rakyat?

Halimah Ali, 

Setiap kali subsidi dikurangkan ataupun tarif utiliti dinaikkan, kerajaan akan berkata ia dilakukan untuk kebaikan rakyat. Misalnya, apabila subsidi gula dikurangkan, ia didakwa dilakukan bagi mendidik rakyat supaya menjaga kesihatan dan mengurangkan pengambilan gula.

Apabila tarif air hendak dinaikkan pula, ia didakwa bagi mendidik rakyat supaya tidak membazir. Kini, kedengaran cakap-cakap bahawa tarif elektrik akan dinaikkan. Media pro-kerajaan sudah pun menyiarkan iklan tentang rakyat Malaysia yang didakwa suka membazir tenaga elektrik. Malah pihak berkenaan juga mengatakan bahawa tarif elektrik perlu dinaikkan bagi mendidik rakyat Malaysia agar berjimat cermat dan menggunakan alat yang menjimatkan tenaga (energy saving appliances).

Apabila tarif elektrik meningkat, ia akan terus membebankan rakyat. Kini, rakyat sebenarnya sudah pun cukup terbeban apabila bil elektrik meningkat berkali ganda selepas TNB menukar meter elektrik. Setelah meter ditukar, ada pengguna yang bil elektriknya meningkat hampir 100% walaupun penggunaan tenaga tidak berubah. Ini tidak masuk akal. Adakah ini yang dimaksudkan dengan mendidik rakyat?

Walaupun TNB sudah mengumumkan bahawa buat sementara waktu, penukaran meter dihentikan, namun bagaimana dengan bil-bil terdahulu? Selain itu, tindakan TNB hendak mewujudkan SOP tentang cara meningkatkan keyakinan penggunan juga bukanlah tindakan yang dapat menyelesaikan masalah.

Hakikatnya adalah kebanyakan rakyat Malaysia tidak menggunakan air dan elektrik secara berlebihan. Hanya segelintir yang suka membazir.
 




sumber;harakahdaily

Friday, October 19, 2012

Pemimpin bijaksana rakyat bersamamu....

Saya masuk politik bukan untuk jawatan, Saifuddin Abdullah
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

19 Oktober 2012

Saya masuk politik bukan untuk jawatan, Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Meskipun ditohmah dan dipertikaikan pelbagai oleh pihak kerana pembawakan watak politiknya yang dilihat berbeza dan agak liberal, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui bahawa perjuangannya membawa budaya politik baru bukan mudah.
Namun bagi wakil rakyat penggal pertama ini, ia bukanlah satu sebab atau alasan untuk beliau berputus asa dari terus mara ke hadapan.
“Saya ada kepercayaan saya sendiri dan pendirian saya sendiri tentang beberapa perkara yang asas, yang fundamental dan saya cukup yakin ia benar dan selagi ia tidak dibuktikan salah dan saya percaya ia benar, saya akan terus lakukan perkara itu," kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini.
Katamya, "sama ada ia dapat diterima atau tidak, sama ada ia akan diterima cepat atau lambat, sama ada ia akan diterima sebahagian atau keseluruhan, pada saya, masa yang akan menentukan."
"Kita hanya perlu lakukan apa yang perlu kita lakukan,” kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online.
Saifuddin ditanya cabaran yang perlu dihadapinya apabila sering tampil dengan idea yang berbeza daripada kerajaan sehingga ada yang kurang senang.
Anak kelahiran Temerloh ini bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008 atas tiket Umno-Barisan Nasional.
Beliau menang dengan undi sebanyak 21,381 menewaskan Ahmad Nizam Hamid dari PKR, yang mendapat 18,940 undi. Beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno pada 2009. Saifuddin juga merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh sejak 2009.
Beliau turut mendapat kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ciri-ciri kepimpinan dan sikapnya yang liberal acapkali mendapat perhatian umum dan ada ketikanya disalah tafsir.
Diminta mengulas tentang budaya politik baru yang dibawa beliau menyebabkan dirinya merasa tertekan apabila diasak pelbagai pihak termasuk dalam kerajaan sendiri, Saifuddin menegaskan, beliau yakin dengan apa yang diperjuangkannya.
“Tidak! Saya masuk politik bukan sebab kerjaya… bukan untuk naik pangkat, bukan untuk jawatan.
"Jadi sebab itu, saya tidak ada masalah memikirkan semua itu. Yang paling utama ialah saya ada idealisme saya sendiri.
“Yang pertama ialah integriti politik, yakni politik yang berasaskan idealisme perjuangan yang dari segi amalannya politik ilmu, bukan politik ampu, bukan politik bambu.
“Politik kebijaksanaan, ataupun politik hikmah, bukan politik sumpah seranah atau pun fitnah. Politik bakti dan bukan politik untuk meraih undi,” katanya.
Bahkan menurut Saifuddin, dalam dunia politik baru yang segar, beliau percaya kepada kerangka urus tadbir baru di mana kerajaan, golongan peniaga dan masyarakat boleh duduk semeja sebagai rakan pembangunan yang tulen di samping inovasi demokrasi.
“Landskap politik sudah berubah. Takkan kita hendak menjalankan demokrasi itu pada takuk yang lama. Kita perlu ada inovasi misalnya macam mana kita hendak menjalankan proses membuat keputusan.
“Pemikiran politik yang progresif. Takkanlah kita sudah 50 tahun merdeka, Umno dan Barisan Nasional hanya bergantung kepada kakitangan kerajaan dan profesional untuk menggubal,  misalnya bajet. Bukan tidak boleh, tetapi saya kira rakyat sudah mula bertanya, yang dari Umnonya mana?” katanya lagi.

**Cayalaa udin...jom pekena gulai patin dulu. koi org pahang tapi bukan kat temerloh jerantut pun bukan....koi duk kuantay..he..he

sumber;sinarharian

Friday, October 12, 2012

Lorong tol 'future' dalam pembikinan...


sesekali nak gak aku copy paste cerita politik nii...
Pilihan di tangan anda..he..he..he..boley ke?




SHAH ALAM, 10 OGOS 2013: Orang ramai yang melalui sebuah plaza tol di sini hari ini gempar apabila mendapati terdapat dua pondok tol yang berbeza. Satu pondok tol percuma dan satu lagi berbayar. Semua kenderaan berpusu-pusu memasuki lorong percuma selepas ianya mulai dibuka sejak tengah malam tadi sehinggalah berlaku kekecohan awal pagi tadi.

Pihak bomba terpaksa bergegas ke tempat kejadian kerana terdapat sekumpulan pemuda umngok cuba menghalang kenderaan daripada melalui lorong percuma.Mereka membantah pembukaan lorong percuma kerana mendakwa negara akan bankrap.

Bagaimanapun usaha mereka gagal menyekat kemaraan kenderaan yang bertali-arus menggunakan lorong percuma tersebut.Yang paling memalukan, kumpulan pemuda umngok ini juga menggunakan lorong percuma ketika mereka hendak pulang selepas selesai berdemo...kah!kah!kah! baiqpila apa ada hal!


sumber;biaqpila
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...