Amalan tidur sekejap antara 20 hingga 30 minit pada waktu siang memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan. Ia dikatakan boleh membantu mencegah penyakit jantung dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan minda untuk belajar serta memproses maklumat.
Kajian yang dijalankan ke atas 23,681 orang penduduk Greece selama enam bulan mendapati, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 37 peratus di kalangan responden yang tidur sekejap pada waktu siang sebanyak tiga kali seminggu selama sekurang- kurangnya 30 minit. Dalam pada itu penyelidik juga berpendapat, tidur sekurang- kurangnya 20 minit membolehkan seseorang itu menjadi lebih cergas dan bersemangat. Malah, majikan di Amerika Syarikat yang membenarkan pekerjanya tidur sekejap ketika waktu bekerja melaporkan kaedah itu berupaya mengurangkan kemalangan dan kesilapan serta meningkatkan produktiviti di tempat kerja.
Dari segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stress sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan.
Dari perspektif Islam, tidur pada waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari'. Tidur sekejap pada waktu siang bertujuan menyegarkan semula bukan saja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan melaksanakan rutin hariannya. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi.
Bagaimana dengan anda dan tempat kerja anda atau majikan anda, agak- agaknya ada tak majikan anda membenarkan anda untuk tidur sekejap...eemmmm....!!!. Tak pun jika anda stress sangat dan hilangkan stress anda dengan secawan kopi kawe. amacam....!