Monday, December 24, 2012

Felda...! buatlah sesuka hatimu....




Lantak lah • Tak kisah la ape nak jadi • Nasihat sudah • Cakap baik2 pun sudah • Sindir2 sudah • Tegur pun dah banyak kali.....


Nampaknya perwakilan KPF dah siap sedia menerima keputusan Mesyuarat semula 27 disember ini. 

Arahan Faizol kepada pengurus2 bawak perwakilan kena patuh, kalau tak ikut, alamatnya pengurus akan ditukar atau dipindahkan jauh2. Perwakilan mesti dengar arahan Faizol. Kena sokong agenda mesyuarat. 


Ada wilayah dah buat taklimat tertutup dengan pengurus. Ada yang akan buat taklimat dalam bas atau saat2 akhir atau perjalanan ke KL atau bila menginap di hotel. Mungkin ada taklimat khas di hotel.

Ada pengurus yang serba salah, kerana terpaksa mengkhianati ahli KPF/peneroka, tetapi terpaksa ikut arahan Datuk Faizol bila mesyuarat nanti, Ahli lembaga lama tak mungkin hadir sebab jurucakap yg diupah seperti Samsudin dan Wakil Wilayah dah siap sedia untuk bercakap dan menghentam serta mengaibkan barisan Ahli Lembaga lama.

• Dah pasti akan ada kumpulan sorak dan boo sesiape yg membantah.
• Dah pasti ada yang mencelah kalau ada sesiapa yg tak sokong. Macam taklimat FGV dulu.
• Dah siap sedia soalan rekaan untuk ditanya.
• Dah ada soalan provokasi.
• Akan ada risalah yang burukkan Ahli Lembaga lama.
• Dah pasti akan ada pengintip dan pengedar risalah dimasukkan dalam surat kabar. Itu semua sudah dijangka. Mungkin ada elaun khas yg Faizol arahkan kepada pengurus.



Pada 27hb nanti, Pegawai yang terpilih dan didatangkan khas dari SKM akan kendalikan mesyuarat.

SKM ape kisah belanja lebih setengah juta lagi dari duit ahli untuk kos mesyuarat semula ini.
• Kalau perwakilan kpf rasakan 3 jawatan utama nak serah pada Faizol, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan nak tolak pindaan undang2 yang menghalang Isa Samad jadi ahli KPF, silakan.
• Kalau perwakilan dah redha nak serahkan ekuiti KPF 22% kepada FGV, silakan.
• Kalau perwakilan dah siap sedia terima kemasukan Isa Samad jadi ahli, silakan.
• Kalau perwakilan dah fikir masak2 yg KPF selamat dibwah Isa Samad, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan nak jadi contoh macam koperasi2 di N. Sembilan 'makmur dan maju' masa Isa jadi MB, ok la.. teruskan.
• Kalau perwakilan dah redha masa depan KPF lebih baik dan terjamin dibawah Faizol Ahmad dan Isa Samad, teruskan lah sokong.
• Kalau perwakilan mahukan KPF dibawah naungan FGV, silakan.
• Kalau perwakilan rasakan KPF patut tolong perniagaan FGV yg makin tenat, silakan.

Yang pasti selepas Mesyuarat Agong semula pada 27 disember ini, saya dan kawan2 sudah bertekad untuk mengeluarkan saham dalam KPF. Tinggalkan hanya mininum untuk terus jadi ahli. Mane lah tahu... satu hari nanti Isa Samad akan lari dan bungkus pejabat? Sabri akan letak jawatan? Faizol ditangkap SPRM? ....... Wallahualam

baca2 utk pengetahuan.....setakat info wallahualam...sama2 berdoa agar KPF selamat..

sumber;rojakpasembor

Jebat....amuk Jebat...!



JUALAN

Satu lagi produk keluaran usahawan Negeri Perlis. Kopi Jebat.

Kopi Jebat dengan 7 herba pilihan. Dapat sekarang......!



RM 22.00 sepapan







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...