Amaran Kepada Penjual Kopi Radix Palsu
MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 29
Sekiranya tertangkapnya mereka yang menjual kopi palsu, mereka akan berhadapan dengan denda dan penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 Section 3(1) (b).
Tindakan bersepadu antara leader dan Jabatan Perundangan HPAIC untuk operasi HAPUS ini merupakan gerak kerja terancang untuk membuktikan bahawa kita serius menangani isu ini. Sebelum ini tindakan kepada syarikat yang menggunakan nama RADIX telah mengheret 4 syarikat besar ke mahkamah dan ada yang masih di dalam proses perbicaraan.
Kali ini berbeza dengan kes kopi yang menggunakan nama RADIX kerana kumpulan ini bersembunyi dengan label RADIX yang asli. Mereka menipu sehingga sukar dikesan oleh pelanggan dan pekedai.
Satu hal yang lain pekedai juga tidak ambil peduli apakah itu kopi asli atau kopi palsu asalkan mereka ditawarkan dengan harga yang murah. Bagi HPA walau apapun jalan sukar yang bakal ditempuhi kita tetap meneruskan perjuangan ini kerana inilah maruah diri dan perjuangan. Pihak HPA akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNK untuk menjalankan siasatan yang lebih terperinci untuk mengenalpasti kilang-kilang haram yang beroperasi.
Serbuan akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bersama pihak MEDIA. Seramai 17 orang ahli Majlis Perundingan Bersama telah hadir mewakili semua ahli MPB yang telah berjanji untuk hadir namun begitu ianya tidak akan menjejaskan operasi HAPUS ini. Terima kasih kepada semua yang telah berani untuk berada di saf paling hadapan mempertahankan HPA. Nama dan jasa baik tuan puan akan disenaraikan dalam pahatan sejarah perjuangan ini. InsyaAllah.
*** Kat Perlis dah banyak dah......kopi tiru ni masuk pasaran...aku dah cuba rasa krimer tu berbau hamis macam bau kambing. Sebelum bancuh cuba cium dulu, kalau berbau tengit tu...sah kopi tiru.....kat market Kangar ada jual. Nak tahu sapa yang jual periksa sendiri sebab aku dapat maklumat dari pekedai. Pihak HPA tolong buat kerja ni bersungguh...depa ni tak kacau kedai makan, depa masuk kedai pemborong.